MAIN MENU

Footer Pages

21 Mac 2010

PANGKAT DALAM KELUARGA

Dibawah ini adalah senarai pangkat, gelaran atau cembungan dalam keluarga yang popular di kampung saya.

1. Long
2. Engah
3. Dee
4. Tam
5  Teh
6  Andak
7. Anjang
8  Chu
9.  Cik
10. Embong
11. We

Menurut ceritanya nama-nama ini ada hubungkaitnya dengan keadaan dan susunatur dalam keluarga seperti nama Long bagi anak yang sulung, Engah bagi yang tengah, Dee bagi yang ketiga, Tam ini mungkin anak ini di lahir hitam sikit  agaknya akhirnya  disebut Tam , Teh berasal drp perkataan putih, anak yang ini putih sikit pada adik beradik yang lain agaknya. Andak berasal drp perkataan pandak atau pendek , Chu berasal drp perkataan bongsu mengikut ceritanya keluarga tersebut masih mendapat anak lagi selepas itu ingat bongsu dah, namun ada sesetengah org menletakan nama chu ini untuk anak yang bongsu sekali, jika sudah dipastikan sudah tidak memilik anak lagi keknya kadang tu dah bongsu lama datang pulak anak yang seterusnya.

Cik yang berasal drp perkataan kecik, mungkin anak ini kecik sikit pada yang lain di panggil Cik sahaja. Embong ada dua pendapat yang dikaitkan nama ini pertama anak ini selalu sangat kembong dan yang kedua perangainya sikit sombong lalu dia dipanggil embong. Sementara perkataan nama we kata deme dah tua tapi masih di kurniakan anak lagi dalam lain perkataan dah tua-tua masih beranak lalu anak itu disebut We.

Dihari ini jarang sangat dah orang yang mempunyai keluarga yang besar, sudahnya nama cembungan setakat 3-4 org sahaja yang lain terus hilang dalam senarai.


Wa'allahhualam - Pengarang :

18 ulasan:

  1. kalau adik beradik CP lak

    1. along
    2. angah
    3. uda
    4. achik (CP le tu hehe)
    5. ucu

    Tapi kalau adik beradik ayah, ada 2 yg spesel >>> Pak uteh dan Pak Itam, tapi mmg betul pun Pak Uteh tu cerah, Pak itam tu gelap, mmg sesuai benar dgn gelaran nya, ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  2. masa ni pangkat ni tak pegi jauh dah abih kuat pun setakat andak je..tu pun org kita jarang doh pakai...lagi pun orang zaman ni x ramai anok dah macam dulu-dulu

    BalasPadam
  3. Pegh..
    Bagus nie... boleh simpan dalam arkib...

    Sekarang memang jarang dah sampai sembilan adik beradik.. Jadi, name gelaran sampai ke Teh je la... haha.. Hok lain mule dilupe...

    Keh dipanggil Acu, sebab hok bongsu sekali~

    BalasPadam
  4. amboi dia yek, dh start ade idea jer trus x benti2 post n3..
    adik badik koi 5 org...
    kira ramai dah tu coz ayah koi dua bradik jer, mak plak 3 bradik..

    BalasPadam
  5. beloh ke tempat kome kat sanggang nun...paling tua makwe atau pakwe...yg bongsu sekali ecu...

    BalasPadam
  6. Salam semua terima kasih respon N3 ini...apapun org hari ini anak dah x ramai tak dpt kita dengar yang atas pada 6 -11 tu hehehe...

    BalasPadam
  7. Bro Yassin..Anok mok sedara kawan ramai ada 15 org.Jadi lepas Chu tu,deme panggil ayoh je.. Ayoh man, ayoh bedu..

    BalasPadam
  8. Cikgu hamdan - kadang tu ada juge deme sebut we balik...lepas 11 tu.

    BalasPadam
  9. Mungkin aok tertinggal satu lagi iaitu ALANG = Pak Alang atau Mak Alang. Maknenya alang-alang, keatas tidak, ke bawah tidak. Alang-alang ibarat kain panjang lima.

    BalasPadam
  10. Pak hashim - Yaass kash tertinggal la tuuh ....hok nombor brape deme tu ? ada juge pendapat mengaborkan deme suka main atas alang..sudah disebut alang hehehe...

    BalasPadam
  11. salam Yassin..
    koi confirm Engah sebelah sini
    sebelah oyang umah Alang..he he

    BalasPadam
  12. slm en yassin,
    koi ayohcu tapi dpt adik sorg lagi.
    org panggil dia ayoh beh (sebak terlebih) hehehe...

    BalasPadam
  13. kala kome mula dengan we/long,ngah, dee, tam, teh, njang, andak, chu, acik, alang, embong,lepas mbong tu kala ada lagi kena ngah balik,

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    En. Yassin, bageh aok mengingatkan balik pangkat-pangkat dalam keluarga, orang sesari nih tak banyok anok, deme tak berapa kisoh dah....

    BalasPadam
  15. Zul - aok hok no. dua la...

    Piewahid - bagus tu ada gelaran baru beh sebab hok dah pengabis gamoknya.

    Abgaji - deme ejas2 sikit gitulah hok penting nama2 yg lain tu masih ada..

    lipislady - tu lapasalnya..nok buat goner orgjaman sesari nei anok dah tak ramei hehehe abis mupus.

    BalasPadam
  16. Kawan ada yang panggil Pak Ngoh Kapok..tapi belah Syed panggil kawan Ami..Ami Ngoh..!

    BalasPadam
  17. En Syed - kiraannya pangkat aok ngoh la yeek...kawan pa'ndok di sebut anok buah.......

    BalasPadam
  18. koi pun pening gek dgn nama dan pangkat dlm keluarge yg besorr..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.