MAIN MENU

Footer Pages

19 Feb 2010

PEJABAT POS JERANTUT 1960AN

Pejabat Pos Jerantut sekitar tahun 1960an
    
Jerantut disuatu masa dahulu hanya Pekan kecil sahaja mempunyai bebarapa deretan Kedai batu pembinaanya sekitar  tahun 1930 - 40an,  jika di imbau kembali  sekitar tahun 70an Pusat Bandar hanya di Bandar lama sekarang di persimpangan masuk ke Stesen Keretapi  terletaknya Stesen Teksi dan berhadapan Pejabat Pos  (gambar diatas) terletaknya Stesen Bas, Pondok Polis ketika itu dibahagian bawah Balai Polis sekarang kedudukannya agak hampir dengan Pejabat Pos tersebut, sekitar Jalan berlakang di Bandar lama sekarang dahulunya agak sibuk juga kerana disini terletaknya kedai setinggan dan ada penjaja kecil ketika itu.

Di bawahan Pejabat Telekom Jerantut sekarang dahulunya ada Warung kedai makan cina, warung tersebut telah terbakar sekitar tahun 1970an rasanya kalau tak silap. Terus tidak di bangunkan lagi hanya diletak Pencawang TNB sahaja. Di seberang jalan tersebut ada rumah kedai setinggan cina yang mengusaha berbagai perniagaan , antaranya kedai alatan minanan, kedai jahit dan macam-macam lagi.

Suatu ketika dalulu Pekan kecil ini bergitu banyak rumah dan kedai setinggan di sekitarnya antaranya tapak kedai yang sedang dibina di Bandar lama sekarang (bersebelahan kedai singer dibandar lama ) dahulunya Pasar Jerantut disitu dan diatas sikit penempatan setinggan China. Berhampiran Jalan keretapi dan di pintu Pagar keretapi juga terdapat kedai runcit  dan kedai Gunting rambut India Persimpangan Jalan masuk ke Sungai Jan juga terdapat banyak rumah kedai setinggan.

Tapak Pasaraya Aktif  (baru) dahulunya terdapat rumah Kuarters Jabatan Hutan, lain-lain kawasan boleh dikatakan masih hutan. Pejabat kerajaan dahulu kebanyakannya sekitar Pejabat Kesihatan sekarang. Disana terdapat Pejabat JKR, Lembaga Bandaran Jerantut dan lain-lainnya. Panggung wayang rasanya telah dibina sekitar 70an juga  di Bandar ini antaranya Panggung Sri Pedah dan Panggung Sri Jerantut. Namun Panggung wayang ini sekarang hanya tinggal nama sahaja. Ketika itu  Bandar baru  masih hutan sekitar tahun 1970an. Pasar Besar Jerantut dibina sekitar tahun 1980an sekarang dah jadi Pasaraya aktif (lama).

Namun sekitar tahun1970an  Bandar ini masih masih "kawasan hitam" kalau jam 12.00 mlm  keatas jika ada urusan mesti mendapat permit keluar drp ketua Polis Daerah terlebih dahulu. Begitulah serba sedikit sepintas lalu Jerantut ini disuatu ketika dahulu sekitar tahun 1970an. Sumber :  akuanakpahang.blogspot.com 

13 ulasan:

  1. Keh teringat zaman tahun 70-an dulu, ngikut ayaoh keh naik keretapi dari K.Lanor ke Jerantet pegi rumoh dato' Khairuddin Kawi.. Best sangat masa tu...

    BalasPadam
  2. Sharinginfoz - Benar sekarang amat jauh berbeza.

    Pengembara silam - Rumah Dato' Khairuddin Kawi tu baru aje terbakarnya rasa kawan tahun lepas.

    BalasPadam
  3. koi kney jerantut masa koi da keje. dan ngat la pejabat pos te. lampu isarat tadak ag. bando klasik. org puteh ramey. ande bas jelai, lin siong g benta.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. slm. en yassin. terima kasih ats info! dulu² koi xbrape tau sgt psl jrantet ni slain stesen keretapi & stesen bas tempat ferrari koi terbabas..:) mase ni lalu sokmo bila nk balik merapoh

    BalasPadam
  6. Awal 1965 lagi kawan patut duk Jerantut. Entah macam silap kening lepas ke Lepih. maka jadilah kawan org Lepih sampai le ni.

    Awal 1965 Jerantut bukan saja bandar kowboy tapi tok ki kowboy. Lampu jalan pakai minyok tanah. Bandornya setakat bandor lama tu ajelah. Bandar Jerantut adalah bandar setesen k'api buat ransit org nak ke Kuantan dari Temerloh, Lepih Raub Bentong.

    BalasPadam
  7. lawo gambor te....payoh dah nak dpt koleksi gambor dulu2 ni...

    BalasPadam
  8. Kelompen - Gitula panoramanya jerantut ketika itu.

    Piewahis - sesama lah...sajer kongsi sikit cerita lama utk org baru.

    Pak Hashim - Mengkala tidak emboh kita berjumpa juga..keknya tahun 1965 kawan tak de lagi..hehehe

    Cikgu Jang - Betul tu kawan cari juga gambo Jerantut ini hak lelama tapi tak de..itu aje lah.

    BalasPadam
  9. salam abg yasin... abeli ingat lagi.. pejabat pos tu.. ikut mak pegi simpan duit... suka amat dapat pergi bandar.. naik bas ling siong... dari batu balai ke jerantut masa tu tambang 30 sen je....

    BalasPadam
  10. Abglei - kenangan lalu ttp segar dalam ingatan, kawan dulu biase juga naik bas ling siong balik kampung Tg besar baru seringit lebih aje...hehehe...

    BalasPadam
  11. Kawan orang Jerantut juga rupanya..

    BalasPadam
  12. En syed - aok telah di klonkan hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.