Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Dis 2011

Tahukah Anda Wanita Malaysia Kuat Curang !


Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.

Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama. Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang. Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.

Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu. Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah; - Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).

- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69). - Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melalukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.

- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.

- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah. Sumber - mynewshub.my  * Gambar sekadar hiasan

Suatu gejala sosial dan keruntuhan moral masyarakat kita di hari ini yang boleh dikatakan sudah sampai ke suatu tahap kritikal, difahamkan banyak sebab dan puncanya, namun bersandarlah sedikit pada keimanan, perlu diketahui nikmat itu hanya untuk sementara  :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

10 ulasan:

  1. Sallam,

    Mesti ini tinjauan rambang aja kan, bukan muktamad...

    BalasPadam
  2. durex ... syarikat jual kondom

    BalasPadam
  3. kalau dah kajian sahih , terpaksalah menerima hakikat :I

    BalasPadam
  4. Kekerapan hubungan pasang yang tak halal dengan yang halal amat ketara perbezaan nya ... ??

    BalasPadam
  5. salam..
    ermm..kajian mereka
    je nih..apa pun koi
    rasa tak tepat..kesian
    orang Malaysia

    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  6. ni mesti ada kaitan dengan kemampuan lelaki malaysia

    BalasPadam
  7. Mungkin ada kemungkinannya...

    BalasPadam
  8. kalau dah syarikat kondom yg buat survey, entah sapalah respondannya, pastu senang2 buat kesimpulan gitu.... kesian malaysiaku...

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<