Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

6 Okt 2013

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA : PENGURUSAN PERBELANJAAN KERAJAAN MAKIN LEMAH.

Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara  yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan.

"Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal,
" katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, justeru pihak yang berkenaan tidak boleh melenting dengan laporan didedahkan itu sebaliknya menerima teguran tersebut sebagai didikan dalam usaha menambah baik semua kelemahan yang dinyatakan audit.

Katanya, setiap juruaudit sedia ada dalam setiap jabatan kerajaan perlu main peranan dalam permasalahan tersebut.

*LARI dari topik Laporan Ketua Audit, saya hendak bercakap pasal rokok. Seperti dilaporkan beberapa pengeluar jenama rokok premium mula menaikkan harga rokok sehari dua ini, berikutan peningkatan 14 peratus cukai eksais ke atas produk tembakau.

Tidak seperti petrol RON95 dan diesel yang naik 20 sen seliter, rokok naik RM1.50 sekotak. Kini sekotak rokok pek 20 batang harganya RM12. Kalau berhenti merokok boleh jimat RM12 sehari, sebulan RM360, setahun RM4,320, sepuluh tahun, tentu RM ribu-ribu!

Bagi orang yang tidak merokok memanglah mereka memandang penjimatan RM ribu-ribu itu sesuatu yang amat menarik. Tetapi bagi perokok tegar, kalau harga rokok naik lagi pun mereka hanya kata ‘ada aku kisah!". Kalau sekotak rokok harga RM20 pun mereka tetap beli! Sumber : Sinar Harian

AAP -Sedangkan rakyat di ajak untuk berjimat cermat... semua ini membuatkan rakyat terpaksa menanggung segala kos yang berkaitan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. tahun depan ia tetap berlaku juga,
    cuai dan culaslah lapuran audit ni

    BalasPadam
  2. dah kerajaan ni byk tiris sana sini, hok jugalah yg pilihnya, x nok lalu try hok lain tengok guane cerite nya pulak... hehhee

    BalasPadam
  3. kita pilih kerajaan kita. dah bertahun-tahun tiris pun, kite tetap sayang juge dan undi.

    BalasPadam
  4. kita pilih kerajaan kita. dah bertahun-tahun tiris pun, kite tetap sayang juge dan undi.

    BalasPadam
  5. pengurusan perlu dibuat lebih baik lagi

    BalasPadam
  6. pengawasan atas pemakaian keuangan negara perlu ditingkatkan, komentar juga ke blog saya www.goocap.com

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...