APA ITU KENAN? | KENAN DIDALAM MASYARAKAT MELAYU.

Didalam masyarakat melayu kita sememang tidak terlepas dari cerita "kenan" iaitu kelahiran bayi yang cacat atau mungkin tidak b...

Didalam masyarakat melayu kita sememang tidak terlepas dari cerita "kenan" iaitu kelahiran bayi yang cacat atau mungkin tidak berapa sempurna.

Kenan ini boleh disifatkan kelahiran bayi cacat atau 'kenan' mempunyai kesan sampingan terhadap anak tersebut di kemudian hari. Mungkin puncanya banyak tidak pada kenan semata-mata. Mungkin pengaruh lainya baka, keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Namun ramai orang kita percaya bahawa bayi yang 'terkenan' atau sedikit kecacatan ketika lahir ini seringkali dikaitkan dengan terkena atau mendapat 'kenan' ada pendapat mengatakan ketika isteri sedang mengandung si suami dilarang membunuh binatang dan lain-lain perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dibawahan ini sebahagiannya adalah hasil carian berkairtan dengan kenan dan disertakan sekali pantang larang orang Melayu, semasa ibu mengandung dibimbangi anak akan jadi "terkenan" :

Dilarang mencaci atau mengumpat dan mengata orang hendak pulak mengata keburukan di bahagian tertentu orang tersebut, (hidung mulut dan sebagainya)  membuat fitnah, iri hati juga bergaduh. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. 

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. 

Terutama jika si suami pergi memancaing ketika isteri masih didalam kandung bawah 7 bulan. Mitos orang melayu juga ada mengaitkan,  apabila kita memancing ikan yang kita dapat bila mana kita merentap ikan daripada mulut yang ada  terlekat mata kail, mulut ikan akan jadi rebet (sumbing) perkara ini sering kali dikaitkan dengan masalah kenan pada bayi yang sumbing.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri syaitan akan menggusiknya. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. 

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. 

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. 

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa. 

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. 

Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. 

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. 

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Moralnya perkara baik dijadi tualadan, perkara buruk dijadikan sempadan. Pengaruh dan pembawakan ibu bapa juga mungkin akan mempengaruhi kelak kelahiran anak tersebut. Sebaiknya semasa proses isteri mengandung ibu bapanya amat perlu menjaga sama adab sopan, tatsusila dan sebagianya, agar tidak mendapat kesan lansungnya pada bayinya kelak.

Dengan lain perkataan semasa anak didalam kandungan  ibu bapa dilarang sama sekali berbuat perkara yang tidak baik dan tidak senonoh dibimbangi anak yang bakal dilahir tidak sempurna malahan mungkin terkena 'kenan' dan terikut sama perbuatan yang tidak sepatutnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER
Nama

ADAT RESAM,2,AGAMA,1,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,5,BANDAR LAMA JERANTUT,2,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH KERDAS,1,BUAH-BUAHAN,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,CARA ATAU TEKNIK MUDAH HILANG RASA SAKIT KEPALA,1,Cerita Lawak,5,cerita malam jumaat,1,CERPEN,8,Cerpen Cerita Lawak,2,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,GAJAH LIAR,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,5,GAMBAR PORNO SEX,1,GANGGAUN BEKALAN AIR,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,72,ISLAM,2,Jackie Chan,1,JALAN ROSAK,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,KEMUSNAHAN ALAM,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,MASJID LAMA JERANTUT,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,3,MATAWANG NUMISMATIK,5,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MAWAS,1,MELUKIS MURAL JERANTUT,1,MEMAKAI CINCIN,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,MISTIK,2,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,1,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,2,Pak pacak,1,Parti Komunis Malaya,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,Penawar rindu,1,PENCEN PENYATA,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,PENIPUAN SMS URUS NIAGA KAD KREDIT,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,PIANGGANG GEPI GEGEPI,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,SEJARAH,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SENARAI BANDAR DI PAHANG MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK,1,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,TAPAK TANGAN,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TRANSAKSI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: APA ITU KENAN? | KENAN DIDALAM MASYARAKAT MELAYU.
APA ITU KENAN? | KENAN DIDALAM MASYARAKAT MELAYU.
http://2.bp.blogspot.com/-c_wYljUkqEI/ULLTwkyQSxI/AAAAAAAAMOk/wq-YKNdWJCM/s200/bibir-sumbing.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-c_wYljUkqEI/ULLTwkyQSxI/AAAAAAAAMOk/wq-YKNdWJCM/s72-c/bibir-sumbing.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/11/apa-itu-kenan-kenan-didalam-masyarakat.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/11/apa-itu-kenan-kenan-didalam-masyarakat.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy