Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Mac 2012

MENGINGATI KENANGAN LALU MEMBUAT TUBUH MUDAH SAKIT

Mengingati kejadian di masa lalu yang menyedihkan atau menimbulkan kemarahan boleh membuat penyakit lebih mudah bersarang di tubuh. Demikian menurut para penyelidik dari University of Granada, Sepanyol.

Para penyelidik dari University of Granada mengadakan penyelidikan yang melibatkan 50 lelaki dan wanita. Mereka diminta untuk mengisi survey mengenai perasaan mereka terhadap masa lalu dan masa depan. Dari senarai soalan yang diajukan, di antaranya apa saja tindakan yang mereka sesali, apa yang seharusnya mereka lakukan, juga bagaimana mereka menikmati hidup mereka saat ini. Jawapan responden kemudian dihubungkan dengan kesihatan fizikal dan mental, serta high gaya hidup mereka.


Kajian ini menyimpulkan, orang-orang yang seringkali menyesali masa lalu dan mengenang kejadian yang sudah lewat dengan penuh kesedihan, terbukti lebih mudah diserang penyakit dan mempunyai kualiti kesihatan yang buruk. Orang-orang yang masih menyimpan dendam di masa lalu juga terdedah terhadap rasa sakit.


"Berdasarkan hasil pemerhatian, faktor yang paling berpengaruh terhadap kesihatan seseorang ialah persepsi mereka terhadap masa lalu," ungkap Cristian Oyanadel, ahli pasukan penyelidik"Semasa orang-orang berfikiran negatif terhadap masa lalu, mereka juga cenderung 
pesimistik dalam memandang masa kini," katanya, seperti dilaporkan oleh Daily Mail, Rabu (28/3).  

Sebaliknya, orang-orang yang fokus pada rencana masa depan dinilai tidak mempunyai kesan negatif pada kesihatan sama sekali. Lalu seperti apakah orang yang paling bahagia di dunia? Para penyelidik menjawab, orang yang paling bahagia ialah orang-orang yang menikmati saat ini sambil menyusun rancangan untuk masa depan. Para penyelidik menyarankan untuk mengurangkan pandangan negatif dan dendam yang muncul semasa mengingat masa lalu. - Sumber

" Asal kapas jadi benang
Dari benang di buat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa di rindu"

AAP - Moralnya juga jangan mudah berasa patah hati dan bersedih hati sokmo... ceria-ceriakan diri anda, insyaallah ada pasti dapat memiliki kehidupan yang lebih sempurna.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Salam,
    betul tu, kalau diingat sangat perkara silam
    yang tidak baik, boleh merendahkan motivasi kita
    untuk menempuh hari mendatang..

    |jomtonton.net|

    BalasPadam
  2. usah dikenang kisah yg lalu weh deme
    kang merana badan

    BalasPadam
  3. benar, mengingat perkara silam yang buruk memberi kesan kepada diri dan fikiran..namun sejarah juga boleh direnung sebagi ibrah dan panduan..kerana manusia belajar dari sejarah yang telah dilalui olehnya atau mereka yang terdahulu..

    sebab itu dalam Islam melalui al-Quran dan hadith, banyak diceritakan tarikh (sejarah) sebagai panduan dan pelajaran umat yang terkemudian..

    syukran atas entri ini, barakallahufik :)

    BalasPadam
  4. here and now..gestalt therapy...hihi

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!