Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Feb 2016

BUNGA RAFFLESIA @ PAKMA TUMBUH DI ULU CHEKA JERANTUT

Pengunjung mengambil peluang melihat dengan lebih dekat bunga pakma yang menjadi daya tarikan baharu agropelancongan Kampung Ulu Cheka.

ULU CHEKA - Rafflesia atau bunga pakma kini menjadi daya tarikan baharu agropelancongan di Kampung Ulu Cheka. Timbalan Pengerusi Pelancongan Kampung Ulu Cheka, Saiful Alias, 32, berkata, spesies bunga terbesar di dunia itu kini boleh dijumpai di beberapa tempat di kawasan hutan berhampiran kaki Gunung Benum.

Menurutnya, peminat bunga itu tidak perlu lagi pergi ke Sabah atau Sarawak untuk melihatnya kerana bunga itu kini boleh ditemui di kampung itu. ”Bunga pakma jenis rafflesia cantleyi ini hidup subur dan mekar tanpa sebarang gangguan dan lebar kelopaknya boleh membesar sehingga 0.3 meter (satu kaki).

“Walaupun rafflesia di sini tidak sebesar seperti di Sabah dan Sarawak, namun bagi yang tidak pernah melihat bunga ini secara lebih dekat, mereka boleh datang ke sini,” katanya.

Saiful berkata, bunga itu hidup di kawasan berhampiran air dan bersuhu sejuk. “Ia tumbuh di kawasan tengah hutan. Jadi, untuk melihatnya, orang ramai perlu berjalan kaki dengan masa perjalanan antara satu atau dua jam,” katanya.

Dia berkata, bunga terbabit kini sedang berkembang dan tempoh kembangnya sehingga seminggu. “Memandangkan ia hanya akan kembang dalam tempoh seminggu, kami akan mengehadkan bilangan kemasukan pengunjung yang ingin melihat bunga terbabit.

“Langkah ini bertujuan mengelak tumbesaran anak-anak pokok bunga yang lain terganggu atau terbantut supaya keunikan bunga ini dapat dinikmati pengunjung lain,” katanya.

Menurutnya, bagi pengunjung yang ingin melihat bunga berkenaan, pihak Agropelancongan Ulu Cheka menyediakan pakej pelancongan yang mana pemandu arah terlatih akan membawa mereka ke kawasan bunga terbabit tumbuh.

“Pakej itu didatangkan sekali dengan pakej percutian semula jadi yang mana kami juga menyediakan pakej inap desa, kunjungan ke Air Terjun Berembun dan mendaki Gunung Benum,” katanya. Sumber : Sinar Harian Pahang

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

22 Feb 2016

AWAK YANG PAYAH MEMBELAH RUYUNG

Penulis tertarik juga ingin berkongsi pepatah melayu ini yang seakan sama tapi berlainan pengertiannya “Jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya” dan “Awak yang payah membelah ruyung orang lain yang bertandang beroleh untung”

Maksud dari peribahasa "awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagu @ untungnya adalah orang lain yang berusaha, maka orang lain pula yang merasakan manfaatnya. Peribahasa Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya dapat anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan sebagai suatu perumpamaan yang mempunyai maksud orang lain yang susah payah berusaha, maka orang lain pula yang merasakan atau beroleh kesenangan dan manfaatnya.

Pepatah “ Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan sewajarnya kita mempunyai perkara seperti berikut :
  • Mempunyai kemahuan yang kuat mahu mencapai kejayaan.
  • Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa usaha yang hebat akan menghasilkan kejayaan
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaaan yang sama
  •  Mempunyai kaedah dan cara tersediri yang hebat bagi menjamin sebuah kejayaan.
Pengertian ruyung sebenarnya adalah kulit batang sagu. Isinya adalah serat-serat (parenkima dan skalerenkima) yang telah menebal (lignified) Seperti juga kulit batang kelapa, pinang, pokok nibung atau kelapa sawit. Secara umum, ketebalan ruyung kulit ruyung lebih kurang pada  1-1,5 inci. Untuk mendapatkan sagunya, dalam keadaan basah disebut sebagai lemantak atau rippo, ruyungnya  Pokok dan kilutnya terlebih dahulu perlu dibelah atau kupas.

Benarlah pepatah tetap sebagai pepatah yang ada maksud tersirat. Moralnya jika kita bersungguh-sungguh dan berusaha pasti kita akan beroleh kejayaan, apapun segala usaha kita akan menjadi sia-sia seandainya "Awak yang payah membelah ruyung orang bertandang yang beroleh untung”

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Feb 2016

MONUMEN SEJARAH KEZALIMAN TENTERA JEPUN DI TEMERLOH

Pasti ramai warga Temerloh atau Mentakab yang tidak mengetahui atau terlepas pandang akan kewujudan monumen bersejarah ini. Monumen ini letaknya di Padang Bola Majlis Perbandaran Temerloh di bandar Mentakab (berdekatan Giat Mara).

Monumen ini telah dibina pada 12 September 1946 bagi memperingati mangsa-mangsa kezaliman tentera fasis Jepun di Temerloh dan Mentakab, khususnya pembunuhan dan penyeksaan kejam tentera fasis Jepun kepada kaum cina pada zaman Perang Dunia Kedua (1941-1945) dahulu.

Terdapat 4 bahasa utama yang diukirkan bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah gugur oleh kezaliman fasis Jepun di monumen ini, iaitu bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Jawi (melayu).

Ukiran jawi di monumen bersejarah ini bertulis "Peringatan bagi mereka-mereka yang yang telah hilang jiwanya oleh kezaliman musuh. 12 September tahun 1946." dan ukiran bahasa Cina pula mempunyai lambang kebangsaan cina.

Sehingga hari ini, monumen bersejarah ini masih boleh dilihat di Padang Bola Majlis Perbandaran Temerloh di bandar Mentakab. Sumber dan gambar kredit sepenuhnya : FB Angkatan Bahaman  

BLOG : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Feb 2016

ALATAN : PENUNGGUL MENAMBAT HAIWAN TERNAKAN

Penunggul adalah sejenis alatan untuk menambat atau mengikat haiwan ternakan seperti lembu, kerbau atau kambing, ianya selalu digunapakai oleh orang-orang melayu di kampung-kampung dahulu, untuk menambat ternakan mereka disesuatu tempat. Supaya ternakan tersebut tidak melarat dan merayau ke tempat lain. Penulis sekadar berkongsi gambar penunggul ini untuk diketahui oleh generasi hari ini, agar mereka mengenali dan mengetahui serta tahu apakah kegunaan alatan penunggul ini. Gambar kredit kepada sahabat FB Mohd Ghapar.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

9 Feb 2016

INFO LANGAU DAN GARAM

Langau Hijau (bahasa Inggeris: Green bottle fly atau greenbottle fly) merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Langau hijau bersaiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau berkilat. Langau hijau biasanya berbunyi berdengung-dengung.

Langau makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Langau merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam' Sumber : Wikipedia

GARAM DAN LANGAU
Pesan orang tua " Jadilah garam yang boleh mengawit ikan supaya ikan tidak busuk . Ikan yang sudah diawit boleh disimpan lama dan boleh dimakan kemudiannya ".

Pesan orang tua lagi " Kalau tidak berupaya jadi garam , jangan pula jadi langau . Apabila langau menghurung ikan , ikan akan busuk dengan cepat dan tidak boleh disimpan lama ".

Kita akan menghadapi masalah kalau langau lebih banyak daripada garam . Setelah ikan menjadi busuk dan tidak boleh dimakan , langau mencari ikan lain pula untuk mengulangi habit kehidupannya .

Sebagai manusia yang berakal , kita patut hapuskan langau itu . Sembur sajalah langau itu dengan racun serangga . Kalau tidak dapat sembur dengan racun serangga , ikan itu patut disimpan di dalam peti sejuk . Langau sepatutnya tidak diberi peluang menghurung ikan supaya ikan tidak cepat busuk . - YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Petua nak halau langau
Dapatkan secekak daun sup campur sekali daun bawang atau daun kari. Kemudian letak dalam bekas yang berisi air. Letak dimana mana lalat atau langau tersebut berkeliaran. Kebenarannya lalat atau langau tidak suka dengan aroma daun-daun tersebut .

Jangka hayat langau
  •  Jangka hayat seekor lalat adalah sekitar 8 ke 10 hari.
  • Ia bermula dari peringkat telur bersaiz 1mm yang kekal selama 10 ke 12 jam
  • Kemudiannya bertukar menjadi larvae dari saiz 1mm kepada 12mm selama 4 ke 5 hari. Dalam bentuk ini mereka lebih suka keadaan yang lebih panas dan lembab serta gelap.
  • Dari larva ia akan bertukar menjadi kepompong dan bertukar menjadi kehitaman dalam masa 24 jam. Kepompong sedikit demi sedikit menjadi keras dan kekal dalam keadaan tersebut selama 4 ke 5 hari.
  • Apabila tiba masanya lalat akan muncul keluar dari kepompong tersebut setelah menebuk lubang dari kulit keras itu. Lalat yang keluar berwarna perang pucat, lembut dan tidak bersayap. Sayap akan muncul keluar dan kulitnya mengeras dan warnanya bertukar dalam masa ia berehat selepas keluar dari kepompong selama 2 ke 24 jam. Selepas keluar sayapnya lalat mula aktif mencari makan.
  • Selepas daropada itu bagi lalat jantan ia mula aktif bersenyawa selepas 24 jam manakala lalat betina selepas 30 jam.
  • Dalam tempoh 2 ke 3 hari lalat betina mula mengeluarkan telur dalam jumlah sekitar 100 ke 150 biji. lalat mampu hidup selama seminggu dan dalam tempoh tersebut ia bertelur sebanyak 2 ke 3 kali.
Kenapa Allah mencipta langau? Sekuarang-kuarang kita tahu kenapa langau dicipta supaya kita manusia tidak malas dan membiarkan persekitaran kita kotor dan menjadi tempat pembiakan langau tersebut.

Akhir kata : " Sekiranya tidak berupaya menjadi garam , jangan pula kita menjadi langau . Apabila langau menghurungi ikan , ikan akan busuk dan buruk dengan cepat dan tidak boleh disimpan lama ". Sumber - Artikel di sunting daripada pelbagai sumber.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

8 Feb 2016

GUNUNG IRONG ULU TEMBELING PAHANG

Sebenarnya penulis ingin berkongsi maklumat tentang perkataan IRONG yang telah diabadikan namanya sebagai papan tanda di laluan Stesen Bas Baru Bandar Jerantut. Ramai juga yang bertanya akan maksud Irong ini. Didalam carian sememang tidak terdapat apa maksud irong. Jadi maksud Irong ini sukarlah dijelaskan.
Difahamkan nama Irong ini adalah nama sebuah gunung yang terdapat di Ulu Tembeling Pahang. Gunung Irong merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Irong mempunyai ketinggian setinggi 1,190 meter. Gunung Irong diluputi kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Sempena nama gunung Irong ini diabadikan namanya di laluan Stesen Bas Baru di Bandar Baru Jerantut. Difahamkan Operasi sepenuhnya stesen bas dan teksi dibandar baru ini akan bermula beroperasi pada bulan Mac. 2016.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 Feb 2016

INFO 7 FAKTA KITA PERLU TAHU TENTANG VIRUS ZIKA

Virus Zika disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk. Gejala-gejala yang paling biasa Zika penyakit virus adalah demam, ruam, sakit sendi, dan konjunktivitis (mata merah). Penyakit itu biasanya ringan dengan gejala yang berpanjangan dari beberapa hari hingga seminggu. Penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dalam jangka waktu yang lama kerana ianya mungkin sesuatu yang luar biasa.

Pada bulan Mei 2015, Pan American Health Organization (PAHO) mengeluarkan amaran mengenai mengesahkan jangkitan virus Zika pertama di Brazil. Wabak di Brazil membawa kepada laporan sindrom Guillain-Barré dan wanita hamil melahirkan bayi dengan kecacatan kelahiran dan hasil kehamilan miskin.

Sebagai tindak balas, CDC telah mengeluarkan amaran perjalanan (Tahap 2-Amalan dipertingkatkan Langkah berjaga-jaga) bagi mereka yang mengembara ke kawasan-kawasan dan negara-negara tertentu di mana penghantaran virus Zika sedang dijalankan.

Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan ke semua Klinik kesihatan awam dan swasta mengenai virus Zika. Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kementerian memandang keadaan global dengan kebimbangan besar kerana kemungkinan bahawa penyakit bawaan nyamuk itu akan merebak di sini adalah tinggi.

7 Fakta Kita Perlu Tahu Tentang Virus Zika 

1. Disebarkan Melalui Gigitan Nyamuk
Virus Zika merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti nyamuk yang sama yang juga menularkan virus demam berdarah, chikungunya dan demam kuning."Malaysia mempunyai nyamuk Aedes untuk membawa penyakit dan kepadatan nyamuk di sini adalah sangat tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan pada 29 Januari lalu seperti dilaporkan portal New Straits Times Online.

2. Gejala Demam Denggi Berlarutan
Virus ini mampu memberi kesan yang teruk kepada setiap mangsa malah ia mampu membawa maut. Antara sintom-sintom mudah untuk mengenali diri dijankiti virus Zika apabila demam ringan, ruam, sakit sendi berlarutan selama 2 hari hingga seminggu.

3. Menyebabkan kecacatan janin,  di mana bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil.
Virus Zika dipercayai mampu memberi gangguan perkembangan otak dan menyebabkan bayi dilahirkan dalam keadaan cacat iaitu berkepala kecil.Amerika Tengah dan Amerika Selatan menyaksikan lebih ramai bayi dilahirkan dengan kecacatan otak dan kepala mengecut.

4. Belum Ada Ubat atau Vaksin Virus Zika
Setakat ini, masih belum ada vaksin mahupun ubat untuk merawat atau mencegah penularan Virus ini. Oleh yang demikian, ibu hamil tidak digalakkan mengunjungi negara yang mempunyai wabak Zika.

5. Jauhi 22 Buah Negara Berikut
Amerika Syarikat mengeluarkan larangan kunjungan ke 22 buah negara ini ekoran wabak Zika yang semakin menular. Negara-negara tersebut adalah Bolivia, Guyana, Brazil, Colombia, El Salvador, French, Guina, Guatemala, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname, Venezuela, Barbados, Saint Martin, Haiti, Martinique, Puerto Rico, Guadeloupe, Samoa, Cape Verde.

6. Sejuta kes dilaporkan di Brazil,
Dijangka Meningkat hingga 4 Juta Buat masa ini, hampir satu juta rakyat Brazil disahkan menghidapi Virus Zika. Kes 'microcephaly' pula melonjak naik dengan peningkatan wabak Zika. Malah dia dianggarkan bakal meningkat hingga 4 juta. TERKINI : 23 buah negara telah dilaporkan penularan wabak Zika.

7. Jangan Leka, Ambil Langkah Pencegahan Dari Sekarang 
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa peka dalam keadaan kesihatan dan persekitaran. Virus ini mampu memberi kesan teruk dalam jangka masa panjang jika tidak diatasi.
Sumber Google. 

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!