Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

4 Jun 2017

GAMBAR KLASIK SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU, JERANTUT

 
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Jerantut ini difahamkan telah dibuka seawal tahun 1925 sebelum bah atau banjir besar Pahang pada tahun  1926. Sekolah ini terletak di jalan utama Jerantut - Benta. Info Jalanraya Jerantut Benta dibina tahun 1924 sementara Sekolah ini dibina tahun 1925. Suatu ketika dahulu kampung baru ini begitu ramai penduduknya dan suasananya begitu meriah sekali. Mungkin ramai daripada mereka telah berhijrah ke Bandar Jerantut. Fakta juga mengatakan penduduk asal yang mendiami Kampung Baharu kebanyakannya berasal daripada Kampung Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis Pahang.

Sumber Gambar Kredit : Mohd Ghapar Mohd Nor

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

3 Jun 2017

LATA BEREMBUN @ BATU BEREMBUN TANJONG BESAR, BENTA, KUALA LIPIS, PAHANG

 
 
 
 
 
 
 
 
Lata Berembun atau Batu Berembun, nama ini diperolehi dari keadaan dan persikitaran semula jadi lata tersebut dahulu seakan berembun di kawasan sekitarnya. Situasi ini adalah disebabkan ada seketul batu yang menghalang aliran air terjun berkenaan untuk mengalir, lalu terjadilah proses percikan air daripada bahagian atas lata tersebut seakan berembun jika kita duduk dipersekitaranya.

Mitos Lata Berembun - Pernah dicerita oleh orang-orang tua dahulu suatu kita dahulu pernah terdapatnya sejenis ular 'bidai' seakan ular menyerupai sebuah tikar yang bergulong yang suka menahan dan bermain dengan air, serta suka menyekat dan melepaskan air dikawasan tersebut dan memakan apa juga jenis binatang yang lalu dikawasan tersebut.

Lata Berembun ini terletak di kampung Tanjong Besar Benta, Kuala Lipis Pahang. Persekitaran yang amat menarik sejuk dan nyaman begitu sesuai untuk bercuti dan beraidah disini. Penulis sendiri sudah lama tidak kesini. Dalam loghat daerah dan setempat lata ini juga disebut Batu berember atau Late Berember. Air terjun disini tidaklah setinggi mana namun cukup mengembirakan jika kita dapat bermandi manda dan beriadah bersama keluarga disini.

Sumber gambar kredit : Sepenuhnya pada sahabat Mohamad Sahlan rakan facebook daripada Kampung Tanjong Besar, Benta Kuala Lipis Pahang.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<