Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

10 Okt 2013

SEJARAH MAKAM DIRAJA LUBUK PELANG, BUKIT KETUPAT JERANTUT.


Difahamkan tiga makam DiRaja masih terdapat di Bukit Ketupat Jerantut. Sejarah asalnya bermula di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut. Suatu ketika dahulu kawasan ini adalah penempatan DiRaja dan pusat pengajian ilmu agama sehingga ulama dari Acheh turut berkunjung ke situ. Sebuah rencana berkaitan denganya pernah diterbitkan diakhbar dan ini adalah gambar Makam DiRaja di Bukit Ketupat Jerantut.

Kematian Sultan Muhammad Shah digantikan oleh adiknya Raja Ahmad, pada masa pemerintahan Raja Ahmad kemajuan Islam di Pahang menjadi semakin maju dan berjaya. Kalau kita merujuk kepada kisah Tun Teja yang dirampas oleh Sultan Melaka,maka pd akhir kisah Raja Ahmad merajuk di atas perbuatan tidak bermoral Raja Melaka terhadap baginda. Baginda meletakkan jawatannya sebagai raja dan digantikan oleh anaknya Raja Jamil.

Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana & tahta kerajaan lalu mudik ke hulu Sungai Pahang sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri,alat muzik kebesaran diraja. Baginda sampai ke Lubuk Pelang,maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah. Dinyatakan di dalam kitab-kitab lama baginda “bersyeikh “ diri yakni bersuluk. Bersyeikh maksudnya “masuk syeikh” itu meletakkan diri dibawah bimbingan seorang guru. Pada masa itu di yakini Lubuk Pelang merupakan sebuah tempat pengajian yang agak terkenal di Pantai Timur. Baginda tinggal di sana sehingga baginda meninggal dunia. Makam baginda sehingga kini ada di sana bersama dengan dua lagi makam Sultan Mansur iaitu anaknya dan makam Puteri Berdarah Putih. Makam itu bukan makam Sultan Jamil kerana makam Sultan Abdul Jamil ada di Pekan. Penulis Abdul Halim Nasir di dalam catitannya dalam Utusan Melayu (16.4.1997) menyatakan bahawa makam ini sah kepunyaan Sultan Ahmad kerana batu nesan ini sama dengan batu nesan kepunyaan isterinya di Pekan yang terdiri dari Batu Nesan Acheh bertarikh 1497.

Pada masa itu Lubuk Pelang merupakan pusat pendidikan Islam bercorak tasawuff. Makam Raja Ahmad digelar “Marhum Sheikh” yakni baginda merupakan seorang ahli tasawuff yang mengikut tarekat yang tertentu. Kitab Sejarah Melayu menceritakan:

“ ….dan Sultan berdiam ke hulu (Sungai Pahang)…selagi kedengaran bunyi nobat maka baginda mudik jua ke hulu hinggga ke Lubuk Pelang (dekat Kuala Krau,Temerloh Pahang) namanya. Di sanalah baginda diam,tiada kedengaran bunyi nobat lagi…maka sultan bersyeikh dirinya….itulah disebut orang Marhum Syeikh”.

Kedudukan Lubuk Pelang sebagai pusat pengajian di iktiraf oleh Kerajaan Acheh di Sumatera, sehingga pada tahun 1640 di hantar seorang pelajar yang bernama Hamzah Fansuri ke sana untuk mendalam Ilmu Hakikat dan Ilmu Tasauwuff. Perjalanan Hamzah ke Pahang ini merupakan perjalanan awal beliau ke luar negara sehingga beliau sampai ke Mekah, Syaria,Irak dan Palestine. Hamzah ke Pahang atas arahan Puteri Kamaliah iaitu seorang anak raja Pahang yang dijadikan isteri oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.

Penulis berpendapat pondok pengajian di Lubuk Pelang masih kekal sejak dari tahun 1490 hingga ke tahun 1640 sebagai pusat pengajian bercorak tasawuff dan mengajar ilmu-ilmu tarekat dan ilmu-ilmu hakikat. Ia bukan sebuah pondok yang mengajar ilmu syariat semata-mata. ( Sumber asal : onekalimah.blogspot)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...