Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

13 Nov 2016

BATU 0 KUALA LIPIS PAHANG

Jalan-jalan ke Kuala Lipis tidak sah kalau tak singgah ke Batu 0 ini. Salah satu keunikan tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lipis ialah batu bertanda ‘0’ lokasinya berdekatan Pejabat Pos Kuala Lipis. Batu ini sebagai penanda arah perbatuan menandakan permulaan sukatan jarak daripada Kuala Lipis  ke lain destinasi dan daerah di Negeri Pahang dimana jarak permulaan kosong bermula dari Kuala Lipis sebagai Ibu Negeri Pahang suatu waktu dahulu.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

RUMAH KEDIAMAN BEKAS SUK KUALA LIPIS PAHANG (1920)

Rumah ini dibina pada tahun 1920 di Bukit Bius, Kuala Lipis dan dijadikan kediaman rasmi Setiausaha Negeri Pahang ketika itu.Di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang pernah mendiami rumah ini ialah Dato’ Setia Raja Abu Samah Bin Ali (1948-1952) dan Tun Abdul Razak Bin Hussein (1952-1955).
Rumah ini terlatak bersebelahan dengan kediaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu yang dikenali sebagai Istana Hinggap sekarang. Bukit Bius ketika itu menjadi tempat kediaman utama para Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri.Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 1995, rumah ini didiami oleh Pegawai Kanan Kerajaan Daerah Lipis dan Pegawai Pertanian Daerah Lipis dan pegawai Pertanian Daerah Lipis merupakan orang terakhir yang mendiami rumah ini.
Rumah ini merupakan tempat kelahiran tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Kelahiran beliau dirumah ini pada tahun 1953 telah disambut oleh bidan dari Hospital Kuala Lipis yang bernama Puan Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Da.Rumah ini dibina bercirikan seni bina gabungan Eropah dan Melayu dengan tingkap yang banyak dan hanya mempunyai dua buah bilik tidur yang luas. Ruang keluarga terletak di bahagian anjung, manakala ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik tidur tetamu terletak di tingkat bawah.
Kini rumah tersebut telah dijadikan Muzium Warisan Kuala Lipis Pahang menempatkan pelbagai koleksi sejarah Kuala Lipis, alatan, tokoh tersohor serta perkembangan sejarah Kuala Lipis Pahang. Gambar : akuanakpahang.blogspot.com. Sumber artikel  : Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Pahang Darul Makmur.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

2 Nov 2016

JAMBATAN BAHARU MERENTASI SUNGAI KUANTAN DIJANGKA SIAP 2019

KUANTAN : Jambatan kedua menghubungkan bandar ini dengan Tanjung Lumpur dengan kos kira-kira RM181 juta dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Projek pembinaan jambatan baharu itu bermula daripada persimpangan Jalan Pintas Bukit Setongkol dan Jalan Tanah Putih, di sini melalui Jalan Sri Kemunting 2 seterusnya merentasi Sungai Kuantan dan berakhir di Jalan Tanjung Lumpur. Jambatan baharu sepanjang 451 meter itu sekali gus dapat melancarkan aliran trafik di bandar ini sekali gus menjadi laluan alternatif kepada ribuan penduduk sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra ke pusat bandar.

Majlis pecah tanah projek itu dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Naib Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda. Sumber : Berita Harian

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<