Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

24 Jun 2014

HUTAN SIMPAN KEKAL LENTANG, BENTONG DIPERKOSA


Keratan Akhbar Metro
DUA buah lori memunggah hasil balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong.

BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.

Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari.

Tinjauan Kosmo! di beberapa daerah di negeri Pahang dalam tempoh seminggu lalu mendapati terdapat banyak aktiviti penerokaan hutan yang tidak terkawal terutamanya di hutan simpan kekal dan kawasan tadahan hujan.

Ketika tinjauan dibuat di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong yang mempunyai keluasan 1,338 hektar kelmarin, pemandangan dari luar menunjukkan kawasan hutan itu bagaikan langsung tidak diusik, namun perkara sebaliknya berlaku di bahagian dalam apabila lebih 78 hektar kawasan hutan simpan kekal berkenaan telah digondolkan.

Tinjauan itu juga mendapati kawasan hutan simpan tersebut telah dirosakkan dengan laluan balak sepanjang kira-kira 20 kilometer bermula dari pintu masuk hutan tersebut di Pejabat Hutan Kecil Lentang hingga ke Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Laluan balak yang dibina itu dibimbangi boleh mengakibatkan hakisan tanah dan ia masuk ke dalam Sungai Benus yang mengalir ke kawasan Air Terjun Hutan Lipur Lentang sekali gus mencemarkan kawasan perkelahan itu jika berlaku hujan lebat.- Kosmo

AAP -  tidak mampu untuk memberi komen sekadar takziah diatas pemerkosaan ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...