MAIN MENU

Footer Pages

19 Jun 2009

INFO DAN GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANDAR JERANTUT

 
 
 
 
 
 
 
 

Jerantut merupakan sebuah bandar di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :-
  1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
  1. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
  1. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
  1. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
  1. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
  1. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
  1. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.