Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

25 Feb 2016

BUNGA RAFFLESIA @ PAKMA TUMBUH DI ULU CHEKA JERANTUT

Pengunjung mengambil peluang melihat dengan lebih dekat bunga pakma yang menjadi daya tarikan baharu agropelancongan Kampung Ulu Cheka.

ULU CHEKA - Rafflesia atau bunga pakma kini menjadi daya tarikan baharu agropelancongan di Kampung Ulu Cheka. Timbalan Pengerusi Pelancongan Kampung Ulu Cheka, Saiful Alias, 32, berkata, spesies bunga terbesar di dunia itu kini boleh dijumpai di beberapa tempat di kawasan hutan berhampiran kaki Gunung Benum.

Menurutnya, peminat bunga itu tidak perlu lagi pergi ke Sabah atau Sarawak untuk melihatnya kerana bunga itu kini boleh ditemui di kampung itu. ”Bunga pakma jenis rafflesia cantleyi ini hidup subur dan mekar tanpa sebarang gangguan dan lebar kelopaknya boleh membesar sehingga 0.3 meter (satu kaki).

“Walaupun rafflesia di sini tidak sebesar seperti di Sabah dan Sarawak, namun bagi yang tidak pernah melihat bunga ini secara lebih dekat, mereka boleh datang ke sini,” katanya.

Saiful berkata, bunga itu hidup di kawasan berhampiran air dan bersuhu sejuk. “Ia tumbuh di kawasan tengah hutan. Jadi, untuk melihatnya, orang ramai perlu berjalan kaki dengan masa perjalanan antara satu atau dua jam,” katanya.

Dia berkata, bunga terbabit kini sedang berkembang dan tempoh kembangnya sehingga seminggu. “Memandangkan ia hanya akan kembang dalam tempoh seminggu, kami akan mengehadkan bilangan kemasukan pengunjung yang ingin melihat bunga terbabit.

“Langkah ini bertujuan mengelak tumbesaran anak-anak pokok bunga yang lain terganggu atau terbantut supaya keunikan bunga ini dapat dinikmati pengunjung lain,” katanya.

Menurutnya, bagi pengunjung yang ingin melihat bunga berkenaan, pihak Agropelancongan Ulu Cheka menyediakan pakej pelancongan yang mana pemandu arah terlatih akan membawa mereka ke kawasan bunga terbabit tumbuh.

“Pakej itu didatangkan sekali dengan pakej percutian semula jadi yang mana kami juga menyediakan pakej inap desa, kunjungan ke Air Terjun Berembun dan mendaki Gunung Benum,” katanya. Sumber : Sinar Harian Pahang

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...