MAIN MENU

Footer Pages

31 Ogo 2009

INFO BUNGA KELADAN

Bunga keladan atau Buah keladan - Sejenis buah daripada pokok hutan (keladan) yang gugur dan berkembang, ianya disebut bunga keladan oleh masyarakat setempat bunga keladan sesuai dijadikan ulaman atau dimasak bersama petai atau jering didalam resepi sambal tempoyak masak.

Bunga keladan biasanya hanya terdapat pada musim buah-buahan sahaja hanya setahun sekali. Boleh dikatakan tidak terdapat pada musim yang lainnya. Rasanya lemak-lemak dan sedikit pahit tapi menyelerakan kalau kita makan bersama sambal tempoyak colek atau di buat sambal tempoyak masak dicampur bersama petai.

Bunga keladan biasa banyak dijual di Pekan sehari sekitar Jerantut, Lipis dan Temerloh sementara harganya sekitar RM3-RM5.00 sebekas. Mungkin harga telah menlonjak naik dahulu sekadar RM2-3 sahaja sebekas. Hari ini mungkin sudah dikenali dan banyak permintaanya. Jika anda belum merasai keenakan rasa buah keladan ini boleh mencubanya nanti :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 ulasan:

  1. Agok nye buah keladan ni banyak juge terdapat di kg Paya Keladan Temerloh te..

    BalasPadam
  2. Harus juge laa gamoknya..sebab tu nama paya keladan...agok kawan,aok me haram x kenel lalu pokok keladan ni hehehehe...

    BalasPadam
  3. koi pun tak pernah tengok pokonya,

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok duduk dalam utan memang tak pernoh nampoklah...orang kutip bunga nya untuk ulam...

      Padam
    2. Koi merata negeri pergi,takda seorang pun tahu apa itu keladan kecuali orng Pahang,tu pun orang lama

      Padam
  4. Perok byok wehh..kt sri iskandar..sebeloh storen wan lebo..lps jnbtn nk ke bote kiri..yg pelik buoh peroh pn ade jual..ame nk sayo kmpong byok situ..asam keping pn membukit..belambok

    BalasPadam
  5. mntok pos ke kwn wehhh..x prnh merase lg buoh ni..guane gamok rsenye..

    BalasPadam
  6. dah cuba makan rasa macam minyak angin

    BalasPadam
  7. Koi baru je makan hari ni..petama kali makan, rasa pahit, kelat, lemak3, klau colek dgn sambal tempoyok hilang rasa pahit, kelat tu..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.