Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

26 Nov 2014

APAKAH NANTI TASIK CHINI SEKADAR TINGGAL NAMA?

Salah sebuah bukit yang gondol akibat perlombongan bijih boleh dilihat dengan jelas di sekitar kawasan Tasik Chini. 

Tiada tindakan dan kerjasama pihak berwajib ke arah membangun, memelihara serta memulihara Tasik Chini di sini merupakan punca ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya. Bekas Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Mushrifah Idris berkata, sejak ditubuhkan pada 2004, pelbagai penyelidikan dan kajian telah dilakukan PPTC berhubung tasik berkenaan.

Antaranya, kata beliau, melibatkan aspek flora, fauna, ekohidrologi, perubahan iklim dan pemulihan serta pengurusan persekitaran, namun apa yang disampaikan pihaknya untuk tindakan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan serta Jabatan Perhutanan negeri tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau sendiri yang 10 tahun terlibat dalam penyelidikan dan pelaksanaan dasar di tasik berkenaan kecewa kerana penyelidikan dan kajian PPTC tidak diambil kira.

Tegas beliau, sebaliknya apa yang berlaku, keadaan di tasik yang diiktiraf sebagai rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu semakin teruk.

“Kita (PPTC UKM) sudah melakukan pelbagai penyelidikan untuk membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan negara namun kita hanyalah badan yang melakukan kajian dan penyelidikan, kita bukan agensi pelaksana.

“Kita juga bermesyuarat dengan Exco kerajaan negeri, dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dengan wakil istana juga kita bermesyuarat bagi menyatakan me-ngenai kajian dan penyelidikan kita dan kita berharap dalam usaha menjaga tasik ini mereka akan melaksanakannya.

“Kita sekarang tidak banyak tasik asli, yang ada hanya dua iaitu Tasik Bera yang dipilih sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan Tasik Chini yang diktiraf sebagai rizab Biosfera oleh UNESCO, tak kan dua tasik ini pun kita tidak boleh jaganya dengan betul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata de-mikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang mendedahkan mengenai Tasik Chini yang dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan.

Sedangkan dahulu, permata pelancongan negeri ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut.

Mengulas lanjut, Mushrifah ber-kata, beliau sedih kerana kawasan di tasik berkenaan kini menjadi mang-sa pembangunan yang tidak diuruskan dengan betul, penerokaan hutan dan perlombongan bijih yang kesannya bukan sahaja mengotorkan jalan raya malah air tasik juga menjadi merah dan tercemar.

“Tidak salah jika ingin menjalankan pembangunan tetapi perlu dilakukan dengan betul berkonsepkan teknologi hijau, penebangan hutan juga boleh dilakukan tetapi perlu jauh dari kawasan tasik, begitu dengan perlombongan kalau ingin dibuat perlu 300 meter daripada zon penampan.

“Tasik ini sebenarnya sama macam manusia juga, dia ada umur, jika tidak diurus dengan baik, tasik makin mendap, air tasik cetek, makin lama tasik ini akan jadi tua dan akan menjadi mati,” katanya.

Penerima Anugerah Hari UNESCO Malaysia 2011 itu berkata, jika pihak berwajib serius hendak memulihkan kembali Tasik Chini, tempoh masa sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan untuk aspek pemuliharaan seperti penanaman semula hutan dan UKM boleh membantu memberikan pandangan mengenai jenis pokok yang sesuai ditanam.

“Kawasan persekitaran tasik ini banyak mineral, tidak semua pokok boleh hidup dan selepas perlombongan di situ yang ada adalah logam dan kita (UKM) telah buat kajian apa pokok yang boleh ditanam,” katanya.

Selain itu, katanya, tiga perkara juga diperlukan untuk memulihkan kembali tasik itu iaitu peruntukan, menentukan pihak-pihak yang akan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan yang ketiga adalah kemahuan politik pihak berwajib sama ada ingin melakukannya atau tidak. Sumber : Utusan Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Kesah legenda naga tasik Chini dan kesan pemerintahan Siam di sini akan menjadi daya tarikan kpd pelancong

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...