MAIN MENU

Footer Pages

28 Sep 2010

Filem animasi Jepun bahaya.

KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

AAP - Moralnya kita sebagai ibu bapa kena lebih berhati-hati bila membeli DVD atau VCD animasi drp Jepun nei dibimbangi ada perkara-perkara yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak kecil kita. ** Dulu-dulu suka juga layan citer Jepun nie awek dia comel-comel berlake. Zaman kita dulu citer animasi Jepun nei dah ada keknya tak seganas hari ini. Pendek kata hari ini jangan dibuat. Tengok upin dan ipin selamat kut.... :)



11 ulasan:

  1. Koi dah lame tak membeli vcd ni.Lagi2 citer katun.Nengok tv je la.

    BalasPadam
  2. say tengok citer doraemon jer..

    BalasPadam
  3. Huiyoo0o..ini kira sudah teruk..animasi macam ini untuk orang dewasa sahaja...

    BalasPadam
  4. salam..
    koi baru ingat nak bawak isu ni
    he he..sama hati la pulok kita yak?
    koi setuju citer katun makin pelik2
    ler ni...

    BalasPadam
  5. layan je disney channel. bayar mahal kat astro, tapi tak tengok..

    BalasPadam
  6. Sejak anak2 dah besar
    dah tak beli bendalah semua ini
    beli buku lagi bagus.

    Salam ziarah en yassin . Harap sihat yea ..

    BalasPadam
  7. hahaha...pasal tu lah kartun orang putih pun terpaksa dialih suara ke bahasa malaysia, agaknya lah. skrg jepun makin kurang anak, jd anime diorang makin 'kedewasaan'.

    BalasPadam
  8. err, korang tak tau eh ? anime camni memang target untuk orang dewasa, bukan kanak kanak

    buat kajian bebetul terhadap klasifikasi anime jepun...

    lain kali kaji dulu.. yang mana satu anime untuk bebudak.. mana satu anime untuk dewasa... bukan simply kata "filem animasi jepun adalah BAHAYA kepada kanak2"

    simply 3rd class mindset!

    BalasPadam
  9. anime dan kartun tak same :D dan anime terdapat dalam pelbagai genre(just say what u want , politik/slice of life/horror/mystery/sci-fi/relationship/18sx/sg and etc)

    buka minda tu sedikit, anime membahaskan isu2 yang lebih rumit dan tidak menarik golongan kanak2(seperti politik, relationship dsbgnya) kartun lak is more simple(sesuaila untuk tahap minda kanak2)keep in mind~ jangan ingat anime dilukis dan berwarna-warni ianya adalah untuk kanak2 :D.adalah baik untuk menganggap anime bukan terletak sama tahap dengan kartun :p

    sebelum ni saya ada pergi menjenguk2 lah DvD2 anime di sebuah pusat beli belah...saya terlihat satu anime(yang mana anime ini sama sekali tidak sesuai untuk tontonak kanak2 kerana melibatkan sex berat)di letakkan di hadapan sekali tempat orang lalu lalang.bile saya belek2 ianya di klasifikasikan "sesuai untuk tontonan kanak2" XD

    jangan nak salahkan anime sebab ianya terdapat dalam pelbagai genre, LPF(Lembaga Penapisan Filem) sepatutnya menapis benda2 mcm ni. skrng yang terlepas jual tu mesti ada berlambak2 kat pasaran XD.

    If u think properly, the content should be seen/checked/confirmed! by the LPF not by the viewers LOL. Now you see that they are doing their work :D they seen/checked and confirmed it right??:gelengkepala:

    BalasPadam
  10. Anime ni untk pelbagai umo penulis oi...Filem malaysia tak tapis pulak!?Buat bodo je...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.