MAIN MENU

Footer Pages

18 Dis 2009

PUISI : BERBURUNG WALIT

Tika senja mula berlabuh
berburung walit meniti anjung dibirai batu 
terdengar riuh rendah kicauannya
penghuni kota bagai sudah lazim 
tiada pandangan, tiada perhatian
walit-walit menabur najis 
kerana seharian kekenyangan
kecelaruan mereka terkadang membosankan jua
kemana arah perlu di titi
kemana arah perlu dicari
bila sudah ditemui tempat yang pasti.
walit-walit terus berdiam diri.
bagai hilang suara kalutnya mereka.
sesekali terdengar jua akan kicau girangnya
Bagai tidak terduga yang berderetan 
disana itu mereka

Nukilan - Yassin Sulaiman Aap
Jerantut 18Hb.Disember 2009

6 ulasan:

  1. aii..maru aki yasin nei..nye bahan bersajok pulok dah, kena tepun dewan bahasa & pustaka nampok gayenye, suruh deme lancar bulan sastera & puisi..hihi

    BalasPadam
  2. popalih....syahdunya sajak..tengah lara ke bang.

    BalasPadam
  3. Irabella - ame tengke ada ilham kawan bersajak...esok2 me emboh kawan bawok cerita merapu pulok hehehehe..

    Cikgu jang - kawan tak lara, kawan nengok burung walit tu lara betul hehehe....

    BalasPadam
  4. koi membayangkan aok nulih ni sambil memerhatikan burung walit atas kabel api area jerantut...

    i like...

    BalasPadam
  5. Tengok burung walit je aok dapat ilham ..berpuisi pulok ke en yassin?..

    BalasPadam
  6. Mazru - ilham te dtg tak kira masa silap2 dalam jamban pun datang hehehe..

    En Syed - burung walit tu kiasan dia heheheh...besor maksud tersirat tu..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.