Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

3 Jan 2013

TIPS : LIMA CARA MUDAH ATASI KETAGIHAN FACEBOOK !

Facebook telah menjadi sahabat abadi sebahagian besar orang. Selain itu trend bersosial media memang semakin popular di Malaysia. Tidak hanya anak muda dan orang tua, anak-anak pun mula banyak yang mempunyai akaun persendirian di sosial media, salah satunya Facebook.

Jejaring sosial hasil daripada Mark Zuckenberg ini memang memiliki daya tarikan tersendiri sebagai sosial media yang multi-fungsi, maka jangan hairan jika ada orang yang leka berjam-jam bermain Faceboook. Bermain Facebook memang tidak ada salahnya, tetapi jika sudah ketagihan dan sampai mengganggu aktiviti lain, ini boleh amat menyusahkan.

1.Tentukan Hala Tujuan
Faceboook sangat bagus digunakan untuk banyak perkara. Namun ingat kembali apa tujuan pertama kali anda menggunakan Facebook. Apakah untuk mempromosikan perniagaan anda, atau hanya sekadar berinteraksi dengan teman lama? Jadi mulai sekarang tentukan semula niat dan tujuan anda memakai Facebook.

2. Hadkan Waktu
Setelah menentukan tujuan anda menggunakan Facebook, kini tiba masanya anda harus mulai boleh menyekat waktu bermain Facebook. Misalnya dalam sehari cukup 2 jam sahaja, dan itu setelah menyelesaikan tugas pejabat atau sekolah. Namun jika sukar menerapkannya, cubalah menggunakan aplikasi sambungan "Stay Focus" yang ada di browser Google Chrome. Sambungan ini membolehkan anda mengehadkan masa di laman web tertentu.

3.Berkongsi Agenda
Cubalah install aplikasi kalendar '30 Boxes 'di Facebook. Aplikasi ini berguna untuk mengatur dan membahagikan tujuan dan agenda anda ke rakan-rakan di Facebook. Minta rakan anda di Facebook untuk menjadi motivator untuk mencapai tujuan dan sasaran anda. Buatlah jadual peribadi agar anda tetap boleh bertanggung jawab memenuhi tarikh akhir dan destinasi yang anda miliki.

Aplikasi kalendar '30 Boxes 'ini juga serasi dengan beberapa platform termasuk Twitter, Blogger, WordPress, Yahoo Mail dan Google Calendar. Dan palikasi ini juga boleh diakses melalui telefon pintar anda melalui versi mobile dari kalendar.

4. Anggap Sebagai Hiburan
Jika anda menganggap Facebook sebagai sumber hiburan anda, maka pastikan untuk menggunakannya hanya sebagai 'hadiah' di waktu terluang anda. Misalnya setelah menyelesaikan kerja pejabat, anda boleh mengisi masa lapang dengan bermain Facebook dulu selama beberapa minit. Maka dengan begitu pekerjaan anda beres, status Facebook pun tetap update.

5. Matikan Komputer

Cara yang paling tepat yang boleh dilakukan agar anda tidak melulu bermain di Facebook adalah dengan mematikan komputer. Cubalah pergi keluar dan mencari aktiviti-aktiviti lain yang lebih bermanfaat, atau dengan menyalurkan hobi anda di dunia nyata seperti bermain basket, berenang, membuat kerajinan dan sebagainya. Bagaimanapun, sosialisasi di dunia nyata sangat diperlukan. Sumber | Olahan Semula :  akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

2 ulasan:

  1. jarang kat FB
    main jenguk2 gitu je
    cuma tempat post entri je :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...