MAIN MENU

Footer Pages

3 Feb 2010

PUISI ANDAI JIWA SUDAH TERASA


Bila hati sudah patah
disana datang segala payah
disana ada resah disana ada marah
bukan senang menlupakan rasa
bukan mudah menenangkan jiwa
kerana jiwa kelak jua terus terasa
tidak mudah menlembutkan rasa
bergitu payah menenangkan jiwa
kerana asalnya lembut bagaikan sutera
mungkin duka membawa angkara
mungkin kecewa ada dijiwa
kecewa juga mengukir cerita
kecewa jua membuaikan rasa
lalu bukan mudah melenyapkan rasa
kerana pasti jiwa sudah tercalar jua
bukan aku meresahkan jiwa
andainya jua jiwa yang sudah terasa.
Yassin Sulaiman Aap
03022010 Jerantut


7 ulasan:

  1. salam rodong..
    mengapa duka yang di kenang..
    hidup mana yang tak berombak
    andai di lawan rosak lah jiwa
    cuba di kenang yang manis sahaja
    kelak jiwa pasti gembira..

    BalasPadam
  2. Tidak juga menlayan resah dijiwa
    kerana jiwa sikit terasa
    biarkan dahulu resahnya melanda
    kelak akan di gantikan dgn ceria.

    BalasPadam
  3. frust nampaknye aok ni. sabor yek

    BalasPadam
  4. Mazru & Endiem - sajer kawan melayan rasa hakikikatnya dok gitu heheheh...ada member kawan tu putus cinta jadi kawan cuba menyelami hati dia hehehehehe.......

    BalasPadam
  5. Kehidupan ini umpama air di laut
    ada kalanya tenang dan damai
    ada kalanya ditiup angin sehala
    ada kalanya dipusar angin maut
    begitu kita, ada kalanya permai
    ada kalanya serasa bala nan tiba
    tapi janganlah takut,
    kepada Allah kita mohon petunjuk.

    BalasPadam
  6. En. Idris - Benar sekali kata2 En.Idris itu hidup ini bagai lautan ada pasang surut tenang dan ganas ombaknya.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.