Di bawahan Pejabat Telekom Jerantut sekarang dahulunya ada Warung kedai makan cina, warung tersebut telah terbakar sekitar tahun 1970an rasanya kalau tak silap. Terus tidak di bangunkan lagi hanya diletak Pencawang TNB sahaja. Di seberang jalan tersebut ada rumah kedai setinggan cina yang mengusaha berbagai perniagaan , antaranya kedai alatan minanan, kedai jahit dan macam-macam lagi.
Suatu ketika dalulu Pekan kecil ini bergitu banyak rumah dan kedai setinggan di sekitarnya antaranya tapak kedai yang sedang dibina di Bandar lama sekarang (bersebelahan kedai singer dibandar lama ) dahulunya Pasar Jerantut disitu dan diatas sikit penempatan setinggan China. Berhampiran Jalan keretapi dan di pintu Pagar keretapi juga terdapat kedai runcit dan kedai Gunting rambut India Persimpangan Jalan masuk ke Sungai Jan juga terdapat banyak rumah kedai setinggan.
Tapak Pasaraya Aktif (baru) dahulunya terdapat rumah Kuarters Jabatan Hutan, lain-lain kawasan boleh dikatakan masih hutan. Pejabat kerajaan dahulu kebanyakannya sekitar Pejabat Kesihatan sekarang. Disana terdapat Pejabat JKR, Lembaga Bandaran Jerantut dan lain-lainnya. Panggung wayang rasanya telah dibina sekitar 70an juga di Bandar ini antaranya Panggung Sri Pedah dan Panggung Sri Jerantut. Namun Panggung wayang ini sekarang hanya tinggal nama sahaja. Ketika itu Bandar baru masih hutan sekitar tahun 1970an. Pasar Besar Jerantut dibina sekitar tahun 1980an sekarang dah jadi Pasaraya aktif (lama).
Namun sekitar tahun1970an Bandar ini masih masih "kawasan hitam" kalau jam 12.00 mlm keatas jika ada urusan mesti mendapat permit keluar drp ketua Polis Daerah terlebih dahulu. Begitulah serba sedikit sepintas lalu Jerantut ini disuatu ketika dahulu sekitar tahun 1970an. Sumber : akuanakpahang.blogspot.com

sekarang jauh berbeza kan....
BalasPadamDividen Bank Rakyat 15%
Nuffnang Dapat RM2,684
Keh teringat zaman tahun 70-an dulu, ngikut ayaoh keh naik keretapi dari K.Lanor ke Jerantet pegi rumoh dato' Khairuddin Kawi.. Best sangat masa tu...
BalasPadamSharinginfoz - Benar sekarang amat jauh berbeza.
BalasPadamPengembara silam - Rumah Dato' Khairuddin Kawi tu baru aje terbakarnya rasa kawan tahun lepas.
koi kney jerantut masa koi da keje. dan ngat la pejabat pos te. lampu isarat tadak ag. bando klasik. org puteh ramey. ande bas jelai, lin siong g benta.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamslm. en yassin. terima kasih ats info! dulu² koi xbrape tau sgt psl jrantet ni slain stesen keretapi & stesen bas tempat ferrari koi terbabas..:) mase ni lalu sokmo bila nk balik merapoh
BalasPadamAwal 1965 lagi kawan patut duk Jerantut. Entah macam silap kening lepas ke Lepih. maka jadilah kawan org Lepih sampai le ni.
BalasPadamAwal 1965 Jerantut bukan saja bandar kowboy tapi tok ki kowboy. Lampu jalan pakai minyok tanah. Bandornya setakat bandor lama tu ajelah. Bandar Jerantut adalah bandar setesen k'api buat ransit org nak ke Kuantan dari Temerloh, Lepih Raub Bentong.
lawo gambor te....payoh dah nak dpt koleksi gambor dulu2 ni...
BalasPadamKelompen - Gitula panoramanya jerantut ketika itu.
BalasPadamPiewahis - sesama lah...sajer kongsi sikit cerita lama utk org baru.
Pak Hashim - Mengkala tidak emboh kita berjumpa juga..keknya tahun 1965 kawan tak de lagi..hehehe
Cikgu Jang - Betul tu kawan cari juga gambo Jerantut ini hak lelama tapi tak de..itu aje lah.
salam abg yasin... abeli ingat lagi.. pejabat pos tu.. ikut mak pegi simpan duit... suka amat dapat pergi bandar.. naik bas ling siong... dari batu balai ke jerantut masa tu tambang 30 sen je....
BalasPadamAbglei - kenangan lalu ttp segar dalam ingatan, kawan dulu biase juga naik bas ling siong balik kampung Tg besar baru seringit lebih aje...hehehe...
BalasPadamKawan orang Jerantut juga rupanya..
BalasPadamEn syed - aok telah di klonkan hehehe..
BalasPadam