Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Ogo 2010

Salam Kemerdekaan ke 53


Salam dan selamat hari Kemerdekaan ke 53 Daripada Pengurusan Blog akuanakpahang. Berbagai pandangan dan cara kita meraikan erti kemerdekaan itu namun  menurut taksiran didalam kamus Dewan diertikan Kemerdekaan - bermaksud bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan dll), lepas bebas daripada tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Paling penting  keamanan, kemakmuran  dan kesejahteraan rakyat untuk sesebuah negara itu. Salam kemerdekaan ke 53.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

30 Ogo 2010

Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda.

Tanggal 30hb. Ogos 1992 adalah hari perkahwinan kami, terukir jua kenangan terindah dalam kehidupan kami yang bergelar Suami Isteri . Alhamdulillah hari ini genaplah sudah 18 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai kenangan pahit manis, suka dan duka telah kami lalui bersama. Kami amat bersyukur ke hadrat Illahi sepanjang perkahwinan kami ini semuanya didalam kerahmatanNYA jua. Mungkin diatas dasar suka sama suka  penuh kerelaan tanpa paksaan membuahkan keikhlasan didalam satu ikatan perkahwinan. Alhamdulillah kami telah di kurniakan 3 orang cahaya mata. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Jadi nak tulis panjang-panjang tak reti  juga agok-agoknya lirik lagu daripada nyanyian Tan Sri P. Ramlee ini sesuai juga dijadikan ungkapan untuk digambarkan  :)

Tiada Kata Secantik Bahasa 
Penyanyi: Tan Sri P. Ramlee

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda

Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda.






Akhir kata semoga ikatan kasih sayang yang telah disemai terus bertunas dan membuahkan kasih sayang yang terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Pastinya 30hb Ogos setiap tahun tetap menjadi kenangan abadi dan kenangan terindah buat kami.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

29 Ogo 2010

Bazar Ramadhan kenapa selalu dihentam ribut?

Baru--baru kawan adalah berjumpa dengan sorang anak jiran kawan yang buat keje sambilan membakor ayam golek dan ayam percik di Bazar Ramadhan tu....dan seminggu aje dia keje lepas tu dia kabor "tak tahan pakcik panas sangat keje membakor ayam nei duduk pulak kat bazar ramadhan tu bahangnya makin bertambah panas.." ... "dah org lain macam mana?" soal kawan...."orang lain tak pe pakcik deme boleh minum air hahaha...."  dengan selamber aje nak jiran kawan tu bercakap gitu.. "ramai pakcik kat bazar ramadhan yang tak puasa... pakcik boleh tahan ker...?"  duduk depan api tu 4-5 jam?" katanya...lepas kawan cakap "kalau sabor boleh agoknya kalau iman nipis hilirlah jawabnya"....jadi kawan duk terpikir juga mungkinkah kebelakangan ini terlalu banyak benar musibah puting beliung dan sebagainya melanda Bazar Ramadhan dan tak sudah dengan itu... cara berpakaian orang pompuan dan anak-anak dara juga sedikit sebanyak boleh juga menyumbangkan perkara yang sama. Jadi cerita puting beliung disini dan lain-lain tempat rasanya mungkin jua berpunca daripada perkara yang dinyatakan diatas.


** Mungkinkah perbuatan segelintir drp mereka itu boleh mengundang kecelakaan seperti ini. Sekadar anggapan semata-mata penulis sahaja. Moralnya kawan tak berapa berani  nak duduk lelama di Bazar Ramadhan nak pulok hari mendung macam nak hujan aje... kawan bimbang juga dgn angin ribut ini, jadi kawan terpaksa beredar dahulu :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

28 Ogo 2010

Jom Mengecat rumah


Hari ini dah masuk hari ke 18 kita berpuasa...disebabkan hari ini ada free sikit... jadi kawan mengambil masa kurang daripada 5 minit aje utk mengecat rumah kawan ini. Sempena musim hari raya yang bakal mendatang dalam 11-12  hari  lagi. Walaupun tak de peruntukan besor nak ganti itu nie sebab dapat bonus RM500 aje hehehe.. jadi beli cat jadilah....pakai aje langsir lama hehehe....

Apapun selamat berpuasa jom kita mencari kelebihan di 10 malam terakhir ramadhan ini.

* Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

* Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

* Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

* Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

* Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

* Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

* Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Selamat berpuasa terasa tak puaslah lagi  kita bersama bulan ramadhan yang penuh barakah ini, namun ia sudah tidak lama lagi akan meninggalkan kita semua. Mungkinkah  kita akan bertemu lagi dgn ramadhan yang akan datang insyaallah.. Wa'allahhualam.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

27 Ogo 2010

Ada masalah ke blog saya nie?

Dua tiga hari lepas saya ada menerima komplen drp bebarapa org sahabat yang datang ke blog akuanakpahang ini dan telah meninggalkan komen mengatakan blog saya ini ada mengalami masalah nak post mesej, membalas entri dan ada masalah pada chatbox,  serta ada masalah lain antaranya beberapa bahagian yang lain tak keluar kotak dan sebagainya. Terima kasih juga pada sahabat semua yang memaklumkan perkara ini kepada saya dan saya cuba sedaya upaya akan membetulkan semula semua perkara tersebut,  jikakalau ianya tidak melibat masalah web site itu sendiri terima kasih komen2 drp anda :

Pacifist - masih terjadi perkara sama.muka depan terbagi 2.kotak borak muncul ttp tidak boleh komen kerana kotak tidak penuh.

Afzan en yassin, sokong apa yang kakcik cakap. nuffnang overlap with chatbox after minimize. tapi still boleh hantar messege, just tekan enter je.

Kakcik - En Yassin.. di skrin kakcik, kotak ShoutMix ini berada di atas satu 'kotak' yang lain.. nnt kakcik cuba print screen dan tampal kat blog kakcik


Nota kaki : jika anda juga mengalami masalah bila melayari blog ini, sila maklumkan pada saya di Chatbox. Mungkin perkara yang anda nyatakan itu saya sendiri tidak dapat melihatnya. (sebab saya lihat semua perkara itu ok aje tak de masalahnya. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua TQVM.


 "Kesulitan amat di kesali " :(



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

26 Ogo 2010

Kemana hala nak bawak RM500

Lanjutan citer bonus RM500...  apa- apa pun tetap bersyukurlah..sekurang-kurangnya dpt juga duit bonus daripada  haram tak merasa.. keknya kalaulah RM500 itu dijadikan sandaran serba salah nok dihalakan... gitulah keluhan seorang sahabat..."aok pikirlah apa bender jaman sesari nei boleh dapat dgn duit RM500 nie...bini kawan awal-awal dah mintok 100 tak bagi karang pendek rezeki kita, tinggal 400 kawan anak lima sepasang baju raya pun dah 30 hinggit tu hok lokel aje...abis 150 hinngit...tinggal 250 hinggit petroh (fitrah) tujuh nyawa kawan nie 7 x 7 = 49 hinggit baki 201 mana nok beli pulut daging kerba, ayam kuih muih adus sakit kepala kawan weh... tu hok kawan haram tak masa campo......... alamat tak berganti juga sepender kash tahun ini ... huhuhuhu... itulah sepintas lalu cerita drp seorang sahabat .... lalu kawan kabor ke Mamat tu........... sabor ajelah ade lah rezeki lain pulak tu esok...kalau aok pikir aok susah orang lain lagi susah..hmmmm... betullah tu....  Mamat terus berlalu.. katanya dia nok ushar baju melayu anak dia rege RM10.00 ada ker :(  huhuhuhu...

** Sedih kawan.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

24 Ogo 2010

Jerantut Bandar Taman Negara.


Agak-agaknya terjawab juga tema utk nama Bandar Jerantut ini dulu penah diwar-warkan namanya "Jerantut Bandar Ikan kelah" keknya bila terdiri papan tanda ini (seperti diatas) maka terjawablah sudah akan temanya iaitu "Jerantut Bandar Taman Negara" Namun papan tanda ini dikatakan tidak sesuai di letakan dilokasi tersebut dan menjadi pertikaian penduduk setempat serta pengguna kenderaan yang sering menlalui simpang tiga Kampung Batu Embun - Pulau Mansok dan ke Bandar Jerantut ini,  Cantik sememangnya cantik... keknye kedudukannya mengundang bahaya utk pengguna yang sering melalui simpang tersebut.

** Saranannya pihak berwajib sila ambil perhatian sewajarnya. 
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

23 Ogo 2010

Entoh brapa aje kilometer sejam :(


Salam sahabat semua...realitinya mahu tidak mahu kawan tetap akur juga dgn bulan ramadhan almubarak ini RPL dan meter pada blog ini agak menurun juga entoh brapa kilometer aje sejam hehehe... maklum ajelah draber dah veteran... mudoh amat berasa letih...hehehe... insyallah lepas ramadhan nanti kita tambah kelajuan dia... kita  letok injin turbo pulak hehehe utk bulan ini kita berehat dulu :) slow- slow gitulah...  nak berehat terus tak sampai hati juga.

Terkadang pengaruh suasana serta keadaan semasa merubah juga idea dan permikiran kita untuk menulis...nak main copy paste pun tak best juga...nak letak citer meraban tak kena juga :) jadi utk itu kawan kena memberi ruang pada yang lebih utama...apapun selamat menjalani ibadah puasa semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

** Kemaafan juga di minta kerana ada juga diantara blog sahabat saya tidak berkesempatan nak menyinggah... mintak maaf berbyk ada kelapangan insyaallah saya akan sampai juga.                                                                      

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

22 Ogo 2010

Makin berat...(edisi ramadhan)

Puasa dah masuk hari ke duabelas hari ini nampak gayanya ''makin berat'' ada yang makin payah nak bangun sahur "macam abis gas aje" kalau kat masjid tu org makin kurang aje :) tetapi berbuka puasa tetap berselera.. rasanya kalau minggu depan lagi hebat.. sebab mungkin mood nak berhari raya pulak... apapun sebaiknya kelebihan dan fadilat ramadhan itu perlu kita ketahui dan mengambil kira ada bebarpa hadis yang amat popular di antaranya:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Selamat berpuasa... semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang lebih bermakna buat kita dan ramadhan kali ini lebih sempurna pada ramadhan sebelumnya. Saling ingat dan mengingati dan berpesan pada diri sendiri. Salam ramadhan al mubarak untuk anda semua.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

20 Ogo 2010

Semalam di Jerantut

Permandangan indah Bandar Lama Jerantut di waktu malam dengan dihiasi
lampu warna warni nan indah sempena menjelang syawal mmg lawo.


Gambar-gambar diatas diambil drp laman Facebook Jerantut Kampung ku (dengan izin ) kawan tertarik juga dgn keindahannya Bandar Jerantut ini di waktu malam...dulu-dulu tak cantik macam ini mungkin dulu-dulu sebab org lelaki yang menjaganya. Jadi bab bersolek dan berhias ini maklumlah org lelaki kaloh laa sikit... campo tak reti gamoknya...:) hari ini Bandar Jerantut di jaga dek org pompuan... lain weh...org pompuan nie mmg  rajin dan kreatif,  apapun terima kasih diatas daya usaha dan keprihatanan pihak Majlis Daerah Jerantut kerana mencantikan Bandar Jerantut ini. dan terima kasih tidak tidak terhingga kepada semua badan yang terlibat yang memberi idea, sumbangan dan bertanggungjawab sepenuhnya menceriakan Bandar Jerantut ini.

Agak-agoknya lagu "Semalam di Malaysia" nyanyian Kumpulan D'lloyd kalau di ubah semalam di Jerantut memang best.


Aku pulang dari rantau
Bertahun-tahun di negri orang, oh Jerantut
Oh di mana kawan dulu
Kawan dulu yang sama berjuang, oh Jerantut

Kekasih hatipun telah pula hilang
Hilang tiada pesan
Aduhai nasib, apakah daya
Cinta hamba jiwaku merana, mana dinda

Inilah kisahku semalam di Jerantut
Diri terasa sunyi
Aduhai nasib, apakah daya
Aku hanya seorang pengembara yang hina



Hari ini Jerantut memang lawa tak caya moh laa datang :) 

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

19 Ogo 2010

Cucur Kodok


Bagi masyarakat Kampung di Pahang ini cucur kodok amat popular dan telah menjadi makanan turun temurun sejak sekian lama. Terkadang pagi petang duk makan cucur kodok aje...huhuhu... dek kerana arus kemodenan cucur kodok juga telah dipelbagaikan mengikut citarasa tersendiri. Resepi  paling popular cucur kodok asalnya hanya dicampor bawang kecil atau besar , ikan bilis dan garam sahaja jika nak pedas  boleh racik-racik lada kecil sedikit. Namun hari ini cucur kodok juga telah digayakan dgn cara yang lebih enak seperti dicampo udang, kuchai , togel dan lai-lain mengikut citarasa tersendiri berserta sos atau kuahnya.  

Petua untuk melembutkan cucur kodok - Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

** Bagi kawan ... cucur kodok ini  tetap ada nostalgianya kerana dulu-dulu tidak ada makanan semudah dan murah ini utk disediakan oleh ibu jadi nak tak makan ajelah cucur kodok :) pagi, petang siang malam huhuhu.....  Petang nei kalau pekena cucur kodok utk berbuka puasa ok juge  :)


Kelebihan Solat Sunat Tarawih Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

18 Ogo 2010

Resepi Kuih Abuk-abuk

Semalam kawan gi laa beli kuih abuk-abuk nie sebab terliur punya pasal beli singgit aje dapat 3 bungkus..makan satu aje... dua lagi kawan sedekah ke tong sampah. Masalah kuih itu sagunya masih mentah pulak bapoklah tak sedaknya keras semacam aje.....jadi kawan rasa mungkinlah yang membuat dan menjual tu dia tak dapat resepi istimewa ini jadi lepas ini semoga dia dapat membuat dgn sebaik mungkin insyaallah kawan akan membelinya semula....hehehehe...

Bahan-bahan:

1) ½ kati sagu biji halus - hahaha dalam 300 gram laa kut
2) 1 cawan gula kabong paling sesuai (dipotong kecil) kalau tak de, gula melaka pun boleh negeri lain tak de gula rasannya. Kalau tak de sangat bantai aje gula merah :)
3) ½ biji kelapa parut (bahagian lembut dan putih sahaja kelapa tua sgt tidak disyorkan)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa - jangan bantai letok perasa lain pulok hehehe...
6) Lidi untuk sematan (kerat kecil) kalau malas atau tak de padan lipat kedalam aje.

7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan) utk meghoromkan bau die. :)

Cara penyediaan :
Basuh sagu dengan air bersih dan toskan. Campokan sagu biji dengan kelapa dan garam gaul rata. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.

Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah diikuti campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong.
Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
Kukus sehingga kuih ini anggaran selama 30~40 minit. Jangan sekejap sangat sagu jadi mantoh hehehe

Kuih abuk-abuk ini mudoh sangat membuatnya keknya nok buat tu yang malas :) Selamat mencuba....


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

17 Ogo 2010

Perkara yang melanggar hukum akal.

Bak kata dek org tua-tua kalau ikut ke hukum akal mmg marulah buat bender dibawah ini disiang hari atau di awal pagi di bulan ramadhan ini :

* Membeli rokok seawal pukul 8.00 pagi
* Order gas memasak seawal 8.00 pagi
* Membeli makanan segera mee maggi , roti  dll seawal kul 9.00 pagi
* Membeli air kotak minuman di bungkus beria dgn surat khabar.
* Membungkus nasi berlauk / nasi campor di Bazar Ramadhan seawal pukul 3.00 ptg.
* Berurusan di berlakang restoran sebelum pukul 6.00 ptg.
* Menumbuk lada dan lentun-lentang didapur diwaktu tengah hari.
* Congkel gigi ditengah hari. :)
* Duduk diam-diam didalam reba / semak melebihi 10 minit.

Moralnya apa kehel org macam ini ? :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Bandar Lama Jerantut semakin cantik II


Seperti penah diceritakan pada entri sebelumnya disini. Bandar lama Jerantut semakin cantik. Kerje-kerje mengecat sudah hampir siap 90% utk makluman Bandar ini disuatu ketika dahulu... bagai hidup segan mati tak mahu... penah juga mendapat jolokan Bandar Cowboy.. Alhamdulillah dan  terima kasih diatas keprihatinan pihak berwajib. Bandar ini semakim indah dan ceria... pastinya keindahan Bandar ini lebih berseri sempena kedatangan Syawal 1431 ini.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,
 

16 Ogo 2010

Catatan 06Hb. Ramadhan 1431H

Hari ini moodnya macam biasa aje...hari ini isnin dalam suasana bulan ramadhan yang penuh barakah... alhamdulillah kita dah memasuki hari ke enam berpuasa terasa bergitu cepat waktu berlalu dah hampir seminggu berpuasa.. sedor tak sedor perut makin buncit.. ingat puasa makin kempis hehehe.... bab enrti di blog ini mahu tak mahu nyer jadi slow juga mungkin disebab tumpuan lebih terarah pada yang lain....dan mungkin juga dek kerana kurang merokok jadi idea macam tak sampai aje hehehe...(nape aok tak brenti jgn tanya soklan macam ini hehehe..) bab lapar dan dahaga tak de langsung...cuma badan ada rasa sengal senak perut gitu.. maklum bab kata dek En Piewahid bila jaman jadi hero dah abis gitu la huhuhu.... apapun bulan puasa ini banyak perkara jadi slow sikit  sebab makan banyak keje kurang ... jadi yang lebihnya berasa mengantuk dan nak tidor aje... Sesekali jauh juge kawan merenung bila la kawan boleh berenti merokok  :(


Kelebihan Solat Sunat Tarawih Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Selamat menjalani ibadah puasa dgn sempurnanya.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

14 Ogo 2010

Kerana pulut santan binasa

...Kerana mulut perut binasa...bulan puasa nei dek kerana mengikut ke tekak tak reti puas minum air sudah perut naik mentik seakan macam buncit gitu...bak kata orang tua jangan ikut rasa kelak diri binasa..ikut hati sudahnya mati...ikut puas, tak puas-puas...semua bender nak telan sekali beredas... sudah diri hak tersepe keletihan... :)

Nampak gayanya bulan puasa nie entri terkurang sikit mungkin dek kerana waktu terhad... campor pulak banyak hal lain yang perlu diutamakan...badan pun dah veteran nie mudah penat tak macam muda rumaje dulu hehehe... bila dah malam tak boleh nak mikir dah.. duk teringat ke bantal busuk aje... :)

Oklah.. selamat menjalani ibadah puasa...jangan banyak sangat makan minum sudah badan tak larat nak bergerak nak buat solat tarawih pun tak lepas. : )

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

12 Ogo 2010

Berat Tanpa Muatan (BTM)


Sebenar kawan nak citer sikit bila bulan puasa ini ada BTM -  Berat Tanpa Muatan bukan kenderaan aje... BTM yang kawan maksudkan BERAMAL, TIDUR dan MAKAN tiga perkara ini selari menjadi tuntutan semasa pun begitu jika terlebih tidur mungkin terkurang beramal... lebih makan terkurang juga beramal... kerana banyak masa diabiskan utk kedua-duanya. Orang yang banyak beramal pasti kurang makan dan tidurnya... yang pasti bila terlebih tidur akan kuat makannya dan makin kurang amalannya.

Moralnya jika sesebuah kenderaan itu bila Berat dalam Muatan (BDM) kurang jadi ringan dan mudah sikit nak berjalan, pastinya keselamatan kenderaan itu terjamin. Begitu juga dengan kita kena jaga juga BERAT DALAM MUATAN - jika terlebih makan minum sudahnya nak berjalan dan bergerak pun tak lepas :)

Berpesan-pesan pada diri sendiri.... Selamat Berpuasa  :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

11 Ogo 2010

Denda tidak berpuasa.


Jika diimbau sedikit waktu dahulu di antara lain hukuman bagi mereka yang tidak berpuasa di Daerah ini mereka akan di bawa bersiar-siar keliling Bandar dengan menaiki Van Jenazah setelah diwar-warkan - ini adalah mereka-mereka yang tidak berpuasa.  Rasanya hukuman seperti ini perlu di teruskan bagi menyedarkan mereka yang tertentu yang tidak mahu berpuasa,  belum mati pun dah diusung naik kereta jenazah.

Moralnya kut mahu insaf,  jika sekadar denda mungkin semua orang boleh bayar denda tersebut... tapi kalau menjatuhkan maruah mungkin org akan berfikir banyak kali. Ada baiknya hukum seperti ini diteruskan semoga memberi kesan yang baik utk mereka... agar tidak sewenang-wenang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

Puas juga saya mencari apakah denda bagi mereka yang tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran. Dibawah  : Seksyen 190. Tidak berpuasa. Negeri mana punya atau di guna utk Semua Negeri Wa'allahhualam dijelaskan.

Seksyen 190. Tidak berpuasa.

Barang siapa, yang tidak harus berbuka puasa, pada siang hari dalam bulan Ramadan, memakan sebarang makanan, meminum sebarang minuman, atau menghisap sebarang hisapan di khalayak ramai atau di mana-mana tempat awam, dan barang siapa yang bersubahat menjual barang makanan, minuman, atau hisapan kepada yang tertegah dari memakan, meminum, atau menghisap seperti yang tersebut itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

AAP - Secara peribadinya saya amat jelak nengok org tidak berpuasa dia rasa, dia lah yang hebat...terer dan sebagainya seakan dia bermegah dgn tidak berpuasa. Moralnya kita sebagai umat islam tetap berasa kecewa dan teramat malu pada bangsa lain apakah ini cara agama Islam kita? Saranan saya kalau tak mahu puasa juga.. duduk dirumah bantailah nasi empat periuk pun dan keluarlah drp rumah seakan anda sedang berpuasa.tidak-tidaknya moral umat islam yang lain tidak tercemar daripada tanggapan serong bangsa lain diatas sikap tidak bertanggungjawab segelintir drp merka ini.


** Jika salah tolong betulkan.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Andainya ramadhan ini terakhir buat kita.


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Hakikatnya... tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas ehsan-NYA


"Semoga ramadhan kali penuh makna."
**Artikel hanya copy paste utk tatapan bersama.
** Entri ulangsiar. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

10 Ogo 2010

Tak de kerbau, tak jadi nak megang puasa.

Pagi tadi berkempatan pergi ke Pasar Besar terjumpa sorang pakcik dia cakap.. " kalau tak de kerbau tak jadi nok memegang puasa, sahur pagi nanti." berapa sekilo weh... RM16.00 hinggit aje"  kawan cakap. lepas tu pakcik borak lagi..." kawan hamun kalau nok  membeli daging kerbau nei deme seme kabor daging mohsil berlake semenya daging batang pinang tak ada daging tak eloknya...bapok nipu berleka... itu pasal kalau kawan kabor org jual daging nie banyak dosa"  "pasal??" kawan nanya... "maru tak byk dose sebab deme menipu kita mintok daging sekilo nyer bantai bagi lemok bercampo dgn daging dah tentu dagingnya tak sampai sekilo... tak padan dengan gitu nyer cakap.... nei daging lembut berlake.....daging batang pinang...  rupa hapok daging batang balak bagi ke kita bapok laa kerasnya" Hehehehe...  "itu pasal kawan kabor org jual daging banyak dapat dose keje menipu aje ".... "deme jawaplah sana esok".......betulah Pakcik deme tak patut buat gitu.......... "kash nok balik dah anok".... yelah pakcik.... karang tinggal dek bas pulok kawan neh....  :)

Moral jangan suka menipu cakap terus terang, jujur dan amanah dalam perniagaan. Kalau takut dosa jangan banyak bercakap, itu belum buka bab timbangan lagi.... letih jawab sana esok.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

9 Ogo 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431



Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, serta dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu saya, Yassin dan Keluarga terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada berbuat kesalahan, yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita bersama dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Justeru itu saya juga memohon dihalalkan semuanya termakan dan terminum dan memaafkan kami sekeluarga jika terdapat kesalahan yang disedari atau tanpa sedari kami momohon kemaafan jua.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Berapa lama harus ku nanti sinar cahaya mata mu..



Berapa lama mesti ku nanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang menyinari malam
malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
taman surgawi 
pada sebuah hati nan sepi

penantian suatu siksa yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu
kepastian satu penawar dalam suka dan duka
yang meniti hidupku 

(Lagu ini ciptaan Allahyarham Zubir Ali - Al fatihah buatnya)

Mungkin lagu diatas amat sesuai utk didendangkan bersama nuffnang huhuhu....tapi lagu ini mmg best yang amat popular sekitar  tahun 80an...mmg tangkap syahdu.. jikalau boleh di jadikan perumpamaan lagu diatas juga amat sesuai didendangkan bersama nuffnang ini. Huhuhuhu aok me baca dan nyanyikan lagu ini tentu dapat maksudnya. :(

Apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
apa diharap kasihnya orang
entahkan kasih entahkan tidak. 


Salam dan selamat hari isnin semuanya... semoga hari ini penuh kecerian dan keriangan buat anda semua... sambil menjalankan tugas masing-masing... :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

8 Ogo 2010

Ronda-ronda petang minggu...

Mutan deguk

Salam semua.. hari ini kawan ronda-ronda ke Kampung Binjai berdekatan dengan Kampung Lata Kasah, Kampung ini di antara kampung yang paling hampir sekali dengan Bandar Jerantut. Sebab waris kawan tu beria sungguh mengajok kawan makan buah di kampung dia...semmg musim buah tengah rancak di sekitar Bandar ini termasuklah kampung ini durian, manggis , langsat duku dll...jadi puaslah kawan makan buah-buahan tersebut...siap bawak balik lagi. Cuma dalam byk-byk pokok buah itu kawan tertarik dgn gambo pokok rambutan diatas itu. Waris kawan tu cakap ini mutan deguk sejenis rambutan yang tidak longkah atau disebut rambutan telan, keknya di kampung ini lebih popular disebut mutan deguk  Tupai, monyet pun hanya tengok aje sebab deme pun tak laju nok makan tambahan pulak mutan deguk goner dema nok mendeguknya hehehe...Biasanya rambutan jenis ini hanya dibiarkan begitu sahaja sebagai penyeri musim buah di kampung. Kalau anda rajin boleh juga buat jem daripada rambutan jenis mutan deguk ini. Sekian ronda-ronda petang kawan ke Kampung Binjai. Waris ulu cheka ada mengajok juga keknya nok goner kawan nie kekadang bizi het juge. Insyaallah ada kelapangan nanti kawan sampai juga. :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

7 Ogo 2010

Lawa juga bunga nie...

Salam semua hari ini aktivitinya tak kemana cuma ke Pasar Besar sambil bawak org rumah beli ikan dan sayur sikit dan ke Pasaraya beli barang kering...keperluan dapur sikit...gambo bunga itu apa halnya??  gambo bunga itu kawan snap kat berlakang Pasar Besar Jerantut (dekat tapak pekan sari) nama bunga nie sorry kawan tak tahu dah lupe hehehe... sesekali tengok dek org macam kawan pencinta alam aje... saintis pun ada gaya duk terpedak-pedak mengambil gambo bunga tu hehehehe....sajer aje sambil nunggu kat kereta..nak masuk pasar kawan malas jadi duk relex kat tepi pasar tu aje... jadi gambo diatas itu adalah mewakili hasil kerja kawan hari ini hehehe....


Hari ini juga kawan dapat award comel drp sahabat blogger Jejaka Desa terima kasih banyak-banyak sebab sudi memanjangkan award ini pada kawan. TQVM.

Untuk semua oklah selamat berhunjung minggu semua.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

6 Ogo 2010

Mencari semangat selepas jumaat.


Pagi tadi nyer bantai malas dan terus bermalas-malas sampai ketengah hari..... harap-harap lepas jumaat ini tadi malas itu akan hilang kerana mengharapkan semangat baru kut boleh kasi power sikit nak menyudahkan kerje utk hari ini,  rupa-rupanya datang penyakit lain pulak dah.... nyer bantai mengantuk  setakat nak huhuhuhu...alamatnya tak jalan juga keje kawan hari ini...cuma yang pasti dua enrti telah siap utk hari ini "malas" dan "mengantuk" hehehehe...ubat mengantuk ini rasa tak ada, cuma kena tidur aje hehehe.. macam mana nak menyudahkan keje ini mata sampai tak boleh nak di buka. huhuhuhu :(

** Moralnya hari ini tak jadi apa-apa juga ....jangan marah bosss! isnin boleh sambung....:)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :