Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

14 Mac 2010

PENYAKIT MIGRAINE DAN PENAWAR MIGRAINE

Ubat yang saya ambil jika penyakit ini mendatang.

Pengenalan Penyakit Migraine
Maklumat ini saya dapat drp Internet mengatakan Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan ini saya kurang pasti, sebab keluarga saya tidak ada seorang pun yang mengidap penyakit ini,  kata sesetengah pendapat mengatakan Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi daripada lelaki.

Sintom
Sintom ini saya ambil drp Intenet biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala, muntah dan sebagainya sukar untuk tidur .

Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut :
- Terlihat cahaya terang (bright spots), 
- Garisan zigzag (zigzag lines),
- Penglihatan berganda (double vision),
- Buta sementara (temporary blindness),
- Kebas (numbness),
- Kepala terasa berpusing (dizziness),
- Pening (drowsiness),
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion).
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Pantang larang bagi penyakit ini.
Ini ada pantang larang yang saya ketahui sendiri kerana mengidap penyakit ini antaranya  perut tak boleh  kosong, tidak boleh kurang ataupun terlebih tidur serta berjaga diwaktu malam, mengambil minuman yang mengandungi kafein dan mengambil makanan yang diletak perasa (pak aji). Tidak boleh terlalu memikir dan hendak marah, tidak boleh terdedah pada cuaca yang agak panas.   

Doa dan harapan 
Apapun sampai ke hari ini saya masih mencari penawar penyakit ini, namun masih tidak ditemui sehingga ke saat  ini, jika penyakit ini mendatang saya hanya mengambil ubat menahan sakit yang dibeli di farmasi. Panadol tak jalan dah usah makanlah. Berubat cara kampung buat juga dah keknya tak jalan juga. Penyakit ini sudah lama saya alami bermula semasa usia 13 tahun lagi. Alhamdulillah sampai kehari ini saya tidak ada penyakit yang lainnya seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis. Doa dan harapan bersama drp anda semua... semoga suatu hari nanti penyakit  saya ini akan disembuhkan jua dgn izin Allah insyaallah amin.

Disini saya sertakan bersama video klip ayat dan doa daripada Ustaz Sharhan Shafie, yang elok kalau kita  amalkan bersama bagi mengurangkan atau terus menyembuh daripada penyakit migrine ini.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

20 ulasan:

  1. semoga sahabat sentiasa bersabar dgn ujian_Nya. saya faham masalah yg ditanggung kerana isteri saya pengidap migrain.

    BalasPadam
  2. Uiks..aok makan pain killer selalu ke en Yassin?..

    BalasPadam
  3. Piewahid - TQ begitulah kita ini termanpu hanya sabar dan berusaha selebih tawakal pada NYa jua.

    En. Syed - aah..nok goner itu aje ubat hok ada. selalu ngta tidak juga bila berasa sakit kawan makanlah.

    BalasPadam
  4. En. Yassin dan sahabat-sahabat yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi migrain.

    Kawan memang lama mengidap penyakit yang amatlah seksanya ini. Dengor ada doctor baguh di mana juga, pegilah kita, dengor ade bomoh baguh, pegi jugak. Dengor ada tukang urut baguh, pegi lagi. Rasanya bebelas tahun menanggung sakit migrain.

    Bila sakit, rasa retak kepala kita dibuatnya. Air mata keluar sendiri, menandakan betapa sakitnya.

    Akhirnya kawan berjumpa dengan seorang doctor yang juga seorang pesakit jantung. Dia kata kita coba ini ubat. Kawan cobalah, selepas habis makan ubat ambilan pertama, rasa kurang sikit, ambil lagi dua kali, alhamdulillah lega sepenuhnya, tapi jangan langgar pantangnya.

    Tapi pantangnya juga berat – tidak boleh makan makanan berminyak (kena rebus atau panggang atau kukus saja), tidak boleh makan segala jenis kekacang (kacang tanah, kacang panjang dan segala jenis kacang) dan tidak boleh makan daging merah (lembu, kerbau, kambing dan sejenis dengannya). Kalau salah makan, 15 saja, sakitnya mari balik.

    Syukur ke hadrat Illahi, terlepas dari penanggungan yang cukup hebat.

    Klinik tersebut pun sudah tidak ada lagi, mungkin doktornya pun dah takde, sebab dulu pun dia dah teruk, Kadang-kadang tengah rawat kita pun dia minta rehat.

    Begitulah pengalaman kawan menanggung migrain.

    BalasPadam
  5. En.Idris - Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, mmg benar apa yang saudara katakan itu dan itu juga terkadang yang saya alami.

    Benar ada hadis atau ayatr Quran tak pasti mengatakan penyakit itu datangnya drp perut maksudnya amalan permakanan kita seniri. Jika itu sifatnya mahu tidak mahu kita wajib kena berpantang juga utk menjaga kesihatan kita.

    BalasPadam
  6. salam Yassin..
    alhamdulillah koi bebas penyakit ni
    baca entri aok ni..kesian la pulok kat aok tu..bawoklah bersabor..

    BalasPadam
  7. Zul - kawan jarang cerita bender ini pada umum keknya inilah penyakit kawan yang sedang dan telah dialami utk sekian lamanya.

    Cuma kuat dgn dok aje.

    BalasPadam
  8. salam bang,

    koi doakan agar aok sembuh dari penyakit migraain te,mmg siksa sbb ade mase2 mak koi pun kena jugek..

    Tiap penyakit ade ubatnye...teruskan usaha mencari.

    BalasPadam
  9. Mazru - TQ..harapan kawan gitulah moga ada penawarnya kelak dan sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  10. Cikgu jang - ok lagi tu setakat serabut tu, jangan macam kawan kadang tu rasa macam nak tercabut kepala lagi sakit huhuhu..

    BalasPadam
  11. Maigrain nie boleh pulih rasanyer..

    BalasPadam
  12. sy pun sdg alaminy skrang.rasa sakit sgtttt

    BalasPadam
  13. Tanpa nama - Bersabarlah.. mencegah lebih baik drp merawat kalau kena penyakit ini byk kena pantang larangnya.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum....

    Saya juga penghidap migrain sejak darjah 6..
    Skarang nie..syukur sgt kepadaNYA... sbb berkat izinNYa, rawatan bekam yg 1st time try buat... migrain saya dah x der..malah boleh makan ape yg dlu nya saya alah sgt2 kerana migrain... (tp lepas sembuh nie...saya x la bedal smua..yg alah tuh saya makan jika benar2 teringin...)
    kalau ada kawan2 yg nk tahu lebih lanjut pasal bekam nie....blh tanya saya.. jenguh2 la ke http://put3-mawarsutera.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Slm,
    sy kerap kali sakit kepala, boleh kata hampir setiap hari..
    sampai satu saat pernah hantuk kepala kat dinding sbb terlampau sakit ya amat.. selalu sakit sebelah bhgn je.. tp sakitnya.. Allah je yg tahu.. kalau menangis pun tak guna sbbnye lagi tambah sakit.. telan pil pun tak jalan.. haih.. kdg2 tu tension gak bila dy serang time belajar.. time bt assignment.. hm..sabar je le..moge2 kita diberi kekuatan ntuk menghdpi penyakit ni..

    n t.kasih ats perkongsian n t.ksih juga pd semua yg memberi ulasan.. :)

    @~@

    BalasPadam
  16. Wmsalam...
    Diatas pengalaman saya penyakit ini, mahu tidak mahu kita kena mengambil berat juga tentang satu dua perkara yang berkaiatan yang mana boleh menyumbangnya penyebab utama penyakit Migraine ini.

    Paling perlu dijaga amalan permakanan kita diantaranya bahan perasa dan perisa serta makanan yang byk mengadungi minyak atau berminyak. Paling penting juga kita perlu mengambil waktu tidur yang betul dan bangun pada waktunya.

    BalasPadam
  17. saya pun dr umur 14tahun lg skrg dh 30 thn masih ada lg..slu g check up kat hospital bahagian neuro

    BalasPadam
  18. saya pun dr umur 14tahun lg skrg dh 30 thn masih ada lg..slu g check up kat hospital bahagian neuro

    BalasPadam
  19. assalam .. saya cadangkn dengan mengambil supplemen shaklee. Customer saya penghidap tegar migrain. skrg alhamdulillah. beransur pulih. bole lihat TESTIMONI Di facebook saya: www.Facebook.com/ina.norazlina @ sms whatsapp 0179506861

    BalasPadam
  20. boleh dikataka hari2 sy akan mengalami sakit kepala yg amat sakit. sy hanya makna cafergot tiap2 hari boleh dikatakan itu nyawa sy no 2.. tapi saya takut kesan kesan akan datang nnti bila hari tua..

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :