Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

21 Jan 2013

PENGGUNA ROKOK E-ELEKTRONIK TERDEDAH KEPADA PENYAKIT!

BENTONG — Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.— BERNAMA

AAP - Apakah mungkin... industri rokok biasa terancam?  macam industri perfilieman... jadi kerajaan kena mengambill tindakan supaya penghisap rokok berbalik kepada tembakau berjenama. Rasanya rokok biasa juga boleh menyebabkan penyakit kronik :( jadi tidak ada bezanya. Tepuk dada tanya selera.. kebiasaanya yang ditegah itu lebih menjadi :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 ulasan:

  1. Rokok e-eltronik x memberi kn keuntungan kepada kerajaan bb 2 diharamkn.......

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    payah la, bila ada alternatif nak
    kurang merokok asap, ada pulak yang ban
    rokok elekronik nih

    BalasPadam
  3. tepuk dada tanya iman,
    makin ramai anak muda menggunakannya,
    entah bencana apa yang bakal melanda nanti.

    BalasPadam
  4. tak kira rokok apa sekalipun.. dah nama rokok.. ade la bahaya dia hahaha.. aku rasa made in china mudah terdedah kot.. china ni bnyk meniru lepas tu guna material murah..

    http://liveradio.super-resources.com/tv3-high-quality-malaysia/

    BalasPadam
  5. bg saya rokok mmg bahaya tp ... perniagaan rokok biasa dh jd lumrah biasa bg perokok dan menjadi sumber pendapatan besar kpd negara... bila org dh bertukar kpd e-rokok maka salah di sisi perniagaan negara... dok gittu..hehehe

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Bahaya setakat mana? Cuba cerita sikit, sharelah!

      Padam
  7. rokok eletrik seperti nya lebih berbahaya ya dari roko yang biasanya. great post.

    Rumah Dijual

    BalasPadam
  8. sedut asap dgn sedut wap dua-dua pun bahaya.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...