Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Diet Tak Makan Nasi, Sehatkah?

Banyak orang menjalani diet pengurangan berat badan dengan aturannya sendiri, tanpa pengetahuan yang baik. Seperti sengaja tidak makan nasi, sehingga berakhir pada pola diet tidak seimbang.

Seperti dipetik dari Health Me Up, Nasi mungkin kaya zat pati yang kurang nutrisi. Namun, fakta menunjukkan bahawa nasi merupakan makanan penting untuk memaksimumkan penyerapan nutrisi dalam sistem metabolisme tubuh. Oleh itu, tetap penting meletakkan jumlah yang kecil nasi dalam menu harian.

Nasi tidak akan mencetuskan peningkatan timbunan lemak, jika anda mengambilnya dalam jumlah yang kecil. Pengambilan nasi juga tidak akan mencetuskan masalah jika memakannya dalam keadaan neutral, bukan nasi goreng atau nasi yang lain-lainnya.

Sebaiknya dianjurkan adalah mengganti nasi putih dengan nasi merah. Sejumlah kajian menunjukkan fakta bahawa mereka yang sudah biasa mengambil nasi merah cenderung lebih mudah menurunkan berat badan berbanding yang sudah biasa makan nasi putih
 
Mereka yang mempunyai kadar gula tinggi dalam darah juga dianjurkan untuk menukar nasi putih dengan nasi merah, atau bahkan mengelakkan pengambilan nasi. Indeks glikemik nasi putih lebih tinggi berbanding nasi merah. Indeks glikemik merupakan ukuran kelajuan makanan yang diserap menjadi gula darah.

Mereka yang mengelakkan makan nasi, sebagai sumber karbohidrat kompleks, mempunyai kecenderungan meningkatkan pengambilan protein. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Jadi, sebaiknya jangan elakkan karbohidrat, melainkan hadkan secukupnya.

Jangan cuba menurunkan berat badan anda dengan pola diet salah dan menyiksa tubuh badan anda. Jika bosan menikmati nasi, boleh menggantikannya dengan makanan karbohidrat lain, seperti roti, pasta, kentang, atau jagung. Sumber asal :
Vivanew.
 
AAP - Tak elok juga kalau diet terlampau sampai tak makan nasi. Sebaiknya jangan makan banyak, sikit pun sudah memadai. Jangan sampai tak mengambil nasi langsung :)


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. nasi merah tu yg macam mane ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras merah ditempat kita mungkin tidak ada, malah mungkin jarang ditemui (kut ada saya tak pasti) tapi kat sebelah indon sana banyak.

      Padam
  2. saya pon tertanya2 apa nasi merah tu.nasi merah dengan beras perang tu rasanya sama tak ek?

    Nak kongsi Entri Terbaru saya = Sebab Berlakunya Tahun Lompat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan merujuk pada maksud yang sama sesetengah org menyebut beras perang...

      Padam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...