Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

25 Mac 2017

MESEJ BERANTAI HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai ini bukan perkara baru namun sudah telah lama disebarkan dan terus disebarkan mungkin diatas kurang pengetahuan kita berkaitan tentang hukumnya lalu kita bagaikan taksub untuk menyebarkan kerana mungkin kita terpengaruh dengan kata-kata dari mesej tersebut tentang akibatnya. Namun perlu kita ketahui tentang hukum mesej berantai ini dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai & dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.......!!!!!!!

Sekadar perkongsian mohon viralkan biar semua orang tahu.......

* Sumber Daripada :
Bahagian Dakwah, JAKIM, Malaysia.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Mac 2017

VIEW : PEMANDANGAN BANDAR JERANTUT DARIPADA UDARA

Hari ini penulis sekadar ingin berkongsi view atau permandangan Bandar Jerantut daripada udara. Bandar Jerantut hari ini begitu pesat membangun dengan puluhan taman perumahan dan ribuan kedai yang telah dibangunkan di Bandar ini. Tidak mustahil jika anda jika sudah lama tidak berkunjung atau jarang-jarang berkunjung ke daerah Jerantut ini mungkin akan tersesat. Sumber Gambar : Kredit kepada En. Abdul Rahman, Jerantut Pahang.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Mac 2017

SERANGGA RIANG-RIANG RERIANG CICADAS

Serangga Riang, reriang, Cicadas atau cengkerik atau selalu kita sebut dikampung sebagai nama riang-riang atau reriang adalah sejenis serangga yang unik. Putaran hidupnya bermula dari sebiji telur, kemudian jatuh kebumi sebagai ulat , masuk kedalam tanah , keluar semula sebagai riang-riang, mengawan dan mati. Jangka hidup tidak lama sekadar beberpa bulan sahaja. Reriang ialah serangga dalam order Hemiptera, suborder Auchenorrhyncha, dalam superfamili Cicadoidea, dengan mata besar terbuka luas di kepala dan biasanya bersayap lutsinar dan mengeluarkan suara atau bunyi agak bising.

Terdapat kira-kira 2,500 spesies reriang di serata dunia, dan banyak lagi belum dikelaskan. Ada perlbagai warna paling popular berwarna hijau, hitam dan merah. Saiz juga ada kecil dan besar, Serangga ini boleh dikatakan adanya bermusim terutama bila musim panas. Serangga ini biasanya mengeluarkan bunyi yang bising terutama di waktu senja dan malam hari dan tidak aktif diwaktu saing hari.

Difahamkan kalau masyarakat di Sabah serangga ini dinamakan "Towir" mereka disana memakan serangga ini dengan cara mengoreng ranggup. Rasanya tidaklah diketahui mungkin enak agaknya. Mitos daripada serangga ini di zaman kanak-kanak orang tua-tua selalu juga mengaitkan serangga ini dengan hantu syaitan dan dilarang bermain dengannya. Moral agaknya sebab serangga ini keluar di waktu maghrib jadi bukanlah waktu yang sesuai untuk bermain.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

18 Mac 2017

PUISI SENANDUNG KAIN HITAM

Puisi senandung kain hitam
Sehelai kain hitam
segenggam beras
Dahulu banyak cerita
Ada percaya
ada berteka
penuh simbolik
dikebas dan dilibas
tidak sekadar nyamuk agas

hantu syaitan tidak terlepas
banyak yang kandas
tidak bebas dan disekat
disuruh pulang dan dipulang
tidak kurang ditunjuk jalan pulang
kini tinggal kisah...
yang hilang mentera
yang tinggal cerita
yang sakit sengsara...
Masa merubah segala
kalau masih ada mungkin
sudah tidak dipercaya.
Tinggallah cerita
tinggallah mentera.
Nukilan : akuanakpahang 18.03.2017

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Mac 2017

PAHANG CUTI PADA HARI JUMAAT?

Jumaat adalah penghulu segala hari. Allah SWT menjadikan pelbagai keistimewaan padanya. Disyariatkan himpunan mingguan umat Islam melalui Solat Jumaat.

Kerajaan Negeri Kelantan sejak pemerintahan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu. Beberapa negeri di Semenanjung menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Hanya Pahang Darul Makmur negeri pantai timur yang belum menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Johor Darul Takzim adalah negeri terkini menukar cuti hujung minggu dari Ahad ke Jumaat.

Apabila Jumaat dijadikan cuti mingguan. Maka banyaklah manfaat yang diperolehi, terutama orang Islam.

Muslimin tidak tergesa-gesa menunaikan solat Jumaat kerana tidak lagi terkejar-kejar untuk menyambung kerja. Ibadah dapat dilaksanakan dengan tenang.

Muslimat pula dapat menghadiri majlis-majlis ilmu. Di samping dapat bersama dengan ahli keluarga di hari yang penuh barakah itu.

Masyarakat juga dapat melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada hari tersebut.

Alangkah indahnya jika penduduk negeri Pahang dapat menghidupkan budaya ilmu dan ibadah di hari barakah ini seperti masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mudah-mudahan selepas PRU14 akan datang kerajaan baharu yang menerajui negeri Pahang akan merealisasikan impian ini.

Sumber : Penulis ialah Ketua Penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang

AAP - Semoga ada usaha kearahnya, amat menyokong perkara yang baik dan mendatangkan seribu kebaikkan untuk semua umat islam di Pahang. Semoga perkara ini dapat direalisasikan didalam waktu yang terdekat atau disuatu hari nanti insya Allah.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Mac 2017

INFO SYILING SULTAN BRUNEI SATU SEN 1304 HIJRAH 1887 MASEHI

Sedikit info yang dapat dikongsikan berkaitan dengan syiling atau matawang awal Brunei termasuk cengkerang cowrie. Brunei juga mengeluarkan duit syiling timah denominasi Pitis dalam AH1285 (AD1868). Ini diikuti oleh duit syiling satu sen dalam AH1304 (AD1887) Brunei juga terkenal dengan teapots gangsa, yang telah digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tukar barang di sepanjang pantai Borneo Utara. Ia juga merupakan duit syiling terakhir yang dikeluarkan sebelum pengenalan mata wang Straits Settlements adalah 'Duit Bintang', atau dikenali sebagai 'Bintang duit syiling. Ia dipanggil duit syiling Star kerana bintang yang dicetak di bahagian depan duit syiling. Ia telah dicetak di Birmingham, England, pada tahun 1887. Ia diperbuat daripada tembaga.

Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin adalah ke-26 Sultan Brunei. Beliau memerintah Brunei 1885-1906, dan beliau mengeluarkan ini duit syiling tembaga pertama bagi Brunei yang mengandungi Cent denominasi 1 dan tarikh Bahasa Arab 1304 AH (1887) syiling .Ini telah dicetak di pudina Ralph Heaton and Sons, Birmingham, England .. ini adalah satu perubahan besar dari syiling Brunei sebelum ini yang semuanya ditempa daripada timah. Reka bentuk duit syiling yang dipaparkan bintang pecah lima, menyebabkan syiling ini untuk menjadi lebih dikenali sebagai "Duit Bintang" diameter (Star Cash) .Ia adalah berukuran 29.00mm.

Info matawang ini :

Negara: Brunei
Tahun: 1304 Calendar: Islam (1887) Masehi
Nilai: 1 Cent (0.01)
Kandungan: Tembaga
Berat: 9.33 g
Diameter: 28.83 mm
Bentuk:
Demonetized: ya
Description: -
Bahagian depan: Lima menegaskan Bintang dalam jejari menunjuk bulatan, sekitar yang merupakan tulisan Jawi "Belanja Perentah Brunei Satu Sen sanat 1304" Lettering: 1354 Songsang: Angka '1' dalam bulatan kosong sekitar yang merupakan legenda: "Kesultanan Brunei 1304"
Edge: Plain
Mintage: 1,000,000 keping.

Edisi ke-21 The Standard Catalogue Of Malaysia-Singapura-Brunei Coin & Paper katalog Wang akan dijual pada Harga Jualan Disyorkan (RSP) daripada RM93.00. (US $ 29,00).
Catalogue Setiap Steven Tan dijual Dickson Niew Collection Shop akan ditandatangani oleh Encik Steven Tan (PNM) - Sumber Google

AAP -  Maaf syiling milik saya ini tidaklah secantik mana, namun cukup sekadar ada, untuk koleksi dan simpanan peribadi sahaja.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Mac 2017

INFO BUAH BIDARA EPAL LAICI MALAYSIA BUBIPALAIMA

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliophyta
Order: Rosales
Famili: Rhamnaceae
Spesies: Ziziphus mauritiana
Nama lain : Bubipalaima 
 


Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis. Isinya putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat.

Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari India untuk Afghanistan dan China , dan juga dari Malaysia dan ke Australia dan di beberapa kawasan Pasifik . Ia mampu membentuk semak tebal dan menjadi invasif di sesetengah kawasan, termasuk Fiji dan Australia dan telah menjadi rumpai yang serius alam sekitar di Australia Utara. Ia merupaan pokok yang cepat berkembang dengan jangka hayat yang sederhana, yang cepat tumbuh dan boleh mencapai sehingga 10-40 kaki (3 hingga 12 m) tinggi.

Pokok Bidara merupakan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang maju, penyesuaian diperlukan untuk keadaan kemarau. Spesis berlainan berbeza-beza secara meluas dari segi ketinggian, dari pokok renek lebat 1.5-2 m tinggi, hingga 10-12 m tinggi dengan diameter batang kira-kira 30 cm. Z. mungkin mauritiana mendirikan atau merebak luas, dengan anggun melabuh cawangan berduri, mabuk branchlets, berduri atau set dengan pendek, duri lurus atau ketagih tajam.

Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari India untuk Afghanistan dan China , dan juga dari Malaysia dan ke Australia dan di beberapa kawasan Pasifik . Ia mampu membentuk semak tebal dan menjadi invasif di sesetengah kawasan, termasuk Fiji dan Australia dan telah menjadi rumpai yang serius alam sekitar di Australia Utara. Ia merupaan pokok yang cepat berkembang dengan jangka hayat yang sederhana, yang cepat tumbuh dan boleh mencapai sehingga 10-40 kaki (3 hingga 12 m) tinggi.

Pokok Bidara merupakan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang maju, penyesuaian diperlukan untuk keadaan kemarau. Spesis berlainan berbeza-beza secara meluas dari segi ketinggian, dari pokok renek lebat 1.5-2 m tinggi, hingga 10-12 m tinggi dengan diameter batang kira-kira 30 cm. Z. mungkin mauritiana mendirikan atau merebak luas, dengan anggun melabuh cawangan berduri, mabuk branchlets, berduri atau set dengan pendek, duri lurus atau ketagih tajam. Sumber Google

AAP  - Hari ini ronda-ronda ke pekan sehari terjumpa buah ini nama disebut ialah buah Bidara epal liaci Malaysia. Rasanya ada rasa masam manis ada rasa buah epal bidara dan laici, apapun buah ini manis dan sedap. Bagi anda yang belum pernah mencubanya boleh mencuba. Harga pasaran semasa mencecah RM 18.00/ Kilogram. Agaknya sebab tiada nama khas bagi buah ini dalam sebuatan bahasa Melayu. Jadi elok juga kalau kita sebut untuk singkatan bagi nama buah ini iaitu BUBIPALAIMA ( Singkatan daripada Buah Bidara Epal dan laici Malaysia).

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Mac 2017

IBARAT TASIK MATI - TASIK CHINI PAHANG

Penduduk Orang Asli mendakwa ikan di dalam Tasik Chini kini tidak boleh dimakan akibat pencemaran.

Persekitaran kawasan Tasik Chini yang semakin terjejas akibat pelbagai kegiatan tidak terkawal di sekelilingnya, menimbulkan kebimbangan.

Berikutan kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan di situ hampir memusnahkan persekitarannya hingga tasik semula jadi itu tercemar.

Saiznya mula mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan di dasar tasik terus berlaku.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kebimbangan beliau itu merujuk kepada laporan akhbar tempatan berdasarkan kenyataan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris.

Menurutnya, dalam kenyataan itu, Dr Mushrifah mengesahkan kegiatan penerokaan menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain, terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan tasik berkenaan.

Katanya, masalah Tasik Chini sudah berlarutan selama hampir 10 tahun, keadaannya bertambah teruk dan kini diibaratkan seperti tasik yang mati.

“Berdasarkan maklumat yang saya peroleh daripada Orang Asli di sana, ikan-ikan sudah tak boleh dimakan.

“Pencemaran agak kronik tetapi setakat ini kerajaan negeri tidak prihatin dan tidak ambil peduli berkenaan Tasik Chini, justeru saya minta Kerajaan Pusat yang nampaknya menunjukkan sedikit kekhuatiran berbuat sesuatu agar pemulihan dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini mendakwa tiada lesen pembalakan dikeluarkan di kawasan itu.

“Saya mendapati ada bukti bergambar yang menunjukkan sebaliknya. Jika dakwaan Junaidi itu benar, hal ini bermakna pembalakan tersebut dilakukan secara haram.

“Semua ini berbalik kepada penguatkuasaan seperti mana dalam kes bauksit, isu penggondolan Cameron Highlands dan pencerobohan hutan simpan kekal di Pahang yang jelas kerajaan negeri lepas tangan dan membiarkannya terus berlaku.

“Saya merayu Kerajaan Persekutuan membantu kami warga Pahang memulihkan segera Tasik Chini bagi menjamin biodiversiti di dalam dan sekitarnya tidak terancam,” katanya.

Beliau juga memohon kementerian dan kerajaan negeri melakukan pemantauan berterusan kerana penerokaan hutan tidak terkawal khususnya di kawasan bukit akan memberikan impak yang tinggi kepada hakisan tanah. Sumber kredit : Sinar Pahang

AAP - Apalah nasib naga Tasik Chini :(

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<