Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Dis 2009

Akhirnya gula naik juga dgn bergaya.

Setelah sekian lama kemelut gula ini bergumpal dan bertaruh puas sudah sorok tarik, puas sudah di simpan dikeluarkan  dan sebagainya akhirnya dgn bergaya gula di naikan 20sen...mungkin lepas ini atau mulai hari esok kedai kecik hujung kampung pun ada berguni-guni gula utk di jual, dahulu Pasaraya Besar sampai tak de stock gula...mungkin lepas ini Tea O, Kopi O juga akan dinaikan 20sen sebab gula dinaikan 20sen, perkara tak mustahil tu...lepas ini kuih yang manis-manis juga akan jadi tawar sabit 20 sen punya hal....tak mustahil juga dulu muka  yang manis akan jadi masam juge sabit 20sen gula di naikkan.....dulu kawan mencari gula satu Bandar tak jumpa, hari esok tak mustahil kalau lah gula itu mencari aku, harus gula tak jumpa pulak dia mencari aku.. harap-harap aku semut pun esok-esok reti malu nak menghurung gula sebab mungkin dia tahu tapi buat tak tahu gula tu dah naik rege....hehehehehe

Akhir sekali berikan senyuman semanis gula.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

30 Dis 2009

Selamat menyambut tahun baru 2010


Selamat menyambut tahun baru 2010 pada semua sahabat dan rakan tualan serta pengujung akauanakpahang. Sesungguhnya bila  bertambah tahun akan bertambah usia dan bila bertambah usia semakin kurang usia yang ada. Untuk itu tanam tekad dan azam semoga hari-hari kita lebih baik pada hari semalam dan hari ini lebih sempurna pada hari sebelumnya. Selamat menyambut tahun baru 2010.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Ceti Ah Long


Pagi tadi semasa kawan berlegar-legaran di Bandaraya ini terserempak Geng Ah Long tengoh bersoal siasat dgn pelanggannya, pelangganya itu melayu tengah di soal siasat dan di minta turun drp kereta mewahnya Volvo tu....kawan nengok muka org melayu tu kelat semacam aje ketor pun ada di raut wajahnya  sementara Ah Long tu dgn garangnya memandang org melayu tersebut, sekor dua ekor Ah Long kat bandar ini mmg kawan kenal walaupun haram kawan tak pernah berurusan dengan mereka ini.

Kawan pun tak pahamlah ngape org melayu kita masih berminat nak berurusan dgn geng ini sedangkan kita telah di war-warkan berbagai nika bala akan terjadi jika kita terus berurusan dgn Ah Long ini tidak mustahil nyawa pun boleh melayang gara-gara Ah Long ini, siapa yang susah anak bini juga yang susah...hidup jadi takut semua bender buat tak kena asyik di kejor geng Ah long aje....

Saranan kawan utk bangsa kawan yang di sayangi...berentilah drp berkawan dgn Ah Long ini jgn sesekali meminjam dengan geng ini cukup segala contoh dan  tauladan telah ditunjukkan pada kita bertapa mereka yang lain dah menanggung azab sengsara akibat meminjam dgn Ceti Ah Long ini, usah kerana nak bergaya dan mengada-adakan segala kemewahan nak berbini banyak dan sebagainya nak minjam dgn Ah long.

Buatlah kerja diatas kemampuan kita kalau tak mampu usah buat, kala pun nak minjam duit diatas sebab-sebab yang tertentu pergilah ke Bank yang pasal atau Badan-Badan yang disahkan oleh kerajaan. Jangan cari pasal dan menyusahkan diri sendiri dan org lain. Jangan suka menanggung risiko padahnya kelak memakan diri.

**Sedih kawan nengok situasi semacam ini.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

29 Dis 2009

"Barang Naik"


Semalam kawan ke sebuah Pasaraya tersohor di daerah ini seperti biasa menjadi rutin bulanan utk membeli barang kering di dapur. Barang-barang yang diambil seperti biasa sahaja itu pun byk yang sekadar ditokok tambah sahaja kerana sebahagian keperluan lain masih berbaki didapur sepatutnya amaun mestilah berkurangan sedikit pada bulan-bulan biasa...rupanya salah sangkaan kawan bila jumlah amaunnya sama sahaja macam bulan biasa sekitar RM350.00 - RM 400.00 bila kawan amat-amati mmg rege barangan naik bukan sedikit tapi banyak tanpa kita sedar atau kurang mengambil perhatian sebagai contoh bawang besar merah dahulu sekitar RM 1.50 - RM 2.00 sahaja bayangkan harganya sekarang RM 3.90 sen... kenaikan melebih 100% tu baru bawang, belum bender lain jika kita lebih prihatin kita dpt melihat kenaikkan yang mendadak pada barangan lain....kawan pun tak paham situasi ekonomi  kita hari ini  dengor kabornya tahap ok tapi kita sebagai pengguna kita terus KO, ketika kita dibebani dgn masalah kewangan gitu gini macam-macam hal hujung tahun ini yang perlu dibuat, tak perlu kawan ceritakan semua itu... dalam kekalutan semua itu macam-macam bender lain semua naik rege..maru kita  dibuatnya.

Kadang kawan juge duk mikir kenaikan barangan ini mendapat kelulusan atau tidak atau sewenang-wenangannya di naikkan harganya oleh Pembekal dan Peruncit. Jadi kawan amat berharap Jabatan-Jabatan atau Badan-Badan tertentu, Kementerian Pedangangan Dalam Negeri dan  Hal Ehwal Pengguna, khasnya  jangan hanya sesekali sahaja turun padang untuk membuat permantauan sebaiknya permantauan lebih kerap lebih baik. Bagi menjamin kestabilan harganya dan menjamin hak pengguna.

**Kawan letih dah dgn kenaikkan harga barangan ini saban hari.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

27 Dis 2009

Harga minimum rokok RM6.40 mulai Jumaat ini


KUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu semua rokok yang dijual dalam negara hendaklah pada harga tidak kurang daripada harga minimum ditetapkan yang dikira 32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber : http://www.bharian.com.my

**Maksudnya kala rokok hari ini yang dijual sekotak walaupun RM 2.00 rege biasa, hari jumaat ini akan dinaikkan minimum RM 6.40 sekotak....maru....sakitlah bagi perokok tegar dan orang kampung.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Hujan emas di kampung org.

Hari ini kawan dah sampai ke Bandaraya Jerantut selepas beberapa hari kawan duduk berehat-rehat dikampung org...hajat hati nok duduk lama disana, abis le seminggu... keknya kerana hujan aje hari lalu kawan teringat pulok akan kata-kata "Hujan emas di kampung orang lebih baik hujan batu di kampung sendiri." heheheh jadi  sebelah petang tadi sebelum asar kawan dah sampai kat kampung kawan merangkap Bandaraya kawan disini rupanya hujan yang kawan elok disana kena juga disini...sepanjang hari disini hujan juga...kawan ingat di kampung org aje gitu hehehehe....ame ker dah musim pejor tak boleh nok elok la...gi mana pun hujan juge.

Yang betul tempat tidor org tak sama dgn tempat tidor sendiri  (Bantal busuk kawan tu la hehehe)

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

26 Dis 2009

Hujan - Di Kampung Serambi



Hujan aje kat kampung ...tak jadi kebender laa ame ginie....hehehehe aktiviti popular makan, baring dan  tido....nak buat  bendar lain tak jadi kebender nak turun ketanoh pun malas kala hujan cam nie...lecoh berlendir gitu hehehehe....kala musim pejor gini kara ke makan aje....lepas tu mencari mimpi.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

25 Dis 2009

Kampung Serambi Paloh Hinai, Pekan


Hari ini kawan dah sampai Kampung Serambi Paloh Hinai, Pekan. Biasalah dah jadi rutin bulanan kawan balik kesini nampok gaya air Sungai Pahang kat sini naik sikit tapinya tak besor...nok layan mengail mmg kansel lah. Kala balik kesini biasanya kawan layan mengail  keknya air besor gitu padan pandang aje laa....rehat aje lah...sesekali bagi tenang minda kat sini lari drp kesibukkan Bandaraya hehehehe... duk sini rilek sungguh makan tido aje...mekala rajin kawan sapu-sapulah sikit kat laman tu...kala dok padan rilek gini aje lah.Kat kampung ini org mmg pane lalu sunyi sepi...jadi mekala nok cari ilham molek ngat. Jadi kawan bagi dema nengok dua keping gambo terbaru kat kampung Serambi ini utk tatapan aok me semua..


** Sakit kat kampung nie line broadband dpt EDGE aje.....merangkap macam kekura.
Wassalam.
Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

24 Dis 2009

Hari-hari yang bingung

Hari ini catatannya berkisar sikit bab kebingungan....serabut kepala otak sikit kata org tu...pagi-pagi tadi  satu perkhabaran diterima mengatakan anak sedara kawan xsiden dekat Restoran Lot 702 khabarnya agak teruk juga. Terus di kejarkan ke Hospital Temerloh dan kawan merancang nak balik kampung isteri di Pekan, hajatnya nak bertolak hari esok (Jumaat) dalam pada bergitu kawan juga nak berkejar ke Hospital Temerloh  petang ini, sebelah pagi ini kawan tak dpt gi sebab byk sangat urusan yang perlu di siapkan terlebih dahulu. Nak tak nak kawan terpaksa ambit cuti awal , walaupun plan asalnya kawan akan ambit cuti bermula minggu hadapan selama satu minggu. pening juge mikirkan semua ini.. Nak balik Pekan hari duk hujan aje...(terasa juga malas nok balik...keknya tak layan tak jadi juga) silap-silap banjir kat pekan haru kawan....banyak sangat bender nok di pikir itu ini, tak jalan juge maklum memory kad dah full....

Dalam pada gitu doa dan harapan kita bersama semoga anak sedara kawan tu stabil dan selamat drp segalanya Insyaallah. Catatan  lainnya,  hari ini kawan dah mula bercuti kerje tak kerje 04.01.2010 nanti. Bagi rehat otak dan minda selama 11 hari  catatan lain akan bersambung kemudian.

Wassalam.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

23 Dis 2009

Kena mamat nei karang...



"Kena mamat nei karang ame ker babel ngat teeh! kash kabor dah usoh...usoh".

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Haru Perenceh Laptop


Haru kawan dua tiga hari neh entoh ker seminggu doh kawan membale ker laptop kawan nei nok tukor jantung hatinya  dari Windows Vista ke Windows 7 full Version  maka masukkan doh Windows 7 tu keknya bukan hok sebenarnya yang kawan cari...rupanya Windows 7 altimate N... macam-macam bender tak ada...hok sebenarnya yang kawan nok windows 7 altimate sahaja. Maka berjera laa kawan kesana kemari mencari rodong untuk membuat bender nei...sebab sebelum tu dah masuk Windows 7 altimate N... haru banyak bender tak de dalam tu termasuk Windows Media Player tak ada dan satu dua bender lainnya...nasib lah ada rodong baik kawan En Kudin drp unit IT drp SUK yang bertugas kat Pejabat Daerah, dapat menolong kawan, mekala dok boleh jadi haru juge...guna Windows 7 altimate N tu...dia nolong kawan antor ke member dia pulok, kat kedai komputer tu.....bayaran kawan tak kisoh janji kawan puas hati...pagi semalam antor petang tu juge siap operetnya hahahaha senang hati kawan ...jika dok haru dah kawan mikir ker laptop kawan tu.....hari ini dgn penuh bergaya dan berjayanya kawan dpt menggunakan sepenuhnya WINDOWS 7 ALTIMATE  ini.

Teima kasih pada mereka yang sama-sama nolong kawan membetulkan laptop kawan nei.

** Betul duk tulis perkataan Perenceh kat atas tu tak pasti....maksudnya  membuat atau  membaiki.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

22 Dis 2009

Disember bulan mengabiskan duit.



Hujung-hujung tahun bernika bender kena buat lagi banyak bender kena buat lagi banyak duit kena ada....minggu lepas aje RM 300.00 memasal ke pakaian budak sekolah tu pun masih ada hok yang tertinggal...tu belum campo  buku, yuran sekolah dan bender lain.Dalam pada gitu beteri kereta pulok kong RM 140.00 tak pasal-pasal kena kuar, tu pun hok murah aje kawan bedal...sebelum tu cukai jalan kereta mati dekat RM 400.00 juge, awal tahun depan cukai jalan motor antik kawan hok gohet hari-hari tu mati pulok cukai jalan sama pulok dgn lesen memandu kawan....tu belum buka sekolah esok lagi bernika bender kena buat, yuran itu ini... mana cukai pintu...bil itu ini sema nak kena bayor sakit ginie....duit eshan RM250.00 tu entoh kemana aje tercampoknya hehehehe...bukan tak menghargai keknya macam tak berege dgn nilainya ...masuk sikit kuar lagi banyak...tak imbang lalu...mekala tak menabung sikit awal tahun mau terkapor di hujung tahun.

Rasa sesekali macam lemas atas daratan....mekala nok tahu ini dia lemas di daratan....bernyawa sangkut-sangkut hehehe nok buat goner bender dah tanggunjawab lalu aje laa....kadang kawan mikir kawan sesok amat dah kek kawan rasa org lain lagi sesok pada kita...sesungguhnya bersyukur juga dengan rezeki yang di kurniakan..walaupun sedikit yang penting berkat itu ada rezeki utk anak-anak dan keluarga.

Apa pun hujung2 tahun ini otak jadi beku dan  kelabu...nok mikir ke bender kadang tu tak nampok berlake macam kelabu taik anjing aje hehehehe.....sudohnya terkapor juge...yang penting kita menerima seadanya pemberiannya,  bersyukur dan memadai apa yang ada, buatlah sesuatu itu diatas kemampuan kita jangan sampai memaksa diri.

Wassalam.

** Disember bulan mengabis duit.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

21 Dis 2009

Kisoh mengoreng Cucur Kodok

Musim pejor gini perut nyer lapor sokmo...maka Jamil nyuruhlah ker Hawa membuat kodok bilis @ cucur "Awa cer aok bancuh kek kodok bilis best juge makan tengke ginei" kata di Jamil..."eee... aok neh cara ker makan aje" rungut dik Hawa..."laa kash lapor" kata di Jamil "yalah...yalah...kash gi bancuh laa" kabor di Hawa...lepas je bancuh Hawa terus goreng kodok tu tadi...sedang molek baru sekuali ada dalam tujuh lapan ulas gitu...datang Biboh ke rumoh Hawa...entoh bender ke hal tak tau....

"Abangg" kabor di Hawa..." aok abis kek goreng kodok teeh"...kabor di Hawa ada Biboh di tanoh teeh nok jumpe kash...ok laa kabor di Jamil maka budok peros anak dema nengok aje Mok ayoh nya membuat kodok....lalu Jamil pun angkat kodok hok yang telah di goreng Hawa sebelum itu di goreng baru pulok.... cedok aje tepung tu nyer letok kedalam kuali....bila dah masak nyer angkat di Jamil...tiba-tiba nyer tegor di budok peros "aboh ngape kodok mok buat bulat-bulat kodok teeh......

"Aboh buat lepir-lepir soal di Peros...entoh kata di Jamil mmg tak jadi bulat kabor di Jamil...agoknya kabor di Jamil... ke Peros org jantan kala goreng kodok jadi lepir mekala org pompuan jadi bulat...kabor di Jamil...dah adik nok makan hok mana satu soal di Peros...ikut aok laa kata di Jamil....sebab adik nei lelaki kena makan kodok hok lepir laa.. hok bulat teeh bior laa mok makan..kata di Peros...kala gitu aboh pun nok kodok lepir juge kabor di Jamil....hehehehe...


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

19 Dis 2009

Blog ini sedang di Naik taraf

Banyak juge keje yang berkaitan yang perlu dibuat bila nak buat kulit baru blog ini, byk perkara perkara perlu di salin terlebih dahulu itu pun kawan dan tertinggal satu dua perkara yang penting nok buat goner dah terlepas pandang yang terdapat pada kulit blog dahulu tapi untuk mencari sikit pengetahuan dan kelaianan sedikit, bagus juga kala anda ingin mencuba...sebenar saya mencari templet yang ada 3 colum jadi lebih cantik dan lebih banyak hiasannya yang boleh di letakkan .Jadi  kena ambil masa sedikit utk semua itu. Sekiranya terdapat kekurangan harap maaf. Peringkat awalnya kawan lebih pada mengetest rupa blog sahaja keknya sebab byk sgt kerenohnya kawan ejas edit lebih kurang janji ok, jadi kawan pakai dulu lah templet hok ini. Janji lawa dan anda semua berpuas hati kira dah ok.

Segala kesulitan amat dikesali.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Kucing tu kenapa abah....



Sedang Jamil duduk di muka pintu sambil duduk melayan rokok sepuntung tiba-tiba dia terpandang kucing. Kucing jantan dgn kucing betina tengoh mengindik dalam duk ralik-ralik dia nengok kucing tu...dtg anok dia budok Fairus (peros) lima kurang 6 tahun budok peros nei....lalu bertanya... kucing tu nape aboh? dema berkelahi kabor dik Jamil....maka dema dua beranok ralik juge menengok kucing tu....lepas tu nyer tanya lagi di budok Peros tu...kucing tu buat apa aboh? dia berkelahi..kabor dik Jamil, ooo....kata di Peros tu..tu...panjang je mulut Jamil kabor ke anok dia, tengok tu hok jantan tu nyer gigit tengkok kucing bertina tu kata dik Jamil deme tengoh berkelahi laa tu kabor...di Jamil ke anok dia....berkelahi gitu yaa kata dik Peros.... tiba-tiba Peros melauh Emok dia di dapur......... Emokkkk deras sineh nengok kucing tengoh berkelahi...kabor dik Peros..tiba-tiba datang lah Hawa drp dapor bender ker Peros ? terjerit aje....soal Hawa.

Nie haa adik tengok kucing tengoh berkelahi...mana kata di emoknya...tu haa...balas dik Peros...aok jangan jadi bodo ikut ke aboh aok tu.....kata di Hawa ke anok dia, kucing berkelahi pun dema nok nengok, Abah..abah penoh berkelahi dak ngan mok tanya di Peros...kelahi juge kadang tu kabor di Jamil tapi tidaklah sampai mengigit gitu...ya laa kan tak baik kan main gigit-gigit gitu...kata di Peros....bijok...bijok..kata di Jamil ke anok dia.... tiba-tiba Hawa ternampok penyapu lidi tersandor kat dinding umah tu nyer lempor penyapu lidi ke kucing tadi....sambil berkata menatang nei tak de tempat lain nok berkelahi gamok kawan....maka bertempiaran lari kucing dua ekor tu......sambil tu Jamil ketawa kecil hehehehe.....lalu Jamil berkata ker anok dia aok tengok mok aok tu dia nok berkelahi dah dgn aboh kata dik Jamil....aok gi masuk yaa...kata di Jamil ke anok dia.... emok marah dah tu ..dia nak kelahi laa tu, kelahi boleh tapi jangan gigit mok yaaa.... kata dik Peros hehehehehe........

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

18 Dis 2009

Berburung Walit.

Tika senja mula berlabuh
berburung walit meniti anjung dibirai batu 
terdengar riuh rendah kicauannya
penghuni kota bagai sudah lazim 
tiada pandangan, tiada perhatian
walit-walit menabur najis 
kerana seharian kekenyangan
kecelaruan mereka terkadang membosankan jua
kemana arah perlu di titi
kemana arah perlu dicari
bila sudah ditemui tempat yang pasti.
walit-walit terus berdiam diri.
bagai hilang suara kalutnya mereka.
sesekali terdengar jua akan kicau girangnya
bagai tidak terduga yang berderetan 
disana itu mereka

Nukilan - Pengarang Akuanakpahang
Jerantut 18-12-2009

17 Dis 2009

Bila Bulan merindui Pungguk.


Dinihari itu aku lihat rembulan bergitu indah
Namun pungguk bersahaja bersantai di jejulai perpohonan
Rembulan masih tersenyum girang
sedangkan pungguk diam tanpa ombongan
lalu rembulan keluar dari celahan awan-awangan
memperlihatkan bertapa indahnya  diri
pungguk seakan memandang keceriaan itu
sedang asyik rembulan di awan-awangan di sangka
Pungguk merinduinya....
Namun pungguk seakan tahu maksud semua itu
kerana dahulu dia penah dikatakan bagai pungguk merindui bulan
kerana asyiknya rembulan bersama keindahan
awan mendung jua mendatang
tertutup rembulan dari padangan, hari kian kelam
bila awan cerah kembali rupa pungguk telah pergi.
tercari jua si rambulan kemana pungguk pergi
tanpa sedar siang telah berganti.
Kehilangan jua rambulan tanpa erti.

Nukilan: Pengarang Akuanakpahang
Jerantut 17-12-2009

Salam Awal Muharam.


Masjid Tengku Ahmad Shah Jerantut

Salam Awal Muharam buat anda semua,
Semoga kita mempunyai satu semangat dan azam yang baru. Moga-moga tercapai sudah azam di tahun sebelumnya, kini kita membina kembali azam yang baru bersama tekad yang baru sempena tahun baru Hijrah 1431 Salam daripada Blog Akuanakpahang.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Nak menjual Karipap


Gayoh berpakat-pakat dengan abg Sudin.... goner gaya nak mencari sedikit pendapatan tambahan maka berbincanglah dema berdua itu bergitu bergini apa bender yang membolehkan dema mendapat duit tambahan sikit....maklumlah org sesari nei abis berniaga berlake.....Yaaaa... abang kata di Gayoh kawan berniaga karipap goner?? Cisss kata Sudin dalam banyak-banyak bender hok boleh dijual karipap juge hok aok ingat....balas dik sudin... aok ingat karipap aok sedak ker kata di Sudin tak kawan sokmo tolong mengabiskan karipap aok tu...tak padan gitu kawan juge sokmo kena uli tepungnya...entoh abender aok buat kadang tu tepungnya tak reti2 kembang ..tak kuasa lah kawan....kata dik Sudin....


Laa..... kata dik Gayoh kita buat molek laa...kena adunan uli nya sedak karipap tu esok kita buat karipap putor kata di Gayoh... ....ngape ker selama neh.....jarang met kawan rasa karipap sedak aok teeh...kabor di Sudin....ada masa inti nyer pun tak terkantuk..... tak uboh macam kerang busuk aje...kawan rasa tak selera org lain mekala nok makan nyer.... kabor dik Sudin hehehehehe ame tidak kemuka nei ........Ahh...tak diberi aje....mekala di beri free abis nyer sental dik demanya..... kash tak setujulah ame ker aok nok menjual karipap kata dik Sudin.


Abg ce tengok Akak Jan tu haa jual karipap berkerumum org membeli kata dik Gayoh...tamboh-tamboh kawan abg tu yang membeli si Samad dgn Dollah tu haa... Karipap dia lain Gayoh...tak serupa Karipap aok...hok dia gebu aje...lembut aje... kata di Sudin...karipap dia mmg tak boleh lawan laa...karipap Akak Jan molek ngat kembang melekap jarang ngat tersenget macam karipap aok...mekala tidak gitu Samad dgn Dollah tu tak menjadi pelanggan setia dia...kabor di Sudin....tamboh pulok dema berdua tu antu karipap....mmg ahli karipap sokmo hidup dema tu. hehehe kabor dik Sudin.


Sudoh biarlah.... kawan kuar dulu, nok gi nengok karipap Akak Jan tu....mekala ada lagi... kawan beli ke aok karang....aok nok? tanya dik Sudin....tak bahawe kash...makan laa ke org sorang, aok memangnya mekala karipap org selok...karipap kash tak sedak sokmo...jaga malam nei karang kawan nok buat karipap aok usah uli-uli biar kawan buat sendiri...kabor di Gayoh. Sambil menarik muka masam dan Sudin pun terus keluar.


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

15 Dis 2009

Cerita Lesung Batu.


Sebelum Sudin ke Bandar Gayoh isteri Sudin mengingati kembali pada Sudin " abang jangan lupe beli anak batu lesung tu karang" ya laa kawan beli lah karang... balas dik Sudin sebab alu lesung batu di rumah dema pendek sangat dah maklum beli masa mula nikoh dulu lagi....kek lesungnya ok lagi...


Maka pergilah Sudin ke Bandar utk membeli anak lesung yang dipesankan oleh Gayoh....sampai aje di Bandar... Sudin terjumpa kawan karib dia Mail...oit aok nok kemana Sudin tegor di Mail ah..kawan nei nok mencari anok lesung hok dirumah tu pendek amat dah kata di Sudin..Gayoh komplen sokmo azab ngat kala nak menyambal...kata di Sudin...laa gitu pulok sahut Mail...dah lesung nyer aok tak beli sekali.....ah..lesungnya molek met lagi cuma dalam aje sikit...hehehe suka dik Mail macam penuh makne aje....aok jangan nok menyindir ke kawan mail...kata dik Sudin.


Sampai kedai Ah Chai.... Sudin pun mintak anak lesung itu pada Ah Chai. Tokey kasi alu lesung satu ....lu mau besar ka kecik tanya Tokey tu alah biasa-biasa sudah laa kata Sudin...sesudah semua itu siap, maka pulang Sudin ke rumah dan lalu memberikan alu lesung itu pada Gayoh...nah alu lesung aok nok teeh........ kata di Sudin.....mekala ginei emboh esok-esok kawan nei gayanya mencari lesung baru pulok kata di Sudin ke Gayoh....pasal soal Gayoh..ya laa lesung nei dah dalam het dah... lama esok emboh pecoh pulok....mekala aok beli lesung baru kawan bagi semula alu pendek aok nie nok kabor di Gayoh....cer aok tengok lesung nei punggung dia tu tebal payoh pecohnya cuma alu aje mmg tak tahan lama kabor di Gayoh...(percakapan penuh makne dema berdua tu)


Sambil tu Gayoh membebel...pe'sen alu boleh jadi pendek... kena makan dik lesung laa tu kabor di Sudin...Ah mekala gitu aok beli ke kawan dua tiga alu lagi boleh...kabor dik Gayoh ke Sudin lalu terboleng mata Sudin....... bila Gayoh kabor gitu ......mekala gitu kita pakai aje lah lesung hok ada tu kabor di Sudin....hehehehehe.........


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

14 Dis 2009

Sketsa maru kata Biboh....

Biboh sambil berborak dgn Mok De Gayoh yang boleh dikatakan pangkat emok lah dgn dia..... Mok de Gayoh nei...dema berkisoh ke budak Katan anok Biboh hok bongsu tu......dah nok masuk 3 tahun keknya masih "menetek" (menyusu) kash hamun dah entak Mok de...anak kash budok Katan teeh menetek.....dah nok masuk 3 tahun dah puas dah kash cube bagai nika bender keknya haram tak jadi kata di Biboh....biasanya budok neh mekala tumbuh gigi tak emboh doh menetek kata di Mok de ker... Biboh...beza pulok dgn org tua dah tak bergigi baru nok berenti... kata di Mok de ker... Biboh....yass.... gitu kata di Biboh....mekala gitu puas lagi laa kash...maru kata di Biboh...Abang Harun tu penuh sebutir mulut lagi gigi.....embat Pok de abis lalu dah ke..Mok de gigi dia.... soal di Biboh...abis lalu dah kata di Mok de...hehehehehe...

Moral molek juga pakat ganti dgn botol susu berlake.....

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

13 Dis 2009

Panaurama - Stesen Bas Jerantut


Sakit juga mata bagi kawan sebagai penghuni setia Bandar ini nengok panaurama ini... dulu penoh dah kawan kuarkan gambo ini dalam blog ini keknya masih tiada tindakan daripada pihak berkenaan.

Jadi nok komplen banyak kawan malas.... deme nengoklah sendiri...dan nilaikan sendiri.
sila lihat dibahagian atas atap yang ada papan tanda tersebut.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

12 Dis 2009

Cerita sesat....

Hari ini kawan sekeluarga gi nikoh waris kawan dekat kampung Tok Machang, Ulu Gali, Raub nok tak nok waris nikoh.... kena gi juge... mmg gi kesana berpandukan 100% peta pada kad kawin tau tak tau, main redoh aje...sudoh ngikut ke pelan hok tak berapa kemas kena pulok yang tak berapa tau ke halanya...... terlajok kawan sekeluarga ke Bandor Raub nun....hahaha rupanya ...dah terlepas simpang.... nok tak nok patah belakang semula...rupanya hanya masuk dekat Sekolah Sains Raub aje....maka penat juge kala buat keje ginei...

Sampai dekat rumah Pengantin kawan membebel juga....dan bertanya siapa yang menjadi Pelukis pelan yang sedemikan rupa....maka di jawab di deme...bukan kash.....bukan kash....hehehehe, kash kabor maruuuu...sebab pelan tak berapa kemas... tunjuk arah tak de mekala ada bunga mangga dgn nama tahan dah, itu pun nasib tak singgoh kerumah org kawin lain sebab kat situ ada dua org kawin hari ini.........tu yang jadi celaru.

Moralnya mekala melukis pelan biar molek pasal...tak jadi sesat barat ginei.


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

10 Dis 2009

Kelibat Lembaga Hitam...

Gambo sekadar hiasan.

Lan telah berpindah daripada rumah sewaan sebelumnya ke rumah sewa baru mungkin rumah lama itu sudah tidak berapa selesa baginya....selang beberapa hari kawan karib Lan, kudin telah datang kerumah Lan lebih kurang 11.00 malam...sesampai saja di hadapan rumah Lan....Kudin terlihat kelibat lembaga hitam....Kudin begitu suspen dan ketakutan tambahan ternampok terberelik mata dua butir...yang melihatnya daripada tingkap....melihat kejadian yang agak aneh baginya....lalu dia beredar sedikit daripada rumah tersebut (ketakutan mungkin) lalu dia menghantar mesej pada Lan....

Oit...awk kat mana tu...
Lan menjawab mesejnya.....
ada kat umah nape?
kudin membalas semula mesej Lan...
Oit...kawan nampok ada kelibat lembaga hitam dalam rumah aok!!
Lan jawab mesej - bior betul.....
Kudin antor mesej lagi - yaaa.. sungguh kawan tak tipu....

Lalu Lan tak berapa puas hati....terus menelepon Kudin....

Haa...hallo abender aok cakap tadi...soal Lan ke Kudin...
Kawan nampok kelibat Lembaga hitam 2 ekor kat rumah aok nei....
aok kat mana? ..kawan kat umah aok laa nei kata Kudin....
tak nampok pun kata Lan....ah bior bete kata dik kudin....
kawan tak laa depan umah sgt kawan ke tepi sikit kata kudin...
hantu laa aok nok main kawan kata di Lan....
astrafirrullahhalazimmm...kata kudin kawan kat umah aok laa nei keknya
kawan beredor ke tepi sikit nei...sebab kawan seram.... kawan ternampok
kelibat Lembaga hitam2 ekor kat umah aok nei....tiba2 Lan mengabor kawan dah pindoh bodo..
kawan tak duduk situ doh....abis sape duduk umah lama aok tu..soal kudin
kawan dengor rumah tu di sewa oleh bangla mmg legam betul katanya .....menatang
bete... kata di kudin maru...setan..bete
mati-mati kawan ingat umah aok dah di masuk lembaga hitam hahahahahaha........

Moralnya mekala kita berpindoh rumah bagi tau laa rodong!

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Yang setia ke Aku Anak Pahang

Telebih dahulu pihak Pengurusan Blog mengucapkan ribuan terima kasih pada rodong-rodong, kekawan, sahabat handal yang menyokong blog akuanakpahang dan sentiasa sudi datang, memberi pandangan dan ulasan serta memeriahkan blog akuanakpahang di atas kehadiran anda semua pihak Pengurusan blog mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua itu , namun bila di amati juga ada satu lokasi yang amat setia yang sentiasa datang ke Blog ini, yang menjadi perhatian dan sanjungan pihak Pengurusan, walaupun tidak mengenali siapa orgnya namun sekalung terima kasih pada Id yang datangnya dari BATU CAVES yang boleh di katakan pengujung setia ke akuanakpahang. Pada anda semua juga terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang ke blog akuanakpahang.

Terima kasih utk anda semua yang sentiasa sudi ke akuanakpahang, istimewa untuk orang Batu Caves kehadiran anda amat di hargai.

Terima kasih daun keladi
Sila datang lagi...
Pengarang Akuanakpahang

9 Dis 2009

Isteri pakai buang

JOHOR BAHRU: “Semalam (kelmarin) genap sebulan dia menjatuhkan talak tiga terhadap saya dengan alasan tak mahu menanggung dosa jika terus memperisterikan saya yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Padahal, dia menjadi punca saya kembali ke kancah maksiat meskipun saya memasang impian menjadi suri rumah selepas berkahwin,” kata seorang wanita yang mendakwa dijadikan umpama ‘isteri pakai buang’ oleh seorang eksekutif dengan hanya bertopengkan gelaran suami.

Wanita berusia 32 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nana berkata, dia mengenali bekas suaminya di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 2006 sebelum berkahwin di Perlis pada 3 Oktober 2007.

Menurutnya, dia yakin dengan hasrat bekas suami yang ingin berpoligami kerana bukan saja dilihat selesa dari segi kewangan, malah lelaki terbabit pendidikan dari luar negara.

- Sumber Harian Metro Rabu, 09 Disember 200

**Kawan ralat pompuan itu dah pasang niat molek selepas berkawin nok buat macam org lain gamok kawan keknya tak jadi bender...mungkin lelaki itu mahu menghalalkan caranya tidak duduk dalam bergelombang dgn dosa buat maksiat jadi kawin dulu pas beres semua bagi lepas lerrr...persoalannya pompuan itu goner selepas ini nok kembali dengan kerja GRO nya ker?

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Suara Sumbang dari tandas.

Suara yang terdengar semasa saya masuk ke tandas kat opis pagi ini.
Ada mamat itu tengoh melabur dan handset dia berbunyi...gayanya soh dah dia
tengoh melabur sebab suara tertekanan jelas kedengaran jua hehehe.

Assalammualaikum
> Wa'alaikummusalam....
Hello kat mana tu?
> ada kat opis ( pada hal dalam tandas tu)
Tengah buat apa tu?
> ada keje sikit kat opis nei...(member tu tengah melabur)
Tolong tengokkan sikit fail atas meja tu....
> Kejaplah saya ada keje sikit nei....
Awk gi kat meje kawan tu tengok ada fail tak...
> kawan tengoh bz sikit nei kejaplah...
Ada nampok Ali tak kat opis tu?
> entah laa kawan pun baru masuk opis nei...
Bos dah masuk belum?
> tak de lagi nampoknya.
Awak sibuk sangat ker tu?
> ahah sibuk sikit karang lah awk telepon semula.
Oklah karang la kawan telepon semula aok sibuk sangat tu....
Assalamualaikum....
> Wa'alaikummusalam....

Moralnya susah sangat ker nak kabor kawan nei tengoh berok hehehehe.


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

8 Dis 2009

Surat daripada HARAMJADOH



Kawan rasa tahun ini sajer tak kurang 5-6 kali kawan terima surat drp HARAMJADOH nei...kita sebagai umat Islam jangan terpengaruh dgn kerje syirik ini kerana surat ini terang-terang jika kita mengikutinya kita akan menjadi syirik nauzubillah. Jika anda menerima surat seumpama ini baik di buangkan sahaja. Jangan sesekali melayan kerje yang merosakkan akidah ini.

Moralnya : Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Allah jua dan kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bersyukur insyaallah rezeki itu akan ditambah dan sifat memadai dalam erti kata mencukupi rezeki yang kita terima.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Mencari Kain Pelikat...Cop Gajoh.


Samad dan Bujal turun ke Bandar utk membeli kain pelikat kerana musim pejor nie gamoknya kain deme abis lembab berlake...maka kain ada dua helai aje dema tu....dua- dua abis lembab....sampai aje di kedai Kassim Baba..... Samad pun terus bertanya pada Kassim Baba...weh Tokey kain pelikat ada jual sineh?? ada kata Kassim Baba... Encik mau apa jenis? apa baik kata di Bujal....ramai org bili Pelikat Cop Gajah juge..kata di Kassim Baba (Kassim Baba ini jenis Pakistan juga gamok kawan cakap te'lor mat bahasa melayu kita nei)

Okey bagi Cop gajoh 4 helai...kata di Samad....oit kata Kassim Baba Cop Gajah sudah abis laaa.... abis kata di Bujal? Cop Gajah duduk boleh kaa?? apa pulok bezanya kain Cop gajoh dgn gajoh duduk neh kata Bujal.... kain cop gajah itu betul pun kain 100% kain juge......tapi gajah duduk itu kain samarinda juga ada sikit licin kata Kassim Baba.

Oit gituuuu...kata dik Samad dgn Bujal.....oit Kassim saya mau tanya aok....laa..satu soklan tambahan juge...kata dik Bujal....apa bezanya kain pelikat cop gajoh dgn itu berlalai gajoh? maka pening laa Kassim Baba dgn soklan Bujal itu....itu Cop jugak kawan...kata di Kassim Baba...cop, cop laa kawan tanya ada beza??... itu berlalai ada sama gajah luar duduk laa kata di Kassim, betullll.... kata dik Bujal itu kain pelikat cop gajah ada berlalai juga kaa tanya di Bujal???

Dalam pening-pening tu Kassim Baba duk mengulang cakap Bujal....kain pelikat cop gajah ada berlalai... adus pening laa aku..kata di Kassim Baba....Bujal pun mencelah ada laa Kassim... kain pelikat cop gajah itu berlalai dalam ada duduk....beza dia itu berlalai gajah duduk luar, kain pelikat cop gajah berlalai dia duduk dalam......ciss....aok sudah main sama aku yaa kata di Kassim Baba hehehehehe.........maru aok neh kata di Samad ke Bujal.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

7 Dis 2009

MUSIM PEJOR BELUM BERLALU...


Sudin yang terjaga daripada lena bingkas bangun dan merenung langit di ditingkap bilik rumahnya yang agak mendung......tanda hujan akan turun.... Gayoh merontang dah bunyi di dapur membuat lempeng batok...seraya Gayah bertanya.... Abg tak gi motong ker ari neh?? "entohh laa kabor dik" Sudin "nok het" "seminggu dah kawan tak motong...banyak bender dah teadeh dapor teeh" kata dik Gayoh...."kas tau" kata di Sudin.... tunggu laa Mamat bayor duit gula kabong ada laa sikit duit kita... kabor dik Sudin......hmmm jawab di Gayoh....lalu Sudin bangun terus ke jamban di luar rumahnya untuk mandi... air bukit yang disalurkan kerumahnya popalitlah sejuk keknya Sudin dah jadi kebiasaan dgn kesejukkan air bukit di situ macam tak di cakne aje....bila naik ke rumah Gayoh menyape "weh tak sejuk ker Abg??" "nape" tanya Sudin...."kash tak tahan musim pejor gineh sejuk met entak...." "embat aok nei tadi tak mandi laa yaa??" tidak Abang sejuk met....maru tak mandi gi buat lempeng... Sudin mengusik isterinya...alah..sedak juge..... ko lemok ada lempeng gitu kata dik Gayoh...sambil tersenyum....

Sesudah mengenakan pakaiannya Sudin duduk bersila di dapur rumahnya..lalu Gayoh mengangkat sarapan pagi utk Sudin air kopi O dengan lempeng batok....pohh... embat ker tebal het lempeng aok neh Gayoh? tanya dik sudin...alah bior laa abg makan sekeping tu karang tahan sampai tengoh hari...petang karang kash baru bertanok nasi kata di Gayoh...hmmm jawab di Sudin...ikut laa kata di Sudin ..sambil memakan lempeng batok yang agak macam tawor aje rasanya lalu sudih bertanya Gayoh.... goreng sardin semalam ada lageh tak? ada kabor di Gayoh ...cer bawok sineh kas nok colek ngan lempeng neh...sedak sikit....

Sedang molek abis sajer bersarapan dgn sekeping lempeng batok tu......hujan pun turun mula agak rintik-rintik lepas nyer jadi lebat....lalu kabor di Sudin Ah...tak jadi bender juge dah hari neh...maru...hmmm kabor di Gayoh... aok tu karang Abg jgn laa tido pulok gi laa cabut ubi kayu berlakang umah tu kata di Gayoh...dah hujan gineh...... pada tido aje tak guna juge....ya laa kabor di Sudin... aok nok koner teeh? tanya di Sudin ker Gayoh..... kash nok mengaras kain jamban tu...hmmm kabor di Sudin goner nok duduk jamban hari hujan neh..kejap lagi laa...kata dik Gayoh...Sudin pun bercinta nok gi mencabut ubi kayu sebab hari hujan sangat....Gayoh pon tak jadi nok ke jamban nok mengaras kain sebab mikir ker hujan dgn rasa sejuknya ........sudoh pintu tingkap ditutup sebab hujan sekali dgn angin...maka sesekali pandang rumah Sudin macam hari malam aje.....

...diluar sana hujan bagaikan sudah nak reda.... Mamat sedari pagi mmg berhajat nok ngat ke rumah Sudin kerana ingin membayar gula kabong yang telah diambil drp Sudin.....Mamat adalah Peraih gula kabong di kampung tersebut......sedang hari seakan mahu reda mamat terus ke rumah Sudin.....sampai sahaja keperkarangan rumah Sudin pintu tingkap tertutup rapat aje....mana pulok gi Sudin rumah kemin je bertutup....bisik hati Mamat ....Assalamualaikummm...kata di Mamat...Gayoh bagai terkancut...daripada lena... lalu Gayoh ...kabor ker Sudin...Abggg.... bangun... gaya Mamat di tanoh teeh....abender laa pulok Mamat neh datang...tengoh-tengoh hujan neiii......kata dik Sudin.....

Wa’alaikummusalammmm...kata Sudin....Ah aok neh kata Mamat...ko kemin rumah di kunci...aok menugal jagung ker tanya di Mamat ker Sudin.....Ah pejor gineh nok buat bender lagi hehehehe... kash dateng neh nok memberi duit gula ker aok...molek laa teeh kata di Sudin mmg kena pada tengkenya kash kering lalu neh....nah 180.00 kata Mamat... tima kasih laa kata Sudin....kala giteh kash balik dulu laa...kata di Mamat... laa...tunggu lah kata di Sudin minum kopi dulu.....ah tak pe lah kash ada hal lageh neh....

Sudin menangoh jam dinding dah dekat pukul 11.30 hari ada gaya nok panes dah....Gayoh upenya dah kail ...membasuh pakaian hok semalam dah berendam....Lalu nyer geloh di Sudin....weh....aok tolong jemo bantal kash neh karang Gayoh...kata di Sudin..bukan bender tenging hapok kiok dah baunya dah la lembab... tak pasal aje......ya laa kash buat laa karang....sahut dik Gayoh.

Lalu Sudin teringat bini nyer tadeh suruh mencabut ubi kayu berlakang rumah.....Sudin terus sahaja ke berlakang rumahnya mencari perdu hok nok berbanel...tanda ubi kaya dah ada isi.....maka seperdu cukup dah utk makan dua tiga hari....sambil teeh Sudin mengutip pucuk ubi kayu...nok buat gulai lemok puncuk ubi...campo ikan talang sedak juge neh...kata Sudin.... siap berleke semua bender tu sudin naik kerumah membawak ubi kayu dgn pucuk ubi kayu....

Gayoh dah menyidai kain dekat ampai...Gayoh naik kerumah terus ternampok pucuk ubi kayu....aok nok buat gulai lemok ke abgg?? tanya dik Gayoh...ahah...kata Sudin...gi laa cari kelapa...mekala malas gi.... je kedai Pok De Karim.... teeh beli sehinggit...kelapa kata Gayoh....bior lah kash kukor kata di Sudin kelapa bawoh pelantor tu banyok het...bukan payoh mana ngukor ker....

Selesai semua perkara.... mereka pun makan tengah hari bersama menunya gulai lemok pucuk ubi, goreng ikan kering seliak , sambal belimbing berebus..ulam pucuk pegaga. Selesai aje makan tengoh hari.... dgn menu yang amat menyelerakan...lalu Sudin menyondor kat kerusi malas kena rokok gulong sebatang.....sambil entoh kebender di angankan oleh Sudin, terpandang dik Sudin akan pokok hari.... nyer gelap semula.....lalu berkata lah Sudin....ahhh..maru..... Gayoh hari nyer gelap semula....kawan tak tahan laa ame ginei... kata Sudin ....tak kan kawan nok kunci pintu tingkap semula ....(heheheheh) sakit badan laa kawas ginei......kabor dik Sudin.....ker Gayoh....lalu Gayoh menyape dalam senyuman dan berkata......... lensul.. kash ginei mekala kena seminggu hari pejor gineh....maruuuu..kabor di Gayoh.

Sudin mengabiskan rokok gulong sebatangnya...entah abender dalam benak fikirannya sama ada dia minta hujan jangan turun atau dia minta hujan terus turun........yang pasti hari bergitu gelap .....sememang bila-bila masa aje hujan akan turun semula.

(Cerita adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah mati)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 Dis 2009

CUTI DI BEKUKAN...

Kawan ingat noklah bercuti rehat minggu depan ini sambil berehat dirumah, budak pun cuti sekolah keknya maru orang diatas nun ngabor Cuti rehat di bekukan... kalau sakit dan kecemasan, boleh hok lain tak layan sebab Surat Pekeliling telah di keluarkan, mana hok yang telah bercuti pun di arah hadir berkerje semula tanpa was-was....... adus sakit juge kawan kabor...kawan plan nok laa cuti minggu depan... maru tak pada merasa juge....berkerjelah dan terus berkerje huhuhu.... cuti dah laa puluh hari hok tahun ini tak dan nok diabiskan, tahun lepas lagi.... alamat 12 hari tentu masuk ke Gantian Cuti Rehat (GCR) hok lebih bawak ke tahun depan laa pulok........... :(

Semua ada kena mengena dengan banjir juge.

** Pada sesiapa yang belum tahu sila ambil tahu!

Saya yang menurut perintah.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Undangan Perkahwinan...


Hari nei banyak bete Undangan ke Majlis Perkahwinan kekawan, rodong, sedara mara lima enam undangan tak kurang mana se kawan nok terjoh pun tak tahu... tak gi karang tak sedak met juge ..... bender kenel berlake kala hok jauh boleh alasan jauh, nei hok dekat pun dua tiga... nak gi keseme tak cukup masa...agok kawan kena lambung buah dadu juga nei karang mari kita tengok sape yang kena.....

Selamat Pengantin Baru buat Staf di Jabatan kawan tu EN. Rizal dgn pasangannya Intan. Di Taman LKNP Jerantut.

Untuk semuanya moga kekal hingga ke akhir hayat, jangan sekadar ke anak cucu sahaja.

** Salam kokot jangan lupe deme!


Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

5 Dis 2009

Hujan..Hujan...

Hari ini tak de citer lain hanya hujan...hujan...mmg dah musim hujan.
Hari ini hujan di Bandar Jerantut bermula drp subuh tadi sehingga coretan ini dicatatkan, sidang kejap dan bersambung semula kadang kala lebat bak kata org "hujan banjir" kalau hujan 2 - 3 hari macam nei sah lah akan banjir bagi sesetengah kawasan rendah di daerah ini. Jadi semua urusan tak jalan dik kerana hujan.... nak keluar rumah pun malas nak buat itu ini malas, sudah satu apa pun tak jalan.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

4 Dis 2009

Sarang burung walit 10,000 Sekilo??



PUTRAJAYA - Sarang burung walit siap diproses keluaran pengusaha tempatan diiktiraf pengguna antarabangsa sebagai antara yang terbaik sehingga ia berjaya dijual dengan harga RM10,000 sekilogram.Statistik eksport sarang burung walit negara tahun lalu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia turut mencatatkan nilai eksport lebih baik berjumlah RM1 bilion.Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Datuk Paduka Beh Heng Seong berkata, populasi burung walit hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam. "Kita juga mengeksport sarang burung walit ke China, Taiwan dan Hong Kong," jelasnya. Sehingga kini terdapat lebih daripada 50,000 pengusaha sarang burung walit tempatan. Harga setiap sarang burung walit yang belum diproses mampu meraih harga di antara RM3,500 sehingga RM4,500 setiap kilogram.

** Ini laa juge puncanya kenapa bandor2 kita abis bising dengan suara burung walit tiruan ini sebab utk menarik perhatian burung-burung itu buat sarang kat tmpt yang di sediakan kerana harga sarang burung itu mencecah sehingga RM 10.000 sekilogram.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Catatan hari ini 04.12.09 Jumaat

Hari ini suasana di Bandar Jerantut ini agak sedikit dingin dengan hujan yang masih gerimis sejak petang semalam sehingga ke sebelah pagi ini ...sebelah pagi tadi seperti biasa aku dgn rutin harian naik ke opis ini buat kerja apa yang patut selepas itu... aku di khabar tentang berita kematian sauadara aku (pangkat ayah laa ngan kawan) di Taman Bukit Permai Jerantut. Beliau Pesara JKR Jerantut. Aku mengajak rodong gi melawat kejap, naik kereta Jabatan kebetulan ada member lain nak gi sekali....selepas jenguk dan buat apa yang patut kat rumah arwah, aku pun balik.... lepas tu sempat juga singgah... ikut member gi potong paip air yang di curi (tanpa meter air) dekat restoran berdekatan dengan Gelanggang Futsal, makan air free kawan tu.... kawan pun bayor air hehehe... siap disana aku gi minum pagi sebab belum sarapan lagi...siap sarapan naik opis semula sambung kerje....lupa pulak hari ini hari jumaat...kul 12.30 aku balik umah pukul satu gi solat Jumaat.

Catatan di hari ini 04.12.2009

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

3 Dis 2009

Berhati-hati membeli dan memberi makanan ringan utk anak-anak.

ROTA KATANYA MENGANDUNGI LEMAK BABI
Sila klik gambar utk lebih jelas.

Antara Kod BABI tersebut :-

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481












Sumber by email

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

2 Dis 2009

Jerantut Bandar Ikan Kelah

Cadangan yang telah di war-warkan Bandar Jerantut ini akan disebut Jerantut - Bandar Ikan kelah @ keloh dalam bahasa tempatan (Mahseer) apa pun tak mustahil ada yang tak penah menengok apatah lagi merasai ikan kelah ini. Ikan kelah ini susah nak di cari di Sungai Pahang cuma banyak terdapat di sebelah Ulu Tembeling dan lain-lain bahagian ulunya. Saya rasa sesuailah jika di jadikan Mercu tandanya untuk daerah ini kerana sepisis ikan ini mmg banyak terdapat di daerah Jerantut ini.

Pandangan Penulis menyokong jika nama itu dipilih.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

Bandar Ayam kampung

Sebelah pagi tadi saya ke Kuantan ada hal berkiatan dgn tugas Jabatan. Kebiasannya kalau saya ke Kuantan saya terus naik Highway, amat jarang sekali lalu ke Bandar Maran ini keknya hari ini rodong kawan tu mengajok ikut jalan lama masuk Bandar Jengka keluar ke Maran dan terus ke Kuantan. Bila aje sampai ke Bandar Maran kawan ternampok Batu mercu tanda - MARAN BANDAR AYAM KAMPUNG. Rodong kawan tu berkata "Bandor Ayam Kampung??" banyak ngat ker ayam kampung kat Maran nei.......kawan cakap entoh... mana kawan tahu...tapi ayat ayam kampung itu banyak ngat maknenya kata di member kawan tu, lalu kawan terpikir juge...sebalik makne yang tersirat Bandar ayam kampung tu.....mekala budak bandor biasa laa bercakap alah...ayam kampung. Jika di terjemahkan dalam bahasa org sesari ini lebih kurang maksudnya menjurus pada seseorang budak yang selekeh, tinggal di kampung yang tidak sehebat mereka tinggal dibandar konunnya.


**Keknya bagi kawan macam ada yang tak kena aje bila disebut Bandar Ayam Kampung nei.
Sekali pandang macam Bandor ayam kampung jantan aje cer tengok gambo tu.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

1 Dis 2009

Ika kerje Kilang Penyapu...

Tidak sesuai utk bacaan budak bawah umur! Saya Ika, umur saya baru 15 tahun. Saya gagal dalam PMR, saya terus bekerja untuk meringankan beban orang tua. Saya telah terbaca sebuah iklan yang terpapar di kedai 7-Eleven. Jawatan kosong sebagai Operator Kilang Penyapu di Sg Besi dengan gaji yang lumayan. Hampir 6 bulan saya bekerja disana, walaupun saya dibawah umur tetapi saya diterima bekerja untuk jawatan sementara. Dan sepanjang saya bekerja di sana saya tidak mempunyai apa-apa masalah, walaupun umur saya muda, tetapi perwatakan saya seperti anak dara yang meningkat remaja dan saya disenangi oleh semua pekerja di sana lebih-lebih lagi pekerja lelaki kerana masing-masing cuba memikat saya, maklumlah ayam muda....lalat pun tak berani hinggap!!!!! Dan saya senang berkomunikasi dengan rakan-rakan sejawat.

Saya juga selalu ambil "overtime", maklum saje lah.....claim yang lumayan. Saya tidak pernah kenal erti penat....... . Dan dalam masa yang begitu singkat saya telah dapat menyimpan wang dan berbelanja dengan sewenang-wenangnya.

Nak jadikan cerita...... pada suatu pagi semasa bangun dari tidur, saya terus ke bilik mandi. Semasa saya hendak mandi saya telah lucutkan towel di badan saya. Alangkah terperanjatnya saya kerana saya lihat ada beberapa helai bulu yang kelihatan seperti bulu penyapu tumbuh di kemaluan saya.

Tanpa berfikir panjang saya teruskan juga mandi, dan terus bersiap untuk ke Kilang Penyapu. Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja, saya terfikir mungkin saya sudah tidak sesuai lagi bekerja di sana (mungkin alergik penyapu)

Sesampai sahaja di Kilang Penyapu, saya terus bergegas jumpa Supervisor di bilik khas. Saya pun memberitahu hasrat saya untuk berhenti kerja pada hujung bulan nanti. Supervisor itu gugup sebentar kerana tidak menyangka keputusan saya itu. Mana taknya saya tahu dia ada hati dengan saya........ saya pun memberi alasan tidak dapat bekerja disitu lagi kerana alergik dengan penyapu.

Lantas disuruhnya saya tunjukkan tempat yang alergik itu. Saya pun apa lagi...tanpa segan-segan silu lagi terus menunjukkan bahagian sulit saya yang alergik itu. Tetapi Supervisor saya tidak menampakkan reaksi terkejut....malah dia sendiri telah memberitahu saya dia pun alergik malah lebih teruk dari saya. Saya pun minta dia tunjukkan tempat yang alergik itu. Alangkah terperanjatnya saya, apabila dia membuka seluarnya saya ternampak bukan lagi bulu penyapu yang tumbuh malah ada batang penyapu sekali.. Saya pun terus meminta berhenti 24 hours dan terus keluar dengan seribu tanda tanya????

Haru kawan mikir cerita Ika nei...

Moralnya jangan benarkan anak-anak berkeje bawah umo.
Sumber drp email.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :