Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

3 Apr 2013

MITOS ORANG MELAYU APA ADA PADA BUSUT?

Kebiasanya jika kita selalu pergi ke hutan atau ke sesuatu tempat di kampung-kampung khasnya, kebiasaanya kita akan terjumpa dengan bonggolan tanah yang agak tinggi sedikit. Selalunya tanah seumpama ini disebut busut. Terdapat dua nama ke atas busut, iaitu busut jantan dan busut betina. Bentuk busut jantan meruncing ke atas sedangkan busut betina tidak meruncing ke atas. Busut jantan biasanya  yang menjadi mitos dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kepercayaan orang tua-tua, ada pantang larang tertentu jika kita memasuki ke hutan untuk memburu ayam hutan seumpamanya. Pemburu dilarang menembak ayam hutan yang sedang bertenggek di atas busut. Di katakan, ada jin yang menjaga ayam hutan itu. Jika ayam itu ditembak, si pemburu akan mendapat musibah atau setidak-tidaknya ayam yang telah ditembak akan bertukar menjadi biawak.

Sebenarnya jika difikirkan dengan logik akal, ayam hutan memang suka bertenggek di atas busut kerana suka memakan anai-anai di dalam busut. Mungkin juga, ayam yang dimaksudkan itu adalah ayam tambun. Jika salah seekor ayam tambun ditembak, pastinya ayam yang tinggal akan berasa marah kerana kekasihnya dibunuh lalu berdoa kepada Tuhan. Besar kemungkinan juga, orang tua-tua melarang memburu ayam yang bertenggek di atas busut kerana mereka tahu bahawa ayam tambun sedang bertelur atau sedang dalam proses hendak bertelur.

Tidak kurang satu pantang larang yang amat besar kita ditegah sama sekali membuang air kecil diatas busut di bimbangi akan 'tersampuk' atau di tegur jin diatas kelalukan tidak senonoh kita dan dibimbangi juga anda akan mendapat musibah yang lainnya disebabkan daripada perbuatan tersebut.

Pastinya, orang Melayu dahulu lebih arif tentang alam dan haiwan. Kepekaan mereka terhadap alam membuatkan terhasilnya pantang larang ini, demi menghormati lingkaran kehidupan haiwan.

AAP - Apa ada pada busut?  mungkin ada anai-anai :) Terkadang amalan dan pantang larang orang tua dahulu ada kebenaranya.
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. tempat kulat tahun tumbuh hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dimana ada busut disitu ada kulat tahun yak :)

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!