Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

15 Jan 2013

ADA TELEFON KHUSUS UNTUK KECURANGAN DI JEPUN.

Bagi orang yang suka berbuat curang atau seumpamanya telefon anti kecurangan di Jepun ini mungkin menjadi telepon pilihan yang wajib anda cari dan digunakan.

Ketika masyarakat dunia kini sudah boleh menikmati telefon telefon cangih yang boleh mengakses segala maklumat ternyata warga jepun masih suka menggunakan telefon bimbit biasa yang boleh menjaga rahsia peribadinya bahkan telefon biasa ini mendapat gelaran uwaki keitai atau telefon kecurangan.

Syarikat Telefon Fujitsu menawarkan sebuah telefon flip-phone yang mempunyai ciri-ciri siluman yang mampu melindungi semua maklumat para penggunaya telefon ini diberi nama Fujitsu F-Series.

Fujitsu F-Series merupakan telefon yang sesuai digunakan oleh orang orang yang sedang curang dengan ciri silumanya ini telefon ini mampu menyembunyikan panggilan masuk dari kenalan yang bertanda dalam mod tersebut.

Para pengguna telefon ini akan mendapatkan tanda khusus ketika nombor yang telah ditanda menelefon tanda pangilan masuk tersebut perubahan warna pada skrin atau perubahan pada tanda ikon bateri dan isyarat.

Dengan adanya tanda tersebut secara automatik tidak akan ada yang mengetahui jika hubungan intim anda dan pasangan anda sedang menelefon.

Fujitsu pertama kali memperkenalkan ciri-ciri privasi pada tahun 2002 sebagai sebahagian daripada syarat-syarat keselamatan yang ketat untuk semua telefon yang dilakukan oleh NTT DoCoMo Inc, pembekal terbesar di Jepun.

Namun sayangnya jangan berangan dahulu, telefon ini hanya dijual di Jepun dan belum dijual di luar daripada Jepun. Jangan cari pasal kalau memang nak menambah cawangan secara sah entahlah :) apa-apa pun bab curang ini memang amat berdosa, sendiri mahu ingat....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...



    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...

    BalasPadam
  2. Malaysia pun dah ande.Koi baru je tau mase tengoh musing2 nengok hp.Siak ande kod la pulok.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!