MAIN MENU

Footer Pages

22 Jun 2009

Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Kampung Tanjung Besar dibuka pada 1722 bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir. Pembukaan kampung ini diketuai oleh Tok Hamid yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim dan pengikut-pengikutnya. Pada masa tersebut beliau turut dibantu oleh seorang kaum asli sebagai pemandu arah yang bernama Kutek semasa dalam perjalanan dari Lechok menuju ke Sungai Kong. Asal-usul nama Kampung Tanjung Besar telah dicadangkan oleh Hamid Ketot Abdul Rahman seperti yang terdapat dalam buku hasil tulisan beliau. Beliau merasakan nama asal kampung ini ialah ‘sawa besar’ yang diambil sempena spesies seekor ular sawa yang besar dan ditemui semasa pembukaan kampung. Ular sawa ini ditemui penduduk kampung ketika sedang berkubang pada musim panas di sebuah tasik yang bernama 'Danau Asah' yang terletak di bawah kaki bukit tersebut. Ular sawa ini berlingkar di sepanjang Sungai Rengai sehingga ke Sungai Kepung iaitu di sepanjang tanjung yang terdapat di sungai-sungai tersebut. Maka setelah bersepakat, mereka bersetuju untuk menamakan kampung tersebut sebagai ‘Tanjung Besar’.

Maklumat Am

Kampung Tanjung Besar terletak dalam Daerah Kuala Lipis dan berada di bawah Mukim Benta. Jarak dari kampung ini ke Bandar Kuala Lipis ialah kira-kira 40 km manakala jarak dari Pekan Benta pula ialah kira-kira 15 km.Sebelum tiba di Kampung Tanjung Besar, pengunjung akan melalui Pekan Benta terlebih dahulu. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk penduduk seperti stesen minyak, deretan kedai menjual pelbagai barangan, balai polis, dan beberapa kemudahan lain untuk keselesaan penduduk. Keadaan kawasan perkampungan yang sunyi dan aman mampu menarik pengunjung untuk mengenali kampung ini dengan lebih dekat. Walaupun terletak di kawasan pedalaman, namun Kampung Tanjung Besar mempunyai keistimewaannya tersendiri. Pengunjung yang datang tidak perlu khuatir kerana di sini terdapat kawasan pelancongan dan riadah yang menarik untuk dikunjungi. Walaupun tidak setanding dengan kawasan pelancongan lain, namun ia sudah cukup memberi keseronokan terutama kepada pengunjung. Kawasan pelancongan tersebut adalah Air Terjun Lata Cenderong yang terletak di Kampung Kemesar, dan Hutan Lipur Ulu Jeransang yang terletak di Kampung Jeransang.

Kampung - kampung sekitarnya.

Kampung Tanjung Besar Hulu, Kampung Tanjung Besar Hilir, Kampung Bukit Belau atau Kadok, Kampung Rengai, Kampung Jerangsang Hulu, Kampung Jerangsang Hilir, Kampung Kemahang Hulu dan Kampung Kemahang Hilir merupakan kampung rangkaian yang terdapat dalam Mukim Tanjung Besar. Manakala Kampung Jerangsang pula ialah kampung sekitar yang berdekatan dengan Kampung Tanjung Besar. Hubungan yang terjalin antara kampung-kampung ini begitu erat. Perhubungan mesra yang terjalin antara mereka dikekalkan sehingga kini. Sebarang majlis yang dianjurkan akan melibatkan semua kampung-kampung ini, terutama ketika berlangsungnya majlis perkahwinan yang semestinya akan disertai oleh penduduk kampung sekitar.

Populasi

Kekal Rumah Tradisional Anggaran penduduk Kampung Tanjung Besar seramai 703 orang di mana keluasan tanah ialah 5,352 ekar. 340 ialah lelaki dan yang selebihnya wanita iaitu seramai 363 orang. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penduduk masih lagi tinggal di rumah-rumah tradisional dan dalam masa sama turut membina rumah moden memandangkan penduduk kini sudah ramai merasai kesenangan hidup disebabkan terlibat dengan pelbagai sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan. Cara hidup yang diamalkan penduduk pula lebih bercirikan kepada gaya hidup kampung di mana jika dapat dilihat penduduk lebih mesra antara satu sama lain terutama berkaitan dengan jiran tetangga. Hubungan antara jiran terjalin begitu erat terutama ketika berlangsungnya sesuatu majlis. -  Sumber drp Internet

Catatan Pengarang:
Sasilah keluarga : Sebelah Ayah : Saya (Yassin) Bin Ayah (Haji Sulaiman) Bin ( Haji Muhammad) Aki @ Aki Jabuk Bin Mukim Sam (Moyang) - Endor - Tok Dollah. Sedikit Sasilah sebelah aki Jabuk Mak Aki Jabuk - Lembut - Abdullah - Mas Pekan. Jika anda ada kaitan dengan Salasilah diatas jom kita berkongsi maklumat.

Apa pun saya sendiri sebagai anak jati Kampung Tanjung Besar ( sememang ibu dan ayah saya anak kelahiran Tg Besar). Saya sekadar dilahirkan sahaja di Tanjong Besar dan seterusnya dibesarkan di Bandar Jerantut. Kerana pada tahun berkenaan juga ayah saya telah mendapat pekerjaan di Bandar ini iaitu di Majlis Daerah Jerantut sekitar tahun 1960an. Jadi saya sendiri jarang-jarang sekali pulang ke tanah tumpah darah saya ini kerana keluarga telah menatap di Bandar Jerantut ini. Mungkin sudah tiada lagi apa-apa yang dapat dibuat setelah ayah saya sendiri telah berhijrah ke Jerantut dan membina kehidupan disini yang tinggal mungkin saudara waris sahaja aki dan wan pun telah tiada. Namun kenangan tetap tinggal dalam kenangan yang pasti kampung ini tetap menjadi kampung kemegahan saya jua.

13 ulasan:

  1. Mak saya berasal dari Kampung Jeransang. kedua-dua Wan dan Aki saya meninggal dunia 11 tahun yang lalu, dan kali terakhir saya pulang ke Jeransang adalah pada tahun 2001 semasa arwah bapa saudara saya tinggal di rumah aki saya. Di Jeransang pun kini lebih ramai orang luar (dari salah sebuah negeri berjiranan) yang menetap di situ dari orang tempatan.

    BalasPadam
  2. itu yang menyedihkan bila kampung kita terus dihuni oleh org luar...tidak cukup dgn itu mereka membawa budaya mereka sudahnya budaya kita terus tersingkir...

    BalasPadam
  3. Saya di lahir di Jeransang. saya masa kecik dulu, semasa wan dan aki masih ada ... selalu juga balik Jeransang. masa ini kala balik kg, hanya kenal Tok Empat Derani dan Hj Zahari ( imam ) je. suka mandi di alor, tapi sekarang alor x banyak air mengalir dan kotor

    BalasPadam
  4. tq utk info yg bguna ni..koi sendiri pun xtau bende2 ni semua sdgkan mak koi sendiri mmg lahir kat tg.besar.arwah aki koi pun di kuburkan sana..

    BalasPadam
  5. Hadi - kena meniti waris juga baru kenal kita :)

    BalasPadam
  6. sye duk kg tanjung besar sampai umur 5tahun je. pastu pindah 56 keratong 10... arwah wan sye khatijah binti osman.rumah dekat kubur..rumah pun dh xde kat situ..hutan sudah..rindu nk balik sne lagi..ingat mse kecik2 mandi kt tali air..tp sy di lahir kn di kg kadok..sekian..wassalam..

    BalasPadam
  7. sye duk kg tanjung besar sampai umur 5tahun je. pastu pindah 56 keratong 10... arwah wan sye khatijah binti osman.rumah dekat kubur..rumah pun dh xde kat situ..hutan sudah..rindu nk balik sne lagi..ingat mse kecik2 mandi kt tali air..tp sy di lahir kn di kg kadok..sekian..wassalam..

    BalasPadam
  8. Saya cucu akie datuk(penghulu abdullah hashim) ayah sy kamaruddin ..org gelar pak andak din tinggal di jengka 19..raya baru ni sy g tengok kg tg besar dgn ayah sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salasilah Anda - Kamarudin bin Abdullah Hashim bin Tok Muda Mat Piah bin Tok Setia Ismail bin Tok Maulud bin Tok Pandak Sapa bin Tok Othman bin Tun Isap bin Tun Enda bin Tun Bandu bin Tun Ibrahim bin Tun Muhammad bin Tun Umar bin Tun Hassan Temenggung bin Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (Bendahara Melaka) - Wallahualam.

      Padam
    2. Sy cicit/biut kepada Abdullah hashim..emak sy bernama Hapsah binti Mohd Nordin bin Abdullah hashim bin tok muda Mat Piah bin dan seterusnya sama nama seperti di atas..sekarang kami menetap di Jerantut..balik ke tg besar bila ada majlis2 dan perayaan

      Padam
  9. MAS PEKAN bt Tok Maulud bin Tok Pandak Sapa bin Tok Othman bin Tok Isap bin Tun Enda bin Tun Bandu bin TUN IBRAHIM bin Tun Muhammad bin Tun Umar bin TUN HASSAN TEMENGGUNG - wallahualam.

    BalasPadam
  10. TUN HASSAN TEMENGGUNG - Pegawai KERAJAAN MELAYU MELAKA.

    BalasPadam
  11. Saya masih duduk d tg.besar,sy ank hairuddin(paknjang yu),arwah aki sy mahmud bin jawi,setakat itu saja yg sy tau

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.