Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

24 Jan 2016

HUKUM BIDAAN JUALBELI WANG UNIK ISTIMEWA DENGAN NILAI BERBEZA

SOALAN
Ana ada soalan berkaitan jual beli duit. Apakah hukum kita beli duit seperti jika bank negara umumkan menjual duit matawang baru yang mempunyai no siri yang unik. Duit ini akan dijual dengan harga yang tinggi. Maka berlaku pembelian duit dengan duit yang tidak sama nilainya. Minta komen ustaz berkaitan situasi ini Jazakallahu khairan katsiro.

JAWAPAN
Hukum asal ia akan jadi riba kerana illah pengharaman masih ada, iaitu Illah asal adalah apabila duit dari jenis RM ditukar dengan RM juga namun dengan jumlah berbeza, pada keadaan biasa ia akan menjadi Riba al-fadhl.

Namun dalam kes nombor siri istimewa, pembelian tersebut boleh terkecuali dari pengharaman atas sebab berikut :-

a. Pembeli membeli matawang terbabit dengan nilai yang lebih tinggi adalah kerana nombor siri duit itu, maka sasaran pembeli adalah kepada keunikan dan bukan sekadar menukar duit. Justeru berdasarkan kefahaman fuqaha yang menyebut
انما المقصود منه ذاته لا ماله والمال وقع تبعا
Ertinya : Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matwangnya, justeru aspek matwang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’. (Rujuk al-Qabas Syarh al-Muwatta’, 2/805)

Atas asbab itu, wujud kaedah fiqhiyah yang berdasarkan hadis-hadis Nabi ada menyebutkan bahawa “dimaafkan apabila ia berlaku pada perkara mengikut namun tidak pada utama” (rujuk Al-Ashbah wa al-Nazair, Al-Suyuti, hlm 120).

Dalam hal duit bernombor unik tadi, boleh difahami bahawa ia dibeli kerana keunikannya dan bukan kerana sifat duitnya. Atas sebab itu, perbezaan nilai pertukaran itu adalah dimaafkan dan tidak dianggap riba kerana ia dikira pertukaran antara duit RM dan komoditi.

b. Ghalib zhan (besar anggapan) bahawa pembeli akan gunakan wang unik atau ‘collectible item’ yang dibeli sebagai barang antik atau unik serta bukannya sebagai matawang biasa lagi. Ketika itu, pertukaran antara RM 10 bernombor unik dengan RM 1000 sebagai contoh ditukar atas dasar yang lain, diumpamakan seperti kes yag pernah disebut dalam fiqh mazhab Maliki iaitu pertukaran di antara emas dengan emas yang tetapi bukan berdasarkan beratnya tetapi mengikut jumlah walaupun dengan perbezaan sedikit pada timbangan beratnya. Ketika itu, pertukaran tidak mengikut cara biasa iaitu menggunakan timbangan berat emas dengan emas, namun kali ini digunakan al-Rifq dan makruf justeru ia tidak riba

علي وجه الرفق والمعروف لا المكايسة
Ertinya : Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan. (Manh al-Jalil, 2/528 )

Kesimpulannya, harus dan tidak riba membeli RM 10 yang bernombor unik dengan RM 1000 atau mana nilai selain RM 10. Ia juga tidak termasuk dalam kategori forex trading yang diharamkan.

Juga lebih baik dijual menggunakan matawang asing bagi mengelakkan sebarang risiko riba, kerana menukar dua matawang berbeza negaranya adalah harus lebih berbeza nilainya.

Sekiranya kemudian ia ingin digunakan oleh penyimpan atas sebab-sebab memerluan tunai, pemilik boleh menjualnya sebagai komoditi semula dan tidak menggunakan sebagai matawang kerana ia merugikan selain boleh mencetuskan syubah kerana ia sepatutnya dianggap sepenuhnya sebagai komoditi khas dan bukan lagi matawang.

Manakala menjual matawang lama dan dianggap unik yang sudah tidak lagi dalam 'circulation' atau tidak lagi dianggap punyai nilai matawang, ia juga harus dijual beli dengan sebarang nilai kerana ia telah dianggap komoditi sepenuhnya. bernilWallahu alam Sekian Sumber kredit : Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...