Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Jan 2014

SUHU SEJUK APAKAH SALJI BAKAL TURUN DIMALAYSIA?

Merujuk pada carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Sememang suhu di Malaysia mengalami situasi yang agak sedikit sejuk terutama di kawasan pantai timur. Mungkin agak pelik, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun dilanda salji. Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan. Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius. Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur. Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa. Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Video Salji Indonesia pertama dirakam: Fenomena Sangat Luar Biasa.
Mungkin dunia sudah berada digarisan akhir zaman, Apapun tidak mustahil segalanya akan berlaku. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Segala yang terjadi atau bakal terjadi tetap ada hikmah yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga kita mengambil iktibar daripada fenomena ini. Mungkin ini bukan satu situasi yang boleh melekakan kita. Walaupun mungkin ada pihak bagaikan teruja dengan situasi ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. le ni baju sejuk bundle laris dipasaran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Jerantut boleh cecah 19.0 darjah celsuis boleh tahan sejuknya.

      Padam
  2. di Putrajaya plakkk dulu buat tak kisah pkul 3/4 pagi sejuk skrang dah bertukar waktu petang dah memang rasa sejuk lain dari yang lain ....... siapa yg nak sangat main salji tuh tak lama lagi boleh lah main salji puas-puas kat negeri masing-masing ...

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...