Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

27 Apr 2017

LEMBAH KIOL LATA MERAUNG JERANTUT


Hari sempat ke Lata Meraung sekadar kunjung semula atau berjalan-jalan sahaja sambil menghirup udara segar dan sempat mengambil gambar sebagai perkongsian bersama. Taman Reriaksi Lembah Kiol Jerantut terletak kira-kira lebih kurang 10 km dari bandar Jerantut. Melalui Jalan Jerantut ke Benta. Masuk melalui persimpangan Sungai Lekok berhampiran persimpangan Pusat Serenti Jerantut kini dikenali Cure & Care. Ada papan tanda pandu arah disediakan. Selebihnya anda boleh sahaja klik pada tajuk post dibawah kerana merujuk pada Lata Meraung ini.

AAP - Syabas dan tahniah pada pihak Majlis Daerah Jerantut MDJ kerana dapat  menjaga dan menyelenggarakan Lata Meraung ini dengan begitu baik sekali.

Post berkaitan Lata Meraung ini anda boleh sahaja klik tajuk post dibawah ini :
*LOKASI LEMBAH KIOL LATA MERAUNG JERANTUT
*GAMBAR SEKITAR LATA MERAUNG, LEMBAH KIOL, JERANTUT

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Apr 2017

BICARA HATI TENTANG HATI SOAL HATI


Didalam perkara agama, peribahasa, pepatah dan bidalan begitu banyak sekali soal hati di terjemahkan dan diperkatakan. Baik hati baiklah segalanya buruk hati musnahlah segalanya. Baik hati indahlah pekerti buruk hati hilang jati diri dan rosaklah segala budi.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

4. Ada titik hitam dalam hati
Sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang maksudnya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.

Begitu banyak soal hati dan penyakit ini diperkatakan :

Patah Hati - Putus asa, putus cinta putus harapan
Sakit Hati - Mungkin dikhainati
Makan Hati - Susah Hati
Hati Mati - Hati tidak menerima kebaikan dan teguran
Hati Kering - Sanggup melakukan perkara yang bahaya
Keras Hati - Degil dan melawan
Hati Batu - Hati keras tidak menerima pandang orang
Buta Hati - Tiada keinginan
Hati Emas - Hati mulia
Hati Nyamuk - Hati kecil
Hati Tikus - Penakut
Luka Hati - Perasan dicalar
Berdarah Hati - Kisah sedih berulang kembali
Buruk Hati - Kelakuan, perangai atau perbuatan yang buruk.
Ada Hati - Ada keinginan untuk memilik akan sesuatu
Besar Hati - Gembira, sombong atau bongkak
Buah Hati  - Kekasih hati
Bulat Hati - Pendirian yang tetap keputusan muktamad
Putih Hati - Baik Hati dan Jujur
Hati-hati - Berwaspada
Terdetik dihati - Teringat akan sesuatu / ingin melakukan sesuatu
Busuk Hati - Perbuatan atau kelakuan tidak baik
Terasa hati - Sedih menyesal dan sebagainya.

Hajat hati nak peluk gunung apakah daya tangan tak sampai -
Maksud berhajatkan akan sesuatu tapi diluar kemampuan dan keupayaan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. -
Maksud sesuatu perkara walaupun kecik atau besar ianya sama-sama
dilakukan secara rata dan adil atau pengagihan yang sama banyak.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati.

Buah pinang masaknya merah
dalam peti atas perahu,
Luka di tangan nampak berdarah
luka di hati tak siapa yang tahu.


Fikir itu Pelita hati. Fikiran penyuluh kebenaran
Jaga hati hiasi peribadi elok hati baiklah pekerti.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

23 Apr 2017

INFO KELADI KEMAHANG CARA MEMASAK DAN PANTANG LARANGAN


KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur.

Tumbuhan ini banyak didapati di Pahang khususnya di laluan Benta-Jerantut iaitu di Kampung Kemahang, Benta. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan tersebut.

Bagi orang Pahang, jika sebut keladi kemahang, semua tahu dan tumbuhan ini begitu sinonim dengan masakan gulai masam tempoyak.

Cara mengambil dan memasak keladi kemahang ini banyak pantang larangnya antaranya :
  • Tidak boleh boleh bertindih bayang semasa mengambilnya.
  •  Perdunya dicabut terus daripada tempatnya.
  • Cara mengambilnya juga hanya satu haluan dan tidak boleh berpatah balik.
  • Elakan mengambil keladi kemahang yang berbunga sebab biasanya ia gatal.
  • Pilih yang muda sahaja.
  • Keladi kemahang tidak boleh digoreng.

Punca keladi ini gatal boleh dikatakan keladi yang tumbuh bukan dikawasan yang sesuai. Amat diyakini keladi kemahang yang tumbuh di Kampung kemahang, Benta dan sebelah Ulu Cheka, Jerantut tidak gatal. Namun punca ia gatal masih tidak diketahui hingga kini. Mungkin keladi kemahang tidak diperolehi dikawasan yang disyorkan dan teknik memasaknya juga memainkan perananya.

Petua untuk memasak keladi kemahang
Untuk mengelakkan daripada rasa gatal anda boleh meletakkan satu sudu kecil minyak masak atau beberapa ulas beras. Selain itu, nak kurangkan rasa gatal, petuanya adalah batang keladi kemahang direbus (celur) sekejap sahaja. Kemudian ditos airnya atau rendam dengan air bergaram sebelum dimasak.

Cara masak keladi ini sangatlah mudah selepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak lada dan kunyit, kacau sesekali saja. Biarkan meruap, lalu diletakan keladi kemahang tersebut.  Masa diatas dapur jangan kerap mengacau sekadar dibalik-balikkan keladi cara pelahan. Sebab boleh tukar menjadi gatal sekali gus menjejaskan rasa masakan tersebut selain keladi tersebut boleh menjadi hancur. Untuk rampaian gulai keladi kemahang ini agar lebih menarik dan sedap bolehlah anda meletakkan bunga kantan, terung pipit @ terung manggor , petai atau jering semai.  Selamat mencuba.

Post berkaitan : INFO KELADI KEMAHANG DAN RESEPI GULAI KELADI KEMAHANG

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<