Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

7 Mei 2014

100 MAKSUD DAN MAKNA PERIBAHASA MELAYU DAHULU

Peribahasa melayu dahulu begitu mendalam akan maksudnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian kita dihari ini sudah tidak mengetahui akan maksudnya. Berikut sedikit perkongsian peribahasa melayu dahulu :

1. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan maksud peribahasa tidak mahu mengakui kebenaran;

2. Elok kata dlm muafakat, buruk kata di luar muafakat maksud peribahasa kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat;

3. Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan maksud peribahasa memungkiri janji dgn tiba-tiba

4. Katak di bawah tempurung maksud peribahasa orang yg teramat picik pengetahuannya;

5. Katak ditimpa kemarau maksud peribahasa berkeluh-kesah dgn tidak keruan;

6. Katak hendak jadi lembu maksud peribahasa ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb);

7. Alim bagai katak tepi air maksud peribahasa orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya;

8. Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu maksud peribahasa orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi;

9. Laksana katak , sedikit hujan banyak bermain maksud peribahasa orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil;

10. Tak akan ada katak beranak ular maksud peribahasa a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);

11. Terkilap-kilap bagai katak disemburi maksud peribahasa tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan;

12. Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun maksud peribahasa orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.

13. Sekati sama berat, diuji sama merah maksud peribahasa sama tinggi darjatnya;

14. Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah maksud peribahasa hidup mati terletak di tangan Tuhan

15. Kaut laba dgn siku maksud peribahasa sentiasa hendak beroleh untung banyak;

16. Umpama burung tumpang beramai dgn kawan banyak maksud peribahasa perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.

17. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yg diadang maksud peribahasa tipu muslihat yang tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;

18. Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai maksud peribahasa hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani;

19. Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak maksud peribahasa perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak;

20. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi maksud peribahasa sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah;

21. Orang kaya suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia maksud peribahasa orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian);

22. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang maksud peribahasa hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;

23. Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan maksud peribahasa pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya;

24. Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat maksud peribahasa kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya;

25. Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan maksud peribahasa orang yg tidak sempurna akal fikirannya;

26. Kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut maksud peribahasa orang yg banyak kawan tidak takut akan susah;

27. Bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus maksud peribahasa orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa;

28. Besar kayu besar dahannya = gedang kayu gedang dahannya maksud peribahasa apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya;

29. Dimana kayu bengkok, di sanalah musang meniti maksud peribahasa tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri;

30. Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu maksud peribahasa kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi;

31. Laksana pohon kayu tidak berbuah maksud peribahasa ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna;

32. Seberat-berat kayu terapung juga dalam air maksud peribahasa fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut;

33. Tak kayu jenjang dikeping maksud peribahasa dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud;

34. umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan maksud peribahasa nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi;

35. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri maksud peribahasa orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;

36. Kayuh sambil bertimba (ke hilir) maksud peribahasa dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak;

37. Malu bertanya sesat jalan, malu kayuh perahu hanyut maksud peribahasa kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;

38. Kebat erat membuhul mati maksud peribahasa menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi;

39. Kebat erat-erat membuhul mati-mati maksud peribahasa membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna;

40. Kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang maksud peribahasa orang yg tetap pendiriannya

41. Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut maksud peribahasa orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya)

42. Kecek anak Melaka maksud peribahasa gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi);

43. Kecek bagai bunyi merendang kacang maksud peribahasa percakapan yg tidak keruan;

44. Kecek bagai ketiak ular maksud peribahasa percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan);

45. Kecek berlauk-lauk, makan dgn sambal lada maksud peribahasa, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll)

46. Kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa maksud peribahasa pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda);

47. Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak maksud peribahasa kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa

48. Kecong-kecoh bertimbang ciak maksud peribahasa setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup;

49. Kecubung berulam ganja maksud peribahasa sama-sama jahat;

50. Menggetil puncak kedal orang maksud peribahasa menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan

51. Laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) maksud peribahasa orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya

52. Putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat maksud peribahasa keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang;

53. Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji maksud peribahasa mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;

54. Tidak kekal bunga dikarang maksud peribahasa perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya;

55. Kelahi di ekor alahan maksud peribahasa memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai;

56. Kelahi dalam mimpi maksud peribahasa a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja;

57. Kelahi dengan orang tak berambut maksud peribahasa berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;

58. Bagai kelahi dlm kapuk (kepuk) maksud peribahasa perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan;

59. Kelam disigi, lekung ditinjau maksud peribahasa sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama;

60. Seperti kelapa ditebuk tupai maksud peribahasa gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).

61. Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran maksud peribahasa terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri

62. Kelekatu hendak terbang ke langit maksud peribahasa berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil;

63. Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati lakunya maksud peribahasa umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya;

64. Di mana kelentung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam maksud peribahasa di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.

65. Seperti keli dua selubang maksud peribahasa seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih.

66. Tidak kelih mau tengok maksud peribahasa mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya

67. Jahit sudah, kelindan putus maksud peribahasa selesai semuanya;

68. Lalu penjahit, lalu kelindan maksud peribahasa apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.

69. Tak kelipat perut maksud peribahasa tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia.

70. Seperti kelopak pandan maksud peribahasa menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan:

71. Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti gambar dilarik; tinggal kelopak salak maksud peribahasa habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan)

72. Bagai jawi ditarik keluan maksud peribahasa menurut sahaja semuanya;

73. Menjilat keluan bagai kerbau maksud peribahasa sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan);

74. Putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung maksud peribahasa perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan);

75. Bagai keluan bebar petang maksud peribahasa berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.

76. Keluh(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran maksud peribahasa Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;

77. Salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang maksud peribahasa a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.

78. Apakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau maksud peribahasa tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain;

79. Gaharu dibakar, kemenyan berbau maksud peribahasa memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang

80. Patah kemudi dengan ebamnya maksud peribahasa tidak ada harapan lagi;

81. Kena batang hidung sendiri maksud peribahasa menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll);

82. Kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala maksud peribahasa sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan;

83. Kalau kena tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut maksud peribahasa kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan

84. Kenal-kenal Cina maksud peribahasa baru kenal (belum mesra lagi);

85. Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari maksud peribahasa murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);

86. Orang yg kenyang, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga maksud peribahasa orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah

87. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut maksud peribahasa a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan

88. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain maksud peribahasa manusia berlain-lainan pendapat;

89. Diberi (di) bahu hendak (ke) kepala maksud peribahasa diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan);

90. Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan maksud peribahasa pada lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali;

91. Silap mata pecah kepala maksud peribahasa jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana;

92. Tidak tentu kepala ekor maksud peribahasa a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun

93. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang maksud peribahasa sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan

94. Kepit daun kunyit maksud peribahasa Mn memuji diri sendiri;

95. Kepit kepala harimau maksud peribahasa menggertak (menakut-nakutkan) orang dengan mempergunakan nama orang yg berkuasa;

96. Kera dapat (diberi) bunga = bagai keradiberi kaca maksud peribahasa mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya;

97. Kera lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan maksud peribahasa orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya;

98. Kera menegurkan tahinya maksud peribahasa orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya;

99. Kera menjadi monyet maksud peribahasa serupa sahaja (tiada bezanya);

100. Bagai kera dapat canggung maksud peribahasa perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya;

Sumber by Google

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

38 ulasan:

  1. morata pun dah banyak lupa dah dengan peribahasa ni semua.. masa zaman sekolah selalu belajar benda ni tapi habis sekolah je terus lupa.. hihihiiii..

    BalasPadam
  2. Terima kasih encik Yassin share info ni.. Kebetulan tadi tengah cari peribahasa.. Betul kata Morata lai sizuka, kalau masa sekolah dulu hafal kot benda2 ni semua.. Skrg nk tahu je kne google.. :-)

    BalasPadam
  3. mohon digunakan utk murid2.semoga perkongsian ini menjadi saham akhirat

    BalasPadam
  4. Thankyou sebb share info ni :)

    BalasPadam
  5. Thankyou sebb share info ni :)

    BalasPadam
  6. terimak kasih pak cik hassan sebab mengongsikan info ini.senang lah nak siapkan kerja sekolah.

    BalasPadam
  7. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

    BalasPadam
  8. Thank sbb tuk ni harap pt3 ak bole jwb tahun ni amin...

    BalasPadam
  9. ape maksud "bukit sama didaki,lurah sama diturun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

      Padam
    2. Dah lama cari peribahasa itu.

      Padam
    3. Ape dalm peribahasa aitu prang yg selalu lupa / pelupa

      Padam
  10. Mebosankan x ada apa yg i nak😧😧😧😧

    BalasPadam
  11. sudah hafal peribahasa ini.....

    BalasPadam
  12. Betul Gina saya pun menggunakan sepanjang masa untuk Cari perkataan

    BalasPadam
  13. Wah,ada 100 bidalan. Terima kasih encik Yassin untuk share info ini

    BalasPadam
  14. Membantu sangat-sangat terima kasih!!!!

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...