Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

8 Nov 2012

DI ANTARA KOTA-KOTA YANG DIPENUHI DOSA DAN NODA DI DUNIA.

Kita mungkin pernah mendengar bandar dosa (Sin City) iaitu Sodom dan Gomorra seumpamanya . Di zaman moden ini begitu banyak bandar-bandar yang dipenuhi noda dan dosa yang tumbuh bagaikan cendawan dari berbagai pelusuk muka bumi ini . Disini jom kita lihat antara bandar-bandar tersebut  :
1. Pattaya
Pattaya adalah syurga bagi para pemuas seks. Persembahan tarian erotis dan kaum transeksual merupakan daya tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di sebelah tenggara Bangkok. Disini para pelacur tersedia selama 24 jam. Para gadis cantik juga sering menunggu di sepanjang jalan di Pattaya.

2. Manama, Bahrain (Kota Pesta Gila) Bahrain merupakan negara jiran Arab Saudi. Kalau di Arab Saudi, Kerajaan mengeluarkan peraturan perundangan yang melarang rakyatnya berpesta, namun di Manama adalah sebaliknya. Semua hal boleh diatur disini. Ingin berhibur atau pesta seks. Walaupun bandar ini merupakan salah satu bandar dengan penduduk Muslim terbesar di kawasan Timur Tengah, namun kota ini mulai 2001 sudah bersifat liberal dan menerima budaya barat selebar-lebarnya.

3.Las Vegas, Amerika Syarikat (Bandar Judi)
Las Vegas merupakan syurga para pemain judi. Para pemain judi boleh berjudi selama 24 jam disini tanpa henti. Hampir seluruh wilayah Las Vegas terdapat tempat judi walau ada juga yang masih tidak sah. Disini pun para pelacur juga bersedia setiap saat untuk menemani para pemain judi.

4. Rio de Janeiro, Brazil (Kota Berbogel)
Brazil sejak dulu dikenali dengan wanita cantik dan bertubuh sexy. Maka tidak hairanlah kalau kebanyakan model top dunia berasal dari Brazil. Kalau kita ke pantai di bandar Rio, maka para kaum lelaki seolah-olah mencari "syurga" kerana di pantainya banyak wanita cantik lalu lalang hampir bogel. Suasana pesta akan lebih gila selepas matahari terbenam, kerana banyak kegiatan dosa yang terjadi di sini.

5. Amsterdam, Belanda (Kota Dadah)
Di Amsterdam terdapat banyak kafe marijuana (ganja). Dadah ganja, ekstasi, dan kokain di sini merupakan perkara yang sah mengikut undang-undang. Disini pun seks sesama jenis adalah hal yang sah ertinya perkahwinan sesama jenis diakui disini. Dan di Amsterdam banyak terdapat rumah pelacuran.

6. Moscow, Rusia (Kota Syurga Clubbing)
Rusia yang dulu merupakan negara komunis kini bagaikan mengalami kejutan budaya. Kini kehidupan mereka bahkan lebih liberal dan hedonis berbanding dunia barat. Kalau ingin dugem, Moscow-lah syurganya. Disini kelab-kelab malam selalu penuh setiap hari. Kelab malam paling terkenal adalah The Hungry Duck yang mengadakan Ladies Night 3x seminggu dan penari bogel selama 24 jam. Yang patut dicatat adalah di Moscow pelacuran adalah menyalahi undang-undang dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kebanyakan pelacur yang beroperasi di Moscow berasal dari Ukraine dan Georgia. Sumber by Google akuanakapahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. mintak dijauhkan malaysia dari tergolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... semoga di jauhi drp negara kita.

      Padam
  2. ohhh bahrain???... tidak ku sangka..

    BalasPadam
  3. waw... info menarik.... nak share blh x?

    BalasPadam
  4. malaysia walaupun x tergolon namun..maksiat dn doa still ada...mana2 tempat tak boleh lari...

    BalasPadam
  5. Malaysia pun apa kurangnya
    tapi malu utk mengaku :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<