INFO | KRONOLOGI GUNUNG TAHAN PAHANG

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara da...

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan
Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya :-

Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai - 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. Berkhemah di sini.
Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang - di sana ada 11 bukit.
Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku - 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)

Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.

Pendakian
Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.

Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.

Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.

Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.

Kronologi berkaitan Gunung Tahan
1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

1884 - Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

1898 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Puteri Gunung Tahan
Sekadar ilustrasi 
Hmm.. ada ker puteri Gunung Tahan? Agaknya mana-mana gunung pun mesti ada dikaitkan dengan cerita puterinya, tidak  hanya Puteri Gunung Ledang seumpamannya dan tidak terkecuali Puteri Gunung Tahan. Meh dengar lagu ini Walinong Sari ini yang dikaitkan dengan Puteri Gunung Tahan.

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan


Apapun jom layan lagu  Pahang - Puteri Walinong Sari ini :

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER
Makluman : Bagi anda yang berminat dan ingin menyumbang sebarang artikel, info, gambar dan sebagainya yang berkaitan dengan blog ini. Anda boleh menghubungi Admin melalui Facebook atau Email. Terima kasih di atas sokongan dan kunjungan anda ke laman blog ini. Sebarang perkongsian sila kredit kepada : akuanakpahang.blogspot.com
Nama

000,1,50 SEN SE ME,1,ADAT RESAM,2,ADUHAI BANGSA ADUHAI MELAYU,1,AGAMA,2,air terjun,1,AIR TERJUN RIMAU BERJEMUR ROMPIN,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,ALLAH MUHAMMAD BERSADUR EMAS,1,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,ANUGERAH GELARAN DATO PALSU PAHANG,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU,1,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,5,BANDAR LAMA JERANTUT,2,BATU 0 KUALA LIPIS PAHANG,1,BATU TANDA SELAMAT DATANG KE JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,2,BERITA,2,BERITA BEKAS DUN TAHAN MENINGGAL WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK,1,Berita Semasa,3,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BIODATA TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH KEJIJOK BUAH KEJIJAK,1,BUAH KERDAS,1,BUAH PERAH JERING REBUS KELAPA,1,BUAH-BUAHAN,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAMERON HIGHLANDS SESAK TERUK DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,CARA ATAU TEKNIK MUDAH HILANG RASA SAKIT KEPALA,1,CARA MEMBUAT TEMPOYAK PAHANG,1,CARA PEMAKAIAN KAIN BATIK DIDALAM MAKSUD DAN ADAB,1,Cerita Lawak,5,cerita malam jumaat,1,CERPEN,8,Cerpen Cerita Lawak,2,Cintai Negara,1,citer setan,1,COIN BISMILLAH,1,Coin Syiling,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,Cuci syiling,1,cucuk angin,1,cun,1,DESA KU,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,GAJAH LIAR,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,GAMBAR KLASIK BANDAR LAMA JERANTUT,1,Gambar Klasik Pahang,5,GAMBAR PORNO SEX,1,GANGGAUN BEKALAN AIR,1,GELARAN SUSUNAN KETURUNAN KELUARGA MELAYU PAHANG,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,GUNUNG SENYUM,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,HUKUMAN SEBAT LGBT PAHANG,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN BUNTAL SUNGAI PAHANG,1,IKAN STURGEON,1,INFO 1 SEN KERIS BERSILANG 1962 MALAYA BRITISH BORNEO,1,INFO BUAH KEREKOK,1,INFO DAN FAKTA MENARIK BEG TANGAN HERMER BIRKIN,1,INFO POKOK BAYAS RESEPI KERABU UMBUT BAYAS,1,info telur,1,INFORMASI,143,INFORMASI JAMBATAN JERANTUT FERI 1978 DAN JERANTUT FERI 1949,1,ISLAM,2,Jackie Chan,1,JADUAL DAN TARIKH BAYARAN PENCEN 2018,1,JALAN ROSAK,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,JERANTUT ANTARA DAERAH MEMPUNYAI KUALITI UDARA PALING BERSIH DI MALAYSIA,1,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Kanpung Bantal,1,KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN DENDA RM 10,1,Keajaiban Allah.,1,KEBAIKAN DAN KHASIAT DAUN ULAM PEGAGA,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,KEMUSNAHAN ALAM,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Ketika Senja,1,KEUNIKAN DAN KEENAKAN GULAI ASAM ROM JERANTUT,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KOMUNIS BINTANG TIGA,1,KPDNKK,1,KUALA LIPIS PAHANG,1,KUALA TAHAN,2,kubu jerantut,1,Laman Mat Kilau Jerantut,1,LANTIKAN DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL MENTERI BESAR PAHANG 2018,1,lata,1,LATA BEREMBUN ULU RENGAT ULU CHEKA JERANTUT,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,LATA MERAUNG JERANTUT KIAN MERAUNG,1,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,LELAKI DITAHAN JUAL SYILING POTRET SULTAN PAHANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,MAKSUD DAN PENGERTIAN LGBT,1,MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,MASJID LAMA JERANTUT,1,Mat kilau,2,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,3,Matawang,5,MATAWANG INGOT PAHANG,1,MATAWANG NUMISMATIK,6,MATAWANG PANDUAN GRED-GRED SYILING,1,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MAWAS,1,MELUKIS MURAL JERANTUT,1,MEMAKAI CINCIN,1,MEMILIH PEMIMPIN ISLAM,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,MISTERI DAN SIAPA SEBENAR MAT KILAU ?,1,MISTIK,2,munyusu,1,MUTIARA KATA,1,MUTIARA KATA KEHIDUPAN,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,1,PAHANG BANTAH CUTI HARI JUMAAT,1,PAHANG TETAP TERUS LAKSANA OPERASI CEGAH MAKSIAT,1,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,2,Pak pacak,1,PAPAN TANDA TULISAN JAWI DI PAHANG,1,Parti Komunis Malaya,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,PEMBALAKAN PUNCA KEMUSNAHAN AIR TERJUN LATA MERAUNG JERANTUT,1,Penawar rindu,1,PENCEN PENYATA,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,PENIPUAN SMS URUS NIAGA KAD KREDIT,1,penjawat awam muflis,1,PENSTRUKTURAN SEMULA PAIP PAHANG,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,PIANGGANG GEPI GEGEPI,1,PITIS PAHANG KETUN PAHANG,1,POKOK BUAH TAJAM LEBAT,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,36,PUISI BELENTARA PADANG TANDUS,1,PUISI PRU,1,PUISI TARBIAH DIRI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN,1,PUKAU,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,SCAMMER KENA TIPU DENGAN SCAMMER?,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,SEJARAH,1,SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS.,1,SEJARAH KESULTANAN MELAYU PAHANG,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,Sejarah Pahlawan,1,SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR JERANTUT,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SEMPURNAKAH SOLAT KITA,1,SENARAI BANDAR DI PAHANG MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK,1,SENARAI HARGA IKAN SUNGAI PAHANG,1,SENARAI HARGA SYILING 50 SEN PARLIMEN 1967 - 1988 SIRI 1,1,SENARAI PENUH CALON BN PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI PENUH CALON PAS PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,TAPAK TANGAN,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TENGKU ABDULLAH,1,TEORI RAHMAN,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,TIADA CUTI UMUM SEMPENA HARI PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KE ENAM,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TRANSAKSI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ULAR SAWA,1,ulu cheka jerantut,2,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,VIEW GAMBAR DRONE JERANTUT,1,WANG PERINGATAN MALAYSIA ULANG TAHUN KE 60 PERJANJIAN KEMERDEKAAN,1,WANG ROSAK KOYAK BOLEH TUKAR KE BANK NEGARA,1,Warna warni hari ini,1,WATERMARK TERA AIR,1,WAYANG PACAK,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: INFO | KRONOLOGI GUNUNG TAHAN PAHANG
INFO | KRONOLOGI GUNUNG TAHAN PAHANG
http://4.bp.blogspot.com/-tum-IJAvURw/UI8m-LGbpTI/AAAAAAAALr8/KNCt09A6juE/s400/GUNUNG+TAHAN.jpeg
http://4.bp.blogspot.com/-tum-IJAvURw/UI8m-LGbpTI/AAAAAAAALr8/KNCt09A6juE/s72-c/GUNUNG+TAHAN.jpeg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/10/info-kronologi-gunung-tahan-pahang.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/10/info-kronologi-gunung-tahan-pahang.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy