Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

2 Okt 2012

LIHAT GAMBAR COMEL TINGKAT MUTU KERJA.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa melihat gambar anak haiwan comel bukan sekadar menyenangkan anda tetapi sebenarnya dapat meningkatkan prestasi kerja serta membantu anda memberi lebih tumpuan terhadap tugas.

Kajian daripada sekumpulan penyelidik di Universiti Hiroshima disifatkan sesuai diberi tajuk sebagai Power of Kawaii (Kuasa Comel) berdasarkan perkataan Jepun kawaii yang bermaksud comel.
Melalui tiga eksperimen berasingan, sepasukan ahli sains mendapati bahawa orang ramai menunjukkan tahap penumpuan yang lebih tinggi selepas ditunjukkan dengan gambar anak anjing atau anak kucing.

Kira-kira 132 pelajar universiti dibahagikan kepada tiga kumpulan, lapor Wall Street Journal. Setiap kumpulan diberikan dengan tugas yang berbeza.

Dua kumpulan pertama menunjukkan keputusan yang paling menarik. Kumpulan pertama adalah versi permainan operasi di mana peserta diminta secara berhati-hati mengambil objek kecil dari sebuah lubang tanpa terkena bahagian tepinya.

Tetapi ia juga menentukan sama ada kuasa comel boleh melangkaui tugas berkaitan penjagaan yang tidak berkaitan bagi membantu yang lain. Agensi

AAP - Jangan melayan gambar-gambar tidak sepatutnya sudah... langsung tak jadi kerja :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!