Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

4 Apr 2014

INFO IKAN STURGEON PROJEK PERTERNAKAN IKAN STURGEON KUALA TAHAN JERANTUT PAHANG

Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, kerana kaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai. Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 USD sekilogram (Harga terkini : USD4000/kg).

Terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan dasar laut yang hidup antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam lautan dan membiak di kawasan air tawar. Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C. Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan ikan yang lain, selain daripada moluska, krustasea, dan cacing.

Bahagian belakang ikan Sturgeon Bintang berwarna kelabu tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, dengan perutnya berwarna hampir putih. Ikan Sturgeon Bintang mempunyai 40-46 ruji dorsal serta 24-29 ruji dubur. Muncungnya panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada bahagian tengah. Sesungutnya pendek dan tidak sampai mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada muncungnya.

Info berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut. Lokasi projek penternakan Ikan Sturgeon ini di Kuala Tahan, Taman Negara , Jerantut, Pahang. Tanah seluas 8 hektar diperuntukkan untuk memaksimunkan pendapatan dan penggunaan kos secara efisien. Taman Kaviar secara konsep kolam satelit yang akan diusahakan oleh generasi baru peneroka dan kampung tradisional melalui buyback guarantee. Diantara kemudahan yang disediakan:

  • Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar
  • Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D)
  • Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar & Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan Kemudahan tempat tinggal.
Dengan harga pasaran kaviar yang mencecah RM9,000 hingga RM15,000 sekilogram, projek ini dijangka menjana pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 kepada warga Felda yang menyertai projek ini, tempoh bayaran balik ialah selama tujuh tahun," kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Projek ternakan ikan sturgeon merupakan satu daripada 10 projek pelaburan baharu yang diumumkan ECER dalam majlis pertukaran MoU pelaburan antara pelabur dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini.

Menurut kenyataan ECER, kompleks ternakan ikan sturgeon seluas lapan hektar tersebut yang dilengkapi kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan dijangka menjadi sebuah pusat tarikan pelancong utama di ECER.

Pembangunan kompleks ini akan bermula pada 2014 dan dijangka siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Konsep ladang ikan sturgeon ini akan diperluaskan untuk meliputi peneroka Felda di kawasan berhampiran bagi mewujudkan sebuah ladang akua ikan sturgeon serantau.

Bagaimana pun, projek ini juga mendapat bantahan daripada penduduk setempat. Anda boleh melawati page facebook ini :  Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan Sturgeon. Pasti projek ini ada pro dan kontranya. Soalan yang pertama akan ditanya "Kenapa projek ini dibantah?" Ini adalah kata-kata mereka, bagi peluang pekerjaan ( lebih kepada pekerja asing sebab penduduk disini lebih 50% terlibat dalam pelancogan), kerosakan kawasan tadahan sumber minuman penduduk kampung, jarak terlalu dekat dengan taman negara, ikan ini sejenis ikan yang dilarang bawa masuk ke Malaysia. Species ikan ini akan membawa penyakit yang merosakkan ikan ikan tempatan yang lain.

AAP - Kesimpulannya seandainya projek tersebut menguntungkan sebelah pihak sahaja dan langsung tidak memberi faedah pada penduduk tempatan. Sememangnya ianya amat sukar diterima oleh mereka. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. ni nak cari bala namanya weh...

    BalasPadam
  2. kerajaan dah kaji dan timbang sebaik2nya! pendapat pakar2 di ambil kira! hasutan yang tak suka kepada projek ni biasalah atas sebab2 yang tertentu.jambatan pulau pinang,stadium2 pun ada orang tentang inikan pula projek yang info kpd penduduk kampung! yang tak suka dan bantah tu hanya beberapa kerat aje,dah dikenal pasti baik sangat dengan dalang yang menentang!

    BalasPadam
  3. Kalau betul nak tgkatkan ekonomi penduduk tempatan, buat projek kelah je

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...