Maka perutusan daripada Sultan telah dihebahkan keseluruh pelusuk Negeri maka datang berduyung-duyung anak-anak gadis daripada serata alam Negeri Lalangpura ke Balai rom seri didalam hati masing-masing berkata-kata untung-untung terpilih menjadi Permaisuri Negeri dalam hati anak-anak gadis itu berlake. Maka sesampai semuanya di Balai tersebut. Memanda Menteri memberi sedikit taklimat ringkas "Seperti mana tuan hamba sedia maklum hari ini satu pemilihan akan diadakan bagi mencari seorang yang bertuah menjadi Permaisuri Negeri. Permilihan akan dibuat bukan sekadar rupa paras tapi lebih mengutamakan siapa yang hebat boleh membuat kopi O untuk Baginda Sultan. Maka tercenggang anak gadis dalam Balai rom seri berlake. "Barang sesiapa yang tidak penah buat kopi O sila kesebelah...maka tiada seorg pun yang pergi kesebelah" "Ooo kata Memanda Menteri jadi semua yang hadir boleh buat kopi O laa yaa.....baiklah kita mulakan permilihan ini".
Setelah lima enam org yang membuat kopi O semuanya rejet. Sambil Sultan hanya melihat sahaja permilihan itu dibuat....keputusan dan kuasa penuh telah diberi oleh Memanda Menteri Sambil disaksikan oleh pembesar negeri yang lainya. "Aok rejet.... aok rejet.... "sebab banyak sangat yang ganas semasa membuat kopi O tersebut, ada yang letak gula dgn rakus lepas tu letak kopi kacau bagai nok pecah cawan pun ada macam-macam cara semuanya tidak menepati kehendak Memanda Menteri " makala hamba nak minum tak pe aok me buat gitu" kata Memanda Menteri ... nei Sultan nak minum kata Memanda Menteri.......aok me ganas sungguh membuat kopi kata dik Memanda Menteri......
Lalu naiklah Kuntum ke atas balai rom seri membuat Kopi O. Dengan bergitu sopan dan santunya kerana mungkin klu dan pembayangnya sudah dia perolehi daripada peserta yang lepas.... semua rejet.... lalu Kuntum telah memikir sesuatu kelainan yang lain utk membuat kopi O, Kuntum tidak mengambil cawan sebaliknya dia terus sahaja mengambil piring, cawan hanya di letakan disebelah....dalam piring itu diletakkan sedikit gula sahaja dan sedikit kopi dan diletakakan air kedalam piring tersebut....sambil itu diletakan di atas telapak tangan sebelah kiri, dia angkatkan sedikit piring itu mencecah ke jari manisnya, jari manisnya itu hanya dibiarkan sahaja pada piring tersebut...dan digoyangkan piring tersebut dgn tangan kirinya sambil jari manis kanan pada piring tersebut... untuk menlarutkan gulanya......
Tiba-tiba Sultan bertitah... "Memanda, Beta suka yang ini" "baik Tuan ku" kata Memanda Menteri. "Aok terpilih Kuntum syabas aok memang terer buat kopi O, Sultan berkenan sungguh" Maka rezeki Kuntum menjadi Permaisuri selama beberpa tahun sahaja. Selang beberapa tahun selepas itu Sultan Lalangpura pun mangkat... The End.
U/P : Cerita ini hanya dongengan dan rekaan penulis semata-mata.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Hehe... Macam anti-klimaks jer citer nie...
BalasPadamManis ke dok kopinye tue?
raja tu suke sebab stail ngacau kopi tu dgn cara terbalik....sepatutnya sudu di atas, ni piring yg di atas...
BalasPadamAda makna tu rodong....hehehehe...koi tahu maksud sebenarnya tapi malu nok ceritekan....
Bior yassin lah yg sambung....hehehe..
Redzda - Raja tu dah berumo aok kena faham...
BalasPadamCikgu jang - Citer mmg bermakne ngat, mekala aok faham maksudnya molek laa kawan malas dah nok sambung sebab dah The End hehehehe..
Kuntum bunga yg belum kembang
BalasPadamtuahnya macam nujum pak belalang
belum baring sudah terlentang
sultan tua cepat terangsang.
Kuntum bunga idaman
BalasPadamtertawan kumbang kerana ransangan
rupa tak lama kuntum berkembang
kumbang yang dah tua jatuh terlentang.
Adakah Lalangpura bersebelahan dengan bandar Inderapura?..
BalasPadamEn Syed - Tuan hamba tersalah lokasi hehehehe.......kerana Negeri Lalangpura telah jadi padang jarak padang terkukur bila lalangnya telah diracun....hehehehe
BalasPadam