Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Ogo 2016

MAKAN JANGAN SEBARANG MAKAN

Cari makan memang payah :(
Makan free paling mudah akan tetapi dikutuk orang.
Makan angin bakal poket kosong perut naik kembung
Makan tidur jangan diamal kalau amal tak cukup.
Makan dalam sakitlah hati
Makan kawan usah dibuat kawan
Makan suap kelak membawa padah
Makan hati rosaklah diri akan menyesal nanti.
Makan bersabitkan tak mampu orang menanggung
Makan bubur panas-panas binasalah mulut gelojoh.
Makan di luar berak di dalam tak padai bersyukur.
Makan hati, berulam jantung carilah benda lain.
Makan keringat orang buruk hati
Makan masak mentah berambilah sikit.
Makan nasi kawah sampai bila nak jadi hamba?
Makan nasi kangkang nasib badan bawaklah berubat.
Makan nasi minyak bila-bila pun boleh jemput :)
Makan upas berulam racun bila masa nak senang?
Kais pagi, makan pagi beriktiarlah.
Makan untung siapa tak nak
Makan modal siapa mahu :)
Makan pasir jangan dibuat
Makan tanah kalau ilmu tak cukup usah dicabar.
Makan dedak sampai bila nak jadi haiwan?
Makan haram paling haram jadah.

** Moralnya nak makan jangan sebarang makan :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Ogo 2016

SUNGAI CHEKA JERANTUT DISYAKI DICEMARI SISA KILANG SAWIT.

SUNGAI CHEKA TERUS DICEMARI SISA KILANG SAWIT DI DAMAK - Semakin ditegur semakin menjadi. Inilah yg realiti pencemaran dan kemusnahan alam di Pahang. Siang tadi, sebuah kilang sawit di Damak melepaskan lagi sisa kotorannya ke Sg Cheka yg mengalir ke Sg Jelai dan seterusnya ke Sg Pahang.  Walaupun sudah dilaporkan berulang kali kpd pihak berwajib, tiada tindakan tegas diambil terhadap kilang berkenaan... seolah-olah ada "wang perlindungan" sudah dibayar kpd tangan-tangan ghaib.
PENCEMARAN KILANG SAWIT... gambar ini dihantar oleh penduduk tempatan mengenai air kumbahan sisa sebuah kilang sawit di Jerantut, Pahang yg dilepaskan terus ke Sungai Cheka yg kemudian mengalir ke Sungai Jelai dan seterusnya ke Sungai Pahang. Menurut penduduk, laporan sudah dibuat kpd Jabatan Alam Sekitar sejak beberapa bulan lalu tetapi tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan. Beginilah nasib sungai-sungai di Pahang... Hutan Tadahan Air Semulajadi di ulu sungai ditebang dan digondolkan oleh tangan-tangan rakus dan tamak manakala pencemaran demi pencemaran di hilirnya pula terus dibiarkan! - Sumber : FB Peka Pahang

** Sekiranya dakwaan ini benar semoga ada tindakan sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Ogo 2016

MAKNA PERKATAAN BERGAMBAR DALAM LOGHAT PAHANG

 Cagert membawa maksud dipatuk atau digigit ular.
 Suatu keadaan yang berbau busuk 
Juga disebut terkerji, terkernying atau tersengeh
Berlejeh atau berlenja
Suatu keadaan ketakutan, gelabah sesak dan sebagainya.
Waku Senja
Berlonggok-longgok

Post ini sekadar perkongsian makna perkataan bergambar dalam loghat Pahang agar anda lebih jelas akan maksudnya didalam gambar dan keadaanya. Insya allah gambar akan dimuat naik dari masa kesemasa jika penulis berkelapangan nanti  :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Ogo 2016

PETUA TERCEKIK TULANG ATAU TERLEKAT TULANG IKAN

Entri ini sekadar berkongsi pengetahuan dan petua orang tua-tua dahulu kalau kita terlekat tulang ikan atau tercekik tulang ikan dan seumpamanya. Sememang menyusahkan dan menyakitkan.  Ada beberapa teknik atau cara mudah untuk kita melepaskan rasa sakit terlekat tulang atau tersangkut tulang pada tekak ini. Dibawah ini disenaraikan beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan antaranya :

  • Cara pertama makan pisang -  makan pisang kalau boleh tak perlu dikunyah gigit lebih kurang 1 inci atau lebih jika tidak mampu ditelan terus kunyahlah sedikit terus ditelan insya allah tulang akan terlepas bersama pisang tersebut.
  • Cara kedua - membuat gumpalan nasi sebesar ibu jari atau lebih, terus ditelan insya allah tulang tersebut juga akan terlepas.
  • Cara ketiga  - jika kita orang islam boleh meminum air  daripada dalam senduk dan membaca alfatihah dan berselawat 3 kali terus diminum. 
Insya allah dengan izin Allah tulang tersebut boleh terlepas dan anda akan berasa selesa semula. Sekiranya anda diluar sana ada cara lain yang boleh dikongsikan yang boleh memberi manfaat untuk bersama. Sila kongsikan diruangan komen terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Ogo 2016

SENARAI HARGA TERKINI SYILING 50 SEN PARLIMEN DAN BUNGA RAYA

Mungkin ada yang tertanya berapa harga untuk pasaran semasa bagi syiling 50 sen Parlimen dan Bunga Raya. Diatas penilaian semasa juga merujuk pada ekonomi semasa dan kuasa membeli daripada peminat dan pengumpul syiling harga pada 2016. Harga syiling berkenaan agak jatuh dan jauh merundum pada harga sebelumnya. Dibawah ini adalah senarai harga terkini sehingga 2016 sahaja.

50 Sen Parlimen dan Bunga Raya (VF condition )
1967 (SE) = RM3.5/PCS
1968 (SE) = RM3.5/PCS
1969 = RM 25/PCS
1971 = RM2.5 /PCS
1973 = RM1 /PCS
1977 = RM2/ PCS
1978 = RM2 /PCS
1979 = RM3 /PCS
1980 = RM2 /PCS
1981 = RM1.5 /PCS
1982 = RM1.5 /PCS
1983 = RM2 /PCS
1984 = RM2.5/ PCS
1985 = RM3/PCS
1986 = RM3 /PCS
1987 = RM3 /PCS
1988 = RM1.5 /PCS
1989 = RM3.5/PCS
1990 = RM1.5 /PCS
1991 = RM1.5/PCS
1992 = RM1.5/PCS
1993 = RM2.5 /PCS
1994 = RM3.5/PCS
1995 = RM 10.00
1996 = RM3 /PCS
1997=RM1.5/PCS
1998=RM1.5/PCS
1999=RM1.5/PCS
2000 - 2016 = FV - MASIH TERIKAT DENGAN NILAI MUKA SAHAJA

** Catatan : Harga diatas sekadar rujukan dan persetujuan antara pembeli. Harga VF CONDITION sahaja tidak termasuk yang lain. Sebelum ini bagi syiling diatas harganya jauh lebih tinggi. Senarai harga ini berdasarkan harga bidaan semasa yang pernah ditawarkan dan persetujuan antara pembeli. Catatan ini hanya pandangan penulis sahaja bagi harga semasa 2016. Jika terdapat perbezaan pendapat dan pandangan tuan-tuan boleh kongsikan diruangan komen dibawah. Jika ada yang berminat untuk membeli boleh berurusan dengan Pengarang melalui facebook. Selagi stock masih ada terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Ogo 2016

RUMAH PAPAN KAYU SENIBINA MELAYU

Sebenarnya penulis mendapat gambar rumah ini daripada halaman facebook milik siapa rumah dan gambar ini tidaklah diketahui. Namun senibina rumah ini amat menarik perhatian penuh dengan keunikan tersendiri. Pasti selesa jika kita dapat mendiami rumah seperti ini penuh keselesaan dan keseniannya. Tangga dan bumbungnya juga amat cantik sekali, branda dan anjung rumah ini amat selesa untuk bersantai-santai sambil menenguk secawan kopi sambil bersila. Mungkin anda diluar sana jika berkemampuan dan tercari-cari  rekabentuk dan senibina rumah papan yang unik dan menarik mungkin reka bentuk rumah ini boleh dipertimbangakan. Kelebihan rumah ini papan tidak panas diwaktu malam dan amat sejuk di waktu pagi. Untuk catatan seterusnya boleh anda tinggalkan diruangan komen dibawah terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

9 Ogo 2016

INFO DAN KHASIAT POKOK BEMBAN

Nama Tempatan : Bemban
Nama Saintifik: Donax Grandis
Nama Lain: common donax, lamah(kadazan dusun)
Famili: Marantaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar di kawasan lembah dan kampung
Asal: Tumbuhan tempatan

Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak pokok yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.


Khasiat Pokok bemban dalam perubatan tradisional

1. Menyembuh bisul – Ambil daun bemban di layur dengan lilin dan seterusnya ditekap pada bisul tersebut proses perlu diulang sehingga bisul surut dan hilang.

2. Ubat Mata – Ambil beberapa helai daun bemban muda diramas didalam air dan dititiskan pada mata. Untuk mata merah dan sakit mata.

3. Untuk menghilang bengkak – Dikasar atau digiling seterusnya disapu pada bahagian yang bengkak.

4. Penawar gigitan binatang berbisa – Patahkan batang bemban hingga mengluarkan air dan disapu ditempat gigitan tersebut.



Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

6 Ogo 2016

CARA MEMBUAT TEMPOYAK PAHANG

Post ini sekadar nak berkongsi cara-cara membuat tempoyak yang mudah dan simple sahaja. Kalau orang Pahang menyebut "tempoyok" cara membuat tempoyak ini ada bermacam-macam cara boleh dikatakan setiap negeri ada cara tersendiri untuk membuat tempoyak ini.

Disini penulis sekadar berkongsi cara membuat tempoyak cara orang Pahang. Penyediaan untuk membuat tempoyak ini sangatlah mudah tapi untuk menghasilkan tempoyak yang baik dan tahan lebih lama amat perlu pada buah durian yang terbaik dan berkualiti. Durian kampung adalah yang terbaik jika anda ingin membuat tempoyak. Sementara durian kahwin tidak sesuai sama sekali berkemungkinan kerana isi durian kahwin banyak air, tempoyak cepat busuk dan tidak bertahan lama

Pertama untuk membuat tempoyak cari atau pilih durian kampung yang berkualiti tidak buruk, merekah, buruk dan sebagainya. Walalupun kita boleh sahaja membuat tempoyak daripada durian seumpama itu tapi kurang berkualiti.

Kedua selepas isi durian di keluarkan atau di asingkan daripada bijinya campurkan garam secukup rasa dan di gaul @ lecik bagi halus sedikit. Garam lebih sedikit tidak mengapa untuk tempoyak tahan lebih lama. Garam ada yang menggunakan garam kasar atau halus terpulang pada anda penting mesti berasa garamnya.

Ketiga biarkan semalaman bagi agar tempoyak tersebut mengambang jika ada lebihan daripada air durian tersebut sebaiknya dibuang dahulu, kemudiaan boleh disimpan didalam bekas atau balang yang sesuai dan disimpan didalam freezer untuk bertahanan lebih lama. Tempoyak jika disimpan dalam freezer boleh bertahan sehingga 2-3 tahun atau boleh bertemu kembali dengan musim durian semula.

Catatan : Kebiasaanya tempoyak Pahang tidak dicampurkan adukkan dengan sebarang perkara yang lain lada, pisang dan sebagainya hanya durian dan garam sahaja. Bagi menjamin keasilian rasa tempoyak tersebut. Selamat mencuba. :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!