1884 - 1983
Haji Mohammad Bin Mukim Sam juga antara mereka yang tersohor dan terhebat di Kampung Tg. Besar Benta, Kuala Lipis Pahang. Beliau juga di kenali sebagai Aki Jabuk. Seorang Pawang terkenal juga sebagai Tok Mudin, Beliau di antara Ketua kampung terawal di kampung Rengai jawatan sama yang penah di sandang oleh ayahnya Tok Mukim Sam Bin Endor Bin Tok Dollah sebagai ketua Kg. Rengai, kehebatan beliau juga sukar dicari ganti dengan ilmu kebatinan dan kepawangannya.
Gambar bersama penduduk Kampung Tg. Besar sebelah kanan Aki Pak Andak Wahab, Mohamed Bin Sam (Aki Jabuk ) Semasa beliau memegang jawatan Ketua Kampung Rengai, Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis.
Gambar bersama penduduk Kampung Tg. Besar sebelah kanan Aki Pak Andak Wahab, Mohamed Bin Sam (Aki Jabuk ) Semasa beliau memegang jawatan Ketua Kampung Rengai, Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis.
Gambar Aki Jabuk bersama adik beradikya Mat Ajam dan Wahab.
Beliau telah banyak berjasa pada kampung halamannya. Anak-anak beliau diantaranya Malek, Hj. Sulaiman, Bidah dan Yang Jeriah. Beliau telah kembali ke rahmahtullah pada tahun 1983 berusia 99 tahun kerana sakit tua. Dan telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mat Kilau Jerantut. Untuk makluman juga beliau ada sepupu dengan Haji Pawang Nong di Ulu Cheka. Al Fatihah buat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.