Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Jan 2013

5 PERKARA REMEH YANG BOLEH MENGHANCURKAN PERKAHWINAN.

Perkahwinan yang bahagia dan berkekalan merupakan impian setiap pasangan pernikahan didunia. Tetapi kerana ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan boleh membuat perkahwinan kita dan pasangan menjadi terancam dan terabai. Berikut ini ada beberapa perkara yang boleh menghancurkan kehidupan berumahtangga dan perlu dihindarkan.

1. Jangan Melibatkan Orang Tua
Melibatakan orang tua dalam masalah yang berlaku dalam rumah tanga bukanlah perkara yang baik walupun ada satu dua perkara perlu dirujuk tapi tidak 100 peratus. Kebanyakan orang tua terkadang lebih mudah untuk mengambil jalan yang mudah tanpa memikirkan risikonya. Anda perlu berusaha sendiri seandainya mempunyai masalah dalam rumah tanga untuk diselesaikan sendiri bersama pasangan anda.

2. Masih mengutamakan rakan-rakan
Ini merupakan kesalahan umum yang sering dilakukan oleh banyak pasangan. Melibatkan rakan dalam rumah tangga hanya akan membuat masalah anda dan pasangan semakin rumit. Selain itu jika anda masih suka berkumpul dengan rakan anda dan menghabiskan masa bersama. Kebiasaan buruk ini akan memburukkan lagi hubungan anda dengannya. Anda tidak boleh lupa bahawa anda juga perlu menghabiskan masa bersama si dia.

3. Menjadi Anak Ibu
Jangan menjadi anak Ibu dan terlalu mengikut semua apa kata Ibu biar bagaimana pun anda sudah mempunyai isteri / suami dengarkan semua perkatan isteri / suami kamu dan jika isteri/ saumi anda dan ibu anda terlibat konflik anda jangan hanya melihat saja ambil tindakan tergas untuk menyelesaikan konflik anda jangan bela kedua-duanya.

4. Tidak Menghormati Pasangan

Hubungan yang romatis antara pasangan kerana adanya hubungan komunikasi yang baik. Jika anda sudah tidak menghormati pasangan anda. Maka anda dan pasangan akan sering terjadi konflik jika ini terus dibiarkan maka hubungan perkahwinan anda boleh saja menjadi suram dan lebih daripada itu berlaku penceriaan.

5. Kurangnya Hubungan Seks
Dalam kehidupan berumahtangga inilah perkara pokok dan asasnya. Tidak bermaksud perkahiwanan hanya untuk seks sahaja. Ttetapi perkahwinan amat memerlukan perkara tersebut. Banyak pasangan melakukan kesalahan dengan tidak mengendahkan kehidupan seksual. Ingat, seks juga menjadi keperluan penting yang perlu dipenuhi dalam perkahwinan anda.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. salam tuan admin..jemput singgah sini pingje.org dan pingkan aritkel2 menarik anda..kopy/paste banner pingje.org dan terima baclink serta traffik percuma.. ;)

    BalasPadam
  2. mana2 yang rasa ada kekurangan atau tak puas hati, bawa bawa lah berbincang, jangan sampai bercerai berai

    BalasPadam
  3. Suami isteri jika tidak diletakkan ditempat yang sewajarnya, saling percaya mempercayai sudah tentu akan menghadapi masalah. Selalu berdoa keatas pasangan juga membawa seribu makna didalam melayari bahtera rumahtangga.BlogSyarih

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...