Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Okt 2012

BILA ORANG PEREMPUAN SUDAH MENJADI JURULATIH PASUKAN BOLA SEPAK LELAKI

 Tihana Nemcic Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Lelaki

ZAGREB, RIMANEWS- Bekas finalis Miss Sport Croatia Tihana Nemcic menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai jurulatih bagi pasukan bola sepak lelaki. Menurut laporan berita tempatan, Selasa (25/9), Nemcic yang berusia 24 tahun akan melatih pasukan divisyen lima Croatia, NK Viktorija Vojakovac.

“Saya sebagai jurulatih utama dan memiliki kebebasan penuh untuk mencipta serta melaksanakan taktik permainan pasukan,” kata Nemcic, pada rancangan”24 Sata” (24 Jam), seperti dilaporkan AFP.

Menurut Nemcic, yang sudah bermain selama 10 tahun bersama pasukan wanita Dinamo Zagreb serta skuad kebangsaan, para pemain sudah sangat arif tentang bagaimana cara bermain sepak bola. Namun, masih banyak yang perlu mereka pelajari.

 

 

Nemcic menjelaskan, jika wanita dan lelaki memiliki kelayakan yang sama secara profesional untuk melatih, maka tiada ada alasan mengapa seorang wanita tidak mampu untuk melatih skuad bola sepak lelaki.

Wanita berambut panjang dan perang ini, mengatakan, para pemain tiada masalah mendengar arahannya. “Kami pasukan yang hebat dan kami semua akan memperbaiki diri dan berusaha untuk mendapat kedudukan teratas liga,” ujar Nemcic. Sumber : via

AAP - Hari ini sudah tidak menjadi perkara pelik bila kita sudah berada di akhir zaman macam-macam hal akan terjadi...dan juga bukan barang mustahil juga orang lelaki yang menjadi Chef @  tukang masak handalan mengalahkan orang perempuan dan siap juga boleh mengajar orang perempuan memasak...


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Salam Yassin..
    payah la nak main bola ginih
    skil orang pompuan la..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe org lelaki boleh ngikut aje :)

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!