Apa itu Festival Seksualiti Merdeka?

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk me...

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini.

Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan, tidak selaras dengan sebuah negara Islam dan mampu mencetus kontroversi yang mengancam keselamatan negara.

Antara yang menentang festival berkenaan ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan banyak lagi.

Bagaimanapun, beberapa NGO lain tampil menyokong festival berkenaan malah bertindak sebagai penganjur program kontroversi tersebut. Antara NGO yang terlibat secara langsung dengan festival itu adalah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, KL Word, Justice For Sister, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Tenaganita dan EMPOWER.

Apa sebenarnya yang ada di dalam festival tersebut sehingga ia menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat negara ini? Festival yang bertemakan “Queer Without Fear” itu diadakan bertujuan untuk mencari mekanisma terbaik bagi menyuarakan hak asasi kemanusiaan bagi golongan LGBT di negara ini, terutamanya mendapatkan hak pengiktirafan hak tersebut dari kerajaan.

Menurut laman web rasmi festival tersebut, www.seksualitimerdeka.org, program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini. Pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi. Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi.

Sesi Pengakuan Kabaret pula menampilkan beberapa selebriti seperti Alfian Sa’at, Gyorgy Furioso, dan Pang Khee Teik yang akan berkongsi pengakuan mengenai kehidupan seksualiti mereka secara terperinci dengan pengunjung majlis berkenaan. Selain itu, pada 11, 12, dan 13 November pula akan diadakan mini konsert,“Love Out Loud”, dimana akan mempersembahkan nyanyian ‘lagu rasmi’ golongan LGBT yang akan disampaikan oleh beberapa penyanyi tempatan dan diserikan dengan kemunculan diva-diva pondan.

Sementara itu, sebuah perbicaraan olok-olok pula akan diadakan dengan kerjasama Majlis Peguam, Pusat Rakyat LoyarBurok dan Kempen MyConstitution, di mana ia akan mengisahkan perbicaraan kes berkenaan LGBT dan Kementerian ‘Kawalan Populasi’.

Kemudian, pada hari terakhir festival berkenaan, 13 November, akan diadakan bengkel “Fierce & Fabulous: Shelah’s Finishing School for Drag Queen” yang akan mengajar cara-cara untuk menjadi Ratu Makyah, yang akan disampaikan sendiri oleh bintang maknyah terkenal, Shelah. Festival khas untuk LGBT itu juga akan menganjurkan forum terbuka kepada umum bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Untuk LGBTIQ: Jadikannya kenyataan di Malaysia!’ yang telah berlangsung semalam dan malam ini pula bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti Di Tempat Kerja’.

Manakala pada 5 November ini pula akan diadakan konsert amal, “Justice For Sisters: Nyah Rights Now!” yang dijangka bakal mencetus kontroversi di mana tujuannya diadakan untuk memperjuangkan hak golongan maknyah dari sudut perundangan negara. Sejak merdeka, kerajaan berpendirian untuk tidak mengiktiraf hak golongan LGBT, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sebelum ini dengan beberapa media asing berkaitan hal tersebut, menyokong perjuangan golongan itu dengan alasan hak asasi kemanusiaan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa (IGLHRC) di dalam artikelnya yang bertajuk “Malaysia: In This Country, An Accusation of Sodomy Is Defamation of Character”, menggesa agar seluruh golongan LGBT di negara ini menyokong dan memperjuangkan Anwar. –Mynewshub.my


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,28,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,3,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: Apa itu Festival Seksualiti Merdeka?
Apa itu Festival Seksualiti Merdeka?
http://1.bp.blogspot.com/-ibr_p725UTI/TrKdnwjk0AI/AAAAAAAAE-E/GuwHnkD9ilc/s1600/Apa-Ada-Pada-Festival-Seksualiti-Merdeka.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-ibr_p725UTI/TrKdnwjk0AI/AAAAAAAAE-E/GuwHnkD9ilc/s72-c/Apa-Ada-Pada-Festival-Seksualiti-Merdeka.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/11/apa-itu-festival-seksualiti-merdeka.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/11/apa-itu-festival-seksualiti-merdeka.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy