Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Apr 2014

INFO BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA

Sekarang ini muism BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA mana satu betul tak tahu sebab banyak sangat nama bunga ini. Sebenarnya penulis terpanggil juga untuk menulis kisah bunga ini  cari punya cari, dalam google tidak dapat banyak info yang berkaitan dengan tepat. Cuma sedikit sahaja infonya yang berkaitan.
Mungkin kerana cantik dan menawannya bunga ini lalu nak juga tahu juga akan asal usulnya dari mana dan apakah sebenar namanya. Al kisah bunga ini sudah di tanam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mungkin kerana cantiknya bunga ini lalu ianya mendapat tempat dan menjadi pilihan sebagai landskap. Sebagai tanamam di tepi jalan (ornamental tree) di bandar-bandar utama dan bandar besar di Malaysia.
Difahamkan juga bunga ini banyak ditanam di Kedah dan Pulau Pinang sebelum ini. Bunga ini berasal daripada Mexico, Florida, Argentina, Pulau Caribean dan banyak lagi. Nama bunga ini di Malaysia disebut BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA atau Tabebuia pentaphylla nama saintifik bunga ini kumpulan (tribe)- tekoma (Tecomeae) keluarga (family) - Bignoniaceae Gens- Tabebuia.

Ada tidak kurang atau lebih 100 spesis bunga ini antaranya :

Tabebuia pentaphylla- pink
Tabebuia rosea- pink

Tabebuia impetiginosa - pink

Tabebuia roseo-alba – white

Tabebuia chrysantha – yellow 

 Keadaan bunga-bunga yang sudah berguguran.
Pokok bunga ini ada bermacam-macam warna, putih, pink, kuning, lavender, magenta, dan merah. Bila pokok ini berbunga daunnya mula atau habis gugur dan bunga ini juga difahamkan cepat juga gugurnya selepas mekar. Disunting daripada maksud wikipedia (deciduous while flowering - dry-season deciduous) deciduous itu maksudnya luruh. (flowering is chiefly in the spring, or dry season and is accompanied by complete leaf drop) (berbunga adalah terutamanya pada musim bunga, atau musim kering dan disertai oleh kejatuhan daun lengkap)
Antara kelebihan pokok ni adalah aktiviti Anti bakteria dan anti malaria. Namun katanya juga batang pokok bunga ini beracun seperti info bergambar di atas ini. Moralnya kalau berkenan dan minat sangat jangan di pegang atau disentuh lihat sahaja sudahlah. Ok setakat itu sahaja info yang dapat di kongsikan berkaitan dengan  BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Pokok ni berbunga banyak bila cuaca agak panas.. kalau ditanam sepanjang highway sejuk mata bila memandu...
    www.sinaranoptik.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan pendapat saudara....

      Padam
  2. Nak beli bibit bunga ni... dimana bole dapat area kota kinabalu sabah ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah u dapat bibit? kalau tau bagi tau sy juga. sy pun tgh cari bibit pokok ni. cari di sabah x jumpa pun

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<