Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Feb 2017

TASIK CHINI SEMAKIN NAZAK


Pekan: Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesungguhnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora fauna. Namun sejak 2009, persekitaran kawasan itu semakin terjejas akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di sekelilingnya.

Berikutan itu, tasik semula jadi kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya semakin mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan dasar tasik terus berlaku.

Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris berkata, kegiatan penerokaan itu juga menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan Tasik Chini.

Katanya, kajian bersama pakar dari universiti tempatan mendapati kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terkawal boleh memusnahkan biodiversiti tasik itu.

Sumber : Akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<