Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

25 Ogo 2013

KETAHUI KESAN LANGSUNG BILA ANDA BERHENTI MEROKOK

Anda hanya memerlukan waktu 20 minit untuk merasakan kesan berhenti merokok. Bagaimana boleh? Selain itu, ada banyak perkara yang terjadi pada tubuh setelah kebiasaan merokok dihentikan. Lihat perkara yang telah dilaporkan dari Health Line berikut ini:

20 Minit setelah berhenti merokok Degupan jantung akan kembali seperti sedia kala, normal, tidak terlalu cepat maupun lambat.
2 Jam setelah berhenti merokokSetelah degupan jantung, kini tekanan darah yang kembali normal. Biasanya jari akan terasa hangat. Tubuh sedikit cemas, banyak memakan makanan ringan, dan nafsu makan meningkat.
12 Jam setelah berhenti merokok Karbon monoksida yang merupakan racun dari rokok pelan-pelan menurun kadarnya di dalam tubuh. Sehingga kadar oksigen dalam darah akan kembali normal.
24 Jam setelah berhenti merokok Sehari setelah berhenti merokok, risiko serangan jantung serta merta menurun drastis.
48 Jam setelah berhenti merokok Deria pencium dan perasa biasanya kelu dan mati akibat rokok. Namun jika kebiasaan merokok dihentikan, 48 jam kemudian kedua deria tersebut akan kembali seperti sedia kala.
3 Hari setelah berhenti merokok Ketika ini, nikotin telah benar-benar keluar dari dalam tubuh. Namun akan timbul gejala seperti sakit kepala, mual, kejang, sampai gangguan emosi.
2-3 Minggu setelah berhenti merokok Selepas beberapa minggu, badan kembali merasakan tenaga dan aktiviti fizikal seperti sukan boleh dijalani dengan baik tanpa gangguan.
1-9 Bulan setelah berhenti merokok Kondisi paru-paru semakin membaik, risiko infeksi paru-paru menurun, batuk dan napas pendek tidak lagi dialami.
1 Tahun setelah berhenti merokok Risiko serangan jantung boleh menurun sampai dengan 50 persen.
5 Tahun setelah berhenti merokok Segala macam racun dari pembakaran rokok di dalam pembuluh darah sudah dibersihkan. Risiko terkena stroke pun sama dengan orang yang sama sekali tak pernah merokok.
10 Tahun setelah berhenti merokok Risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas berjaya diturunkan.
15 Tahun setelah berhenti merokok Risiko penyakit jantung sama dengan orang yang sama sekali tidak merokok.
Jangka panjang
Tidak merokok mampu membuat seseorang bertahan hidup 14 tahun lebih lama. Itulah berbagai perkara yang terjadi pada tubuh ketika Anda berhenti merokok. Sudah siap sedia untuk menghentikan kebiasaan buruk tersebut? 

AAP - Betul atau tidak jika anda sudah lama merokok tubuh memerlukan perkara tersebut untuk terus sihat. Jika tidak anda mungkin akan mengalami kesan langsung yang membahayakan diri anda jika anda berhenti secara paksaan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 ulasan:

  1. kome dah 10 tahun berhenti merokok ni, menarik fakta ni. Minta izin kome nok mengopi ngetek :)

    BalasPadam
  2. Mmg menarik fakta diatas tu... keknya nak mengopi paste kut payah sikit sini kerana perkara tersebut ditutup sepenuhnya atas sebab2 tertentu kalau nok kome terpaksa ikut jalan lain :)

    BalasPadam
  3. menarik fakta ni.. blh bgi link kat abg2 baca.. x tahu la nper susah sgt mereka nk bhenti merokok padahal dah 2 3 kali masuk wad.. ada asthma plak tu.. huhuuu..

    BalasPadam
  4. Banyak kebaikkan berhenti merokok ni... salah satunya, nafas akan terasa lebih panjang dan segar. saya dah 4 bulan berhenti merokok.

    BalasPadam
  5. Semalam saya genap 11 bulan stop merokok....kepada yg diluar sana kalau dulu perokok tegar sebenarnya bukan perkara mudah utk berhenti...saya melalui detik2 hitam apabila mengambil keputusan berhenti merokok....semua apa yg tertulis diatas bukan mengambil masa singkat...jgn samakan badan kita dgn org lain...kepada perokok tegar jika ingin berhenti bersiap sedia berkawan dgn penyakit GERD,SESAK NAFAS,SINUS,MENTAL (kemurungan)...sehingga skg badan saya masih belum normal dan terbaring diatas tilam selama 11 bulan...doakan kesembuhan saya teman2 utk saya menulis kisah benar saya nanti insyallah.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. sy dah hampir 3 bulan cuba berhenti merokok sprt en anuar dtg penyakit gerd, sesak nafas & sakit dada & axienty....tgh berperang moga berjaya & sihat seperti sediakala

    BalasPadam
  8. sy dah hampir 3 bulan cuba berhenti merokok sprt en anuar dtg penyakit gerd, sesak nafas & sakit dada & axienty....tgh berperang moga berjaya & sihat seperti sediakala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ass, adakah Tn Anuar dan Tn Rezky Daud dah sembuh dari kesan berhenti rokok..? sebab kawan sekarang rasa macam Tn2, dah 2 bulan henti rokok, sesak napas, kepala pusing2 macam nak pingsan, sesak dada, mcam depresi....

      Padam
  9. Kepada yang mengalami simptom2 berhenti rokok boleh la berbincang dalam group kami... kerana kami juga mengalami perkara yg sama... whatsapp 0198211366

    BalasPadam
  10. Kepada yang mengalami simptom2 berhenti rokok boleh la berbincang dalam group kami... kerana kami juga mengalami perkara yg sama... whatsapp 0198211366

    BalasPadam
    Balasan
    1. furqon sabah boleh sy tau kesan2 perokok tegar yg berhenti merokok secare tibe2.. sy da buntu sgt xtau nk wat ape kat tunang sy..da 2 minggu die sakit..die mengalami sakit dada n perot gastrik..da try g spital n klinik..same jugak..harp dpt bntu sy care lain dlm masalh ni..

      Padam
    2. Assalam pn shaza, memang tu syimptom quit smoking puan, saya pun macam tu, sesak dada, dada cucuk2, gastrik, sinus, sakit kepala, kemurungan, teruskan bertahan tunang tu pn, insyaallah tak pe, saya dah 6 bulan stop rokok pon masih rasa sakit2 badan dan anxiety.

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...