MAIN MENU

Footer Pages

19 Jan 2010

Seloka minum pagi...


Bila mentari menyerlah diri
cari kawan gi minum pagi
minum sorang memang tak jadi
hajat konun berdua boleh lagi
datang lagi geng lain mari
sampai meje tak cukup kerusi
nak lari tak kena diri
nak duduk tak senang hati
tercengang member nanya sape nak table nanti
Kena sorang, tokey kerbau pun cabut lari
dalam gitu ada juga tumpang tui
terbeliak mata nengok makanan datang bersilih ganti
mula bulu roma bangun sendiri
sambil berlawak di awal pagi
suka terbahak-bahak sampai nampok gusi
hati tak senang tanggung sendiri
order nasi ayam order mee kari
air buah air laici kadang tak tinggal tongkat ali
sambil senyum berkira-kira dalam hati
berapa sekepala tak tau lagi
nak duduk lama tak tahan diri
bimbang kut bertambah member lain lagi
nak bangun sorang lagi tak jadi
layan juga kawan borak tak reti berenti
mekala selalu kena begini, tokey kerbau pun jual tali
lalu rodong beresah hati sapa yang kena nanti
sudah terbunyi juga dari mulut sendiri
deraslah tokey kira disini.

**seloka hanya rekaan semata-mata.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

10 ulasan:

  1. Kreatif... memang terbaik... hehe...

    Boleh la hantar mana-mana majalah~

    BalasPadam
  2. Ha ha.. Baik aok bawak bekal.. Ada gaya penulis tersohor..

    BalasPadam
  3. Bro Yassin.. Tadi keh tertengok berita,cerita menyamak kandang babi di Sg.lekuk.. Rupa-rupanya Sg.Lekuk ni, no.2 pengeluar babi di Malaysia..he he

    BalasPadam
  4. Cikgu k.k - Tu laa pasal keknya kash malas bising sebab bender haram hehehehehe.

    BalasPadam
  5. Makan lempeng pagi-pagi cicah sambal sedap juga

    BalasPadam
  6. kalau nak berodong,begitulah gayanya tapi kalau lepas kita,kita! bukan setakat tali,kandang kerbo pun tergadai

    BalasPadam
  7. kalau macam ni lah setiap hari
    ini semua tak boleh jadi
    cara lain mesti dicari
    beli mangkuk tingkat di pekan sari
    bawak bekal nasi dan kuah kari.

    BalasPadam
  8. Pn. Aida sesekali kena lempeng mmg sedak ngat...

    EN. Nuar - Gitulah kita nei mekala berodong..tul tu mekala umpama gasing kita aje hok berburi asyik kena pangkoh aje tak jadi juge....hehehe

    Endiam -
    mangkuk tingkat cantik berseri
    disimpa mari dalam almari
    mekala sokmo kena begini
    alamat muka kecut hilang seri.

    BalasPadam
  9. Orait en yassin..

    hari jumaat ni kawan dah turun lori..
    boleh lah kita mgetea pagi pagi..
    Pekena nasi lemak sama mee kari..
    dekat gerai tapak pekan sehari..
    Aok belanja kawan jangan pula cabut lari..

    BalasPadam
  10. En Syed.

    Kecik tapak tangan
    besor ibu jari
    kala aok sorang
    soh kawan tak lari

    heheheh mekala aok sorang tu berbila aje kawan belanje...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.