Belulang kulit kerbau ini adalah salah satu menu masakan istimewa
orang Pahang biasanya proses untuk membuat belulang kulit kerbau ini.
Kulit kerbau dicuci dan di jemur sehingga kering dan dikikis pada
bahagian kulit asalnya dan hanya dibahagian isi kulit sahaja diambil.
Apabila kulit tersebut sudah benar-benar kering (mereka) orang tua
dahulu akan menyimpan kulit kerbau tersebut diatas para dapur kayu
mereka.
Biasanya kulit kerbau ini akan dijadikan
masakan diwaktu kesusahan kelak jika situasi sukar untuk mendapat lauk
pauk dimusim tengkujuh dan seumpamanya. Kulit kerbau ini biasanya dimasak gulai lemak cili api atau gulai masam tempoyak rasanya sememang
unik dan amat sedap sekali. Cara penyedianya sama sahaja jika anda
membuat masakan gulai lemak daging kerbau. Cuma disini kita digantikan dengan belulang yang di potong halus. Jika berminat anda boleh sahaja dirampaikan
dengan rebung, kentang atau seumpamnya.
Belulang kulit kerbau ini mungkin mudah didapati disekitar pekan sehari di Jerantut, Damak, Benta, Kuala Lipis, Dong,dan Raub. Biasanya berlulang kulit kerbau ini sudah siap diproses dan sudah dipotong halus dan sudah sedia untuk dimasak. Sebaiknya belulang tersebut rebus terlebih dahulu untuk dimasak agar berlulang tersebut benar-benar empuk dan lembut. Gambar kredit kepada Mohd Ghapar Silat Parang
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.