Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Mei 2017

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH PAHANG 2017 KEKAL RM7.00


KADAR zakat fitrah di Pahang tahun ini kekal RM7 iaitu berdasarkan harga beras ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar itu kekal untuk sembilan tahun berturut-turut sejak 2009.
Katanya, pada 2007 kadar zakat fitrah RM4.80 dan dinaikkan kepada RM7.30 pada 2008 sebelum turun kepada RM7 pada 2009 sehingga tahun ini.

"Bagi melancarkan urusan pembayaran zakat fitrah, seramai 896 amil ditauliahkan untuk melaksanakan kutipan zakat berkenaan di seluruh Pahang. "Berdasarkan rekod, jumlah kutipan zakat fitrah pada 2015 sebanyak RM5.9 juta yang membabitkan lebih 969,000 pembayar manakala RM6.013 juta kutipan membabitkan 981,894 pembayar tahun lalu.

Sementara itu, beliau berkata individu didapati mengutip zakat fitrah tanpa diberi kuasa oleh MUIP adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Sumber Harian Metro

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Mei 2017

INFO SYILING SATU SEN REBANA SIRI KEDUA

Satu Sen Rebana (Siri Kedua) telah mengantikan syiling 1 Sen Parlimen (Siri Pertama). Tahun keluaranya bermula pada 1989 sehingga 2007 dan telah tidak dikeluarkan lagi selepas tahun tersebut. Mekanisma Penggenapan 1 sen membuatkan syiling 1 sen ini terus tidak digunapakai didalam urusan transaksi tunai, kecuali urusan tidak membabitkan tunai. Mekanisma yang memerlukan jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2, 8, dan 9 sen digenapkan kepada puluh sen terdekat manakala 3, 4, 6, dan 7 sendigenapkan kepada 5 sen terdekat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.78 mm.
Berat: 1.74 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper Clad Steel.
The Edge: Plain.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

Tahun dikeluarkan:
1989 -28,429,082 pcs. (Key date)
1990 -102,539,178 pcs.
1991 -100,314,734 pcs.
1992 -122,824,434 pcs.
1993 -153,805,875 pcs.
1994 -185,084,682 pcs.
1995 -208,611,295 pcs.
1996 -183,272,598 pcs.
1997 -172,215,681 pcs.
1998 - 1,917,633,834 pcs.
1999 - 265,502,565 pcs.
2000 - 268,762,170 pcs.
2001 - 185,220,000 pcs.
2002 - 185,220,000 pcs.
2003 - 235,350,000 pcs.
2004 - 227,700,000 pcs.
2005 - 437,400,000 pcs.
2006 - 328,050,000 pcs.
2007 - 144,450,000 pcs. (akhir)

Selepas 2007 syiling ini sudah tidak dikeluarkan. Harga untuk jualan numismatik boleh dikatakan masih terikat pada nilai muka sahaja. Kecuali tahun 1989 (Key Date) ada permintaan sedikit mungkin kerana keluaranya agak sedikit berbanding tahun-tahun yang lainya. Coin mungkin ada harga sedikit jika masih dalam keadaan UNC bagi peminat dan penyimpan matawang.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA TINDIH SEWAKTU TIDUR

Ramai yang mengalami situasi rasa tertindih ketika tidur dan berasa sesak nafas untuk beberapa ketika. Caranya bila anda rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic, setkan dalam kepala anggap ini biasa-biasa aje. InsyaAllah disini ada beberapa tips untuk kita kongsikan bersama :

1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. Ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih.

1. Kibas tilam sebelum tidur.
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur.
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. Membaca ayat 3 Qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh.
5. Membaca ayat kursi sebelum tidur.
6. Istighfar.
7. Bismillah 21 kali.
8. Tidur berpusing disebelah kanan.

InsyaAllah ikhtiar.
Sumber Kredit Sepenuhnya :  www.islamituindah.info

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Mei 2017

HIMPUNAN BAIT-BAIT KATA KEHIDUPAN

" Hidup kalau mahu jadi batu, jangan jadi batu di jalan, dipijak orang diludah orang... maka jadilah batu permata, batu arkib, batu zamrud... disukai orang, dicari orang, dan dipujai orang."
 
"Bandingan kehidupan : Ada jala, tapi tidak pandai menggunakan jala. Tiada jala, tapi pandai menjala. Terbaik ada jala dan pandai menjala. Paling teruk tiada jala dan langsung tidak pandai menjala." Renung-renungkan.
"Hidup terkadang seumpama perahu : Berdayung begitu kuat bergeraknya sedikit sahaja. Terkadang berdayung ke kanan kiri jua haluannya. Malas berdayung alamat hanyutlah perahu. Jika dibiarkan... ke hilirlah perahu, pun begitu biarlah terlajak perahu daripada terlajak kata."

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Mei 2017

1 CENT STRAITS SETTLEMENTS KING EDWARD VII 1903 -1908

Straits Settlements King Edward VII 1 sen Bahagian depan Penerangan: Raja memakai mahkota Imperial dan Robe cerpelai Negara dengan kolar Perintah Yang Amat Mulia Bath EDWARD VII KING AND EMPEROR; singkatan DES bawah dada.

Penerangan: Di pusat dalam bulatan manik
STRAITS SETTLEMENTS ONE CENT

Spesifikasi teknikal:
Denominasi: 1 sen
Dikeluarkan oleh: Straits Settlements
Raja / Gabenor: King Edward VII
Mint: Calcutta Mint, India
Diameter: 29 mm
Ketebalan:
Berat: 9.33 g
Bentuk Syiling: Round
Kandungan: Gangsa
Syiling : Coin Edge : Milled

Tahun keluaran dan harga yang disyorkan seperti tertera dibawah :
Tahun Mintage Note V.Fine E.Fine Uncirculated Proof
1903 7,052,556 - 20 150 400 Rare
1904 6,647,444 - 20 150 400 Rare
1906 7,504,351 - 100 400 1500 -
19075,015,044-20150400-
1907 - Broken 0 date variety 20 150 400 -
1908 inc in 1907 - 15 80 210 Rare

Key Date untuk syiling ini adalah pada tahun 1906

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Apr 2017

LEMBAH KIOL LATA MERAUNG JERANTUT


Hari sempat ke Lata Meraung sekadar kunjung semula atau berjalan-jalan sahaja sambil menghirup udara segar dan sempat mengambil gambar sebagai perkongsian bersama. Taman Reriaksi Lembah Kiol Jerantut terletak kira-kira lebih kurang 10 km dari bandar Jerantut. Melalui Jalan Jerantut ke Benta. Masuk melalui persimpangan Sungai Lekok berhampiran persimpangan Pusat Serenti Jerantut kini dikenali Cure & Care. Ada papan tanda pandu arah disediakan. Selebihnya anda boleh sahaja klik pada tajuk post dibawah kerana merujuk pada Lata Meraung ini.

AAP - Syabas dan tahniah pada pihak Majlis Daerah Jerantut MDJ kerana dapat  menjaga dan menyelenggarakan Lata Meraung ini dengan begitu baik sekali.

Post berkaitan Lata Meraung ini anda boleh sahaja klik tajuk post dibawah ini :
*LOKASI LEMBAH KIOL LATA MERAUNG JERANTUT
*GAMBAR SEKITAR LATA MERAUNG, LEMBAH KIOL, JERANTUT

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Apr 2017

BICARA HATI TENTANG HATI SOAL HATI


Didalam perkara agama, peribahasa, pepatah dan bidalan begitu banyak sekali soal hati di terjemahkan dan diperkatakan. Baik hati baiklah segalanya buruk hati musnahlah segalanya. Baik hati indahlah pekerti buruk hati hilang jati diri dan rosaklah segala budi.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

4. Ada titik hitam dalam hati
Sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang maksudnya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.

Begitu banyak soal hati dan penyakit ini diperkatakan :

Patah Hati - Putus asa, putus cinta putus harapan
Sakit Hati - Mungkin dikhainati
Makan Hati - Susah Hati
Hati Mati - Hati tidak menerima kebaikan dan teguran
Hati Kering - Sanggup melakukan perkara yang bahaya
Keras Hati - Degil dan melawan
Hati Batu - Hati keras tidak menerima pandang orang
Buta Hati - Tiada keinginan
Hati Emas - Hati mulia
Hati Nyamuk - Hati kecil
Hati Tikus - Penakut
Luka Hati - Perasan dicalar
Berdarah Hati - Kisah sedih berulang kembali
Buruk Hati - Kelakuan, perangai atau perbuatan yang buruk.
Ada Hati - Ada keinginan untuk memilik akan sesuatu
Besar Hati - Gembira, sombong atau bongkak
Buah Hati  - Kekasih hati
Bulat Hati - Pendirian yang tetap keputusan muktamad
Putih Hati - Baik Hati dan Jujur
Hati-hati - Berwaspada
Terdetik dihati - Teringat akan sesuatu / ingin melakukan sesuatu
Busuk Hati - Perbuatan atau kelakuan tidak baik
Terasa hati - Sedih menyesal dan sebagainya.

Hajat hati nak peluk gunung apakah daya tangan tak sampai -
Maksud berhajatkan akan sesuatu tapi diluar kemampuan dan keupayaan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. -
Maksud sesuatu perkara walaupun kecik atau besar ianya sama-sama
dilakukan secara rata dan adil atau pengagihan yang sama banyak.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati.

Buah pinang masaknya merah
dalam peti atas perahu,
Luka di tangan nampak berdarah
luka di hati tak siapa yang tahu.


Fikir itu Pelita hati. Fikiran penyuluh kebenaran
Jaga hati hiasi peribadi elok hati baiklah pekerti.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

23 Apr 2017

INFO KELADI KEMAHANG CARA MEMASAK DAN PANTANG LARANGAN


KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur.

Tumbuhan ini banyak didapati di Pahang khususnya di laluan Benta-Jerantut iaitu di Kampung Kemahang, Benta. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan tersebut.

Bagi orang Pahang, jika sebut keladi kemahang, semua tahu dan tumbuhan ini begitu sinonim dengan masakan gulai masam tempoyak.

Cara mengambil dan memasak keladi kemahang ini banyak pantang larangnya antaranya :
  • Tidak boleh boleh bertindih bayang semasa mengambilnya.
  •  Perdunya dicabut terus daripada tempatnya.
  • Cara mengambilnya juga hanya satu haluan dan tidak boleh berpatah balik.
  • Elakan mengambil keladi kemahang yang berbunga sebab biasanya ia gatal.
  • Pilih yang muda sahaja.
  • Keladi kemahang tidak boleh digoreng.

Punca keladi ini gatal boleh dikatakan keladi yang tumbuh bukan dikawasan yang sesuai. Amat diyakini keladi kemahang yang tumbuh di Kampung kemahang, Benta dan sebelah Ulu Cheka, Jerantut tidak gatal. Namun punca ia gatal masih tidak diketahui hingga kini. Mungkin keladi kemahang tidak diperolehi dikawasan yang disyorkan dan teknik memasaknya juga memainkan perananya.

Petua untuk memasak keladi kemahang
Untuk mengelakkan daripada rasa gatal anda boleh meletakkan satu sudu kecil minyak masak atau beberapa ulas beras. Selain itu, nak kurangkan rasa gatal, petuanya adalah batang keladi kemahang direbus (celur) sekejap sahaja. Kemudian ditos airnya atau rendam dengan air bergaram sebelum dimasak.

Cara masak keladi ini sangatlah mudah selepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak lada dan kunyit, kacau sesekali saja. Biarkan meruap, lalu diletakan keladi kemahang tersebut.  Masa diatas dapur jangan kerap mengacau sekadar dibalik-balikkan keladi cara pelahan. Sebab boleh tukar menjadi gatal sekali gus menjejaskan rasa masakan tersebut selain keladi tersebut boleh menjadi hancur. Untuk rampaian gulai keladi kemahang ini agar lebih menarik dan sedap bolehlah anda meletakkan bunga kantan, terung pipit @ terung manggor , petai atau jering semai.  Selamat mencuba.

Post berkaitan : INFO KELADI KEMAHANG DAN RESEPI GULAI KELADI KEMAHANG

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Mac 2017

MESEJ BERANTAI HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai ini bukan perkara baru namun sudah telah lama disebarkan dan terus disebarkan mungkin diatas kurang pengetahuan kita berkaitan tentang hukumnya lalu kita bagaikan taksub untuk menyebarkan kerana mungkin kita terpengaruh dengan kata-kata dari mesej tersebut tentang akibatnya. Namun perlu kita ketahui tentang hukum mesej berantai ini dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai & dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.......!!!!!!!

Sekadar perkongsian mohon viralkan biar semua orang tahu.......

* Sumber Daripada :
Bahagian Dakwah, JAKIM, Malaysia.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Mac 2017

VIEW : PEMANDANGAN BANDAR JERANTUT DARIPADA UDARA

Hari ini penulis sekadar ingin berkongsi view atau permandangan Bandar Jerantut daripada udara. Bandar Jerantut hari ini begitu pesat membangun dengan puluhan taman perumahan dan ribuan kedai yang telah dibangunkan di Bandar ini. Tidak mustahil jika anda jika sudah lama tidak berkunjung atau jarang-jarang berkunjung ke daerah Jerantut ini mungkin akan tersesat. Sumber Gambar : Kredit kepada En. Abdul Rahman, Jerantut Pahang.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Mac 2017

SERANGGA RIANG-RIANG RERIANG CICADAS

Serangga Riang, reriang, Cicadas atau cengkerik atau selalu kita sebut dikampung sebagai nama riang-riang atau reriang adalah sejenis serangga yang unik. Putaran hidupnya bermula dari sebiji telur, kemudian jatuh kebumi sebagai ulat , masuk kedalam tanah , keluar semula sebagai riang-riang, mengawan dan mati. Jangka hidup tidak lama sekadar beberpa bulan sahaja. Reriang ialah serangga dalam order Hemiptera, suborder Auchenorrhyncha, dalam superfamili Cicadoidea, dengan mata besar terbuka luas di kepala dan biasanya bersayap lutsinar dan mengeluarkan suara atau bunyi agak bising.

Terdapat kira-kira 2,500 spesies reriang di serata dunia, dan banyak lagi belum dikelaskan. Ada perlbagai warna paling popular berwarna hijau, hitam dan merah. Saiz juga ada kecil dan besar, Serangga ini boleh dikatakan adanya bermusim terutama bila musim panas. Serangga ini biasanya mengeluarkan bunyi yang bising terutama di waktu senja dan malam hari dan tidak aktif diwaktu saing hari.

Difahamkan kalau masyarakat di Sabah serangga ini dinamakan "Towir" mereka disana memakan serangga ini dengan cara mengoreng ranggup. Rasanya tidaklah diketahui mungkin enak agaknya. Mitos daripada serangga ini di zaman kanak-kanak orang tua-tua selalu juga mengaitkan serangga ini dengan hantu syaitan dan dilarang bermain dengannya. Moral agaknya sebab serangga ini keluar di waktu maghrib jadi bukanlah waktu yang sesuai untuk bermain.

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

18 Mac 2017

PUISI SENANDUNG KAIN HITAM

Puisi senandung kain hitam
Sehelai kain hitam
segenggam beras
Dahulu banyak cerita
Ada percaya
ada berteka
penuh simbolik
dikebas dan dilibas
tidak sekadar nyamuk agas

hantu syaitan tidak terlepas
banyak yang kandas
tidak bebas dan disekat
disuruh pulang dan dipulang
tidak kurang ditunjuk jalan pulang
kini tinggal kisah...
yang hilang mentera
yang tinggal cerita
yang sakit sengsara...
Masa merubah segala
kalau masih ada mungkin
sudah tidak dipercaya.
Tinggallah cerita
tinggallah mentera.
Nukilan : akuanakpahang 18.03.2017

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<