Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Jan 2016

BANTAHAN PEMBALAKAN HUTAN KAWASAN TADAHAN AIR KAMPUNG BAHARU JERANTUT !

KASIHANI RAKYAT, HENTIKAN PEMBALAKAN DI HUTAN TADAHAN AIR KG BAHARU JERANTUT Setahun selepas isu pembalakan di kawasan Hutan Tadahan Air Kg Baru Jerantut reda, tiba-tiba jentera pembalakan memasuki kawasan berkenaan sejak seminggu lalu tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Kampung dan JKKK seperti sebelum Ini.

Siasatan penduduk di Pejabat Hutan Daerah Jerantut mengatakan lesen pembalakannya belum diluluskan tetapi pekerja pembalakan pula mendakwa ia sudah diluluskan.

Siasatan lanjut kemudiannya mendapati memang ada kawasan pembalakan seluas 70 hektar diluluskan kepada Amanah Saham Pahang (ASPA) di kawasan Hutan Simpan Tambahan Mukim Hulu Cheka, iaitu di kawasan hulu empangan tadahan air penduduk di Lata Besin.

Berikutan itu, Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Baharu Jerantut dengan kerjasama PEKA Pahang pagi tadi mengadakan himpunan aman bagi membantah pembalakan berkenaan kerana ia bakal merosakkan kawasan tadahan air masyarakat di Lata Besin, seterusnya memberi kesan pencemaran kepada sistem bekalan air paip graviti ke rumah penduduk, sekolah, masjid dan Mahad Tahfiz selain sumber air bagi pengairan kolam perusahaan ternakan dan pembenihan ikan air tawar yang diusahakan oleh penduduk sejak berpuluh tahun lalu. Sumber : Kredit FB Khaidir Ahmad

ENTRI TERDAHULU 16.02.2015 BANTAHAN PEMBALAKAN DI HUTAN TADAHAN AIR KG BAHARU JERANTUT

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

30 Jan 2016

SERANGGA GEGEPI ATAU PIANGGANG DAN DAUN KERSING

 
Serangga pianggang atau disebut juga gegepi @ gepi dalam bahasa orang Pahang nama saintifik Leptocorisa oratorius Fabricius, Hemiptera: Alydidae, Leptocorisa acuta adalah serangga yang menjadi hama penting pada tanaman penanaman, terutamanya padi. Banayk sekali nama yang disebutkan di nustara ini bagi serangga ini Walang sangit (Indonesia) Kungkang (Jawa Barat), Pianggang (Sumatera), Tenang (Madura). Haiwan ini mudah dikenali daripada bentuknya yang panjang, berukuran kira-kira 2 cm, berwarna coklat kelabu atau hujau dan mempunyai "belalai" (proboscis) untuk menghisap cecair tumbuhan.

Pianggang menghisap cecair tumbuhan dari tangkai bunga (paniculae) dan juga cecair buah padi yang masih pada tahap masak susu sehingga menyebabkan tanaman kelayuan dan kuning (warna kuning daun), dan perlahan-lahan mungkin mati.

Nama haiwan ini menunjukkan bentuk pertahanan dirinya, iaitu mengeluarkan aroma yang menyengat hidung (sehingga dinamakan "sangit" dalam bahasa Indonesia ). Salah satu kehebatan pianggang ini bila tersentuh atau disentuh ianya akan mengeluarkan aroma yang seakan hapak, busuk, hangit dan sebagainya.
Bau pianggang atau gegepi @ gepi ini serupa sahaja dengan bau daun kersing. Daun kersing @ daun kesing ini kalau di Negeri Pahang khasnya di Pahang Barat ianya diantara bahan istimewa dan penting sekiranya anda ingin menyediakan masakan gulai masam tempoyak ikan patin atau sebarang jenis masakan gulai masam tempoyak yang lainya.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Jan 2016

INFO SEJARAH AWAL NEGERI PAHANG

Sejarah Negeri Pahang
Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.

Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Asal Usul Nama Negeri Pahang
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Pemerintahan Negeri Pahang
Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699.

Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.

Pusat Pentadbiran Negeri Secara Ringkas

Inggeris telah meluaskan kuasanya ke Negeri Pahang Darul Makmur, Residen pertama iaitu J.P.Rodger telah dilantik dalam bulan Oktober 1888. Perkara utama yang diberikan perhatian oleh Inggeris ialah menentukan tempat letaknya pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1891 pusat pentadbiran ini dipindahkan dari Pekan ke Lipis. Rancangan ini hanya untuk buat sementara sahaja tetapi rancangan yang dikatakan sementara itu telah memakan masa lebih dari 64 tahun kerana pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur hanyalah dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955 dengan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah, DK., SIMP., DK., SIMP., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG. Manakala pada 28 Februari 1970, bangunan pentadbiran pusat berpindah ke Wisma Sri Pahang.

Pahang juga mempunyai ramai pahlawan dan pendekar yang berjuang menentang penjajah di waktu sebelum kemerdekaan. Antara yang terkenal ialah Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, dan Pawang Nong. Pahang juga merupakan negeri melayu sejati seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sumber sepenuh kreadithttps://ms.wikipedia.org/

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Jan 2016

PEJUANG DAN PAHLAWAN NAZAR NONG PAHANG

NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Beliau lahir pada tanggal 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Beliau berasal daripada keturunan keluarga Tok Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling di Pahang.

Beliau adalah pejuang anti imperialis yang ulung dari Pahang iaitu almarhum Nazar Nong. Almarhum Nazar Nong berasal dari jurai keturunan pahlawan yang bersama dalam Angkatan Perang Datuk Bahaman menentang penjajah dalam Perang Semantan 1891-1895 iaitu Tok Gajah dan Mat Kilau. Justeru tidak hairanlah apabila almarhum Nazar Nong turut mempunyai semangat yang jitu dalam menolak sistem kolonial yang sudah sebati dalam dirinya.

Bapanya Mohammad Nong Bin Abdul Rahman pula adalah penghulu yang disegani dan telah menabur bakti di beberapa mukim seperti di Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Budu di Pahang. Nazar Nong memulakan perjuangan dengan memasuki Angkatan Pemuda Insaf, sebuah pertubuhan radikal bagi para pemuda di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan 100% daripada penjajah British pada waktu itu.

Namun setelah pertubuhan ini diharamkan pada tahun 1947, tidak lama kemudian, beliau bersama-sama dengan ramai para pejuang kiri yang menentang penjajah British seperti Pak Sako dan Ahmad Boestamam telah disumbatkan ke dalam kem tahanan British ketika Ordinan Darurat sedang dijalankan di Tanah Melayu. Setelah dibebaskan, beliau meneruskan pula perjuangan dalam Parti Rakyat Malaya dan pernah menjadi Wakil Ketua Umum (Presiden) parti tersebut.

Nazar Nong pernah beberapa kali memasuki pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sepanjang perjalanan perjuangan politik beliau. Antara pilihanraya terkenal yang menjadi tumpuan kepada diri beliau adalah pada 22 Oktober 1962, di mana ketika itu,Nazar Nong yang mewakili Barisan Sosialis berhadapan dengan calon 'heavyweight' iaitu allahyarham Tun Razak sebagai calon Perikatan dalam pilihanraya kecil Kuala Lipis pada waktu itu. Namun beliau telah tewas kepada calon Perikatan tersebut.

Ketika itu, Nazar Nong sedang menyandang jawatan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sentul, di Selangor. Beliau memenangi kawasan tersebut dengan tiket Barisan Sosialis ketika pilihanraya umum 1959.

Pada tahun 1965, beliau yang ketika itu menjadi Naib Presiden Parti Rakyat Malaya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama Dr Burhanuddin (Presiden PAS), Ishak Hj Mohamad (Pak Sako,Presiden Parti Buruh), Aziz Ishak (Presiden National Convention Party), Datu' Raja Abu Hanifa (PAS), Dato' Kampo Rajo (Bendahari Front Sosialis), menyusuli Ahmad Boestamam, ketua Barisan Sosialis dan Ketua Pembangkang di Parlimen yang ditahan ISA 2 tahun lebih awal sebelum itu. Mereka ditahan kerana kononnya ingin mereka ingin menubuhkan sebuah kerajaan buangan anjuran kerajaan Indonesia sebagaimana kerajaan Sheikh Azahari di Brunei pada waktu itu.

Sedikit perihal Nazar Nong ada dicatat oleh penulis Temerloh,
Allahyarham Sahmad Malaya dalam artikel Berita Harian pada tahun 1962.
Sumber artikel: Berita Harian, 13 Oktober 1962, Halaman 4
Sumber foto Nazar Nong: Muka depan Berita Harian, 7 Disember 1967
Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka FB Angkatan Bahaman

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Jan 2016

DESTINASI : KAMPUNG CHEBONG, SELIMBAR, PASIR SIA, JONG BERLABUH, KAMPUNG LABU

Destinasi hari ini 25.01.2016 bermula daripada Simpang ke Kampung Chebong, Kampung Selimbar, Kampung Pasir Sia, Kampung Jong Berlabuh dan Kampung Labu daripada Jalan utama Felda Sungai Retang Jerantut.
Kampung Tada
Klinik Desa Kampung Labu
Kampung Labu
Labu Sentral
Sekolah Kebangsaan Merting Jerantut
Jalan Susur Keluar Jerantut Kuala Tahan

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

24 Jan 2016

HUKUM BIDAAN JUALBELI WANG UNIK ISTIMEWA DENGAN NILAI BERBEZA

SOALAN
Ana ada soalan berkaitan jual beli duit. Apakah hukum kita beli duit seperti jika bank negara umumkan menjual duit matawang baru yang mempunyai no siri yang unik. Duit ini akan dijual dengan harga yang tinggi. Maka berlaku pembelian duit dengan duit yang tidak sama nilainya. Minta komen ustaz berkaitan situasi ini Jazakallahu khairan katsiro.

JAWAPAN
Hukum asal ia akan jadi riba kerana illah pengharaman masih ada, iaitu Illah asal adalah apabila duit dari jenis RM ditukar dengan RM juga namun dengan jumlah berbeza, pada keadaan biasa ia akan menjadi Riba al-fadhl.

Namun dalam kes nombor siri istimewa, pembelian tersebut boleh terkecuali dari pengharaman atas sebab berikut :-

a. Pembeli membeli matawang terbabit dengan nilai yang lebih tinggi adalah kerana nombor siri duit itu, maka sasaran pembeli adalah kepada keunikan dan bukan sekadar menukar duit. Justeru berdasarkan kefahaman fuqaha yang menyebut
انما المقصود منه ذاته لا ماله والمال وقع تبعا
Ertinya : Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matwangnya, justeru aspek matwang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’. (Rujuk al-Qabas Syarh al-Muwatta’, 2/805)

Atas asbab itu, wujud kaedah fiqhiyah yang berdasarkan hadis-hadis Nabi ada menyebutkan bahawa “dimaafkan apabila ia berlaku pada perkara mengikut namun tidak pada utama” (rujuk Al-Ashbah wa al-Nazair, Al-Suyuti, hlm 120).

Dalam hal duit bernombor unik tadi, boleh difahami bahawa ia dibeli kerana keunikannya dan bukan kerana sifat duitnya. Atas sebab itu, perbezaan nilai pertukaran itu adalah dimaafkan dan tidak dianggap riba kerana ia dikira pertukaran antara duit RM dan komoditi.

b. Ghalib zhan (besar anggapan) bahawa pembeli akan gunakan wang unik atau ‘collectible item’ yang dibeli sebagai barang antik atau unik serta bukannya sebagai matawang biasa lagi. Ketika itu, pertukaran antara RM 10 bernombor unik dengan RM 1000 sebagai contoh ditukar atas dasar yang lain, diumpamakan seperti kes yag pernah disebut dalam fiqh mazhab Maliki iaitu pertukaran di antara emas dengan emas yang tetapi bukan berdasarkan beratnya tetapi mengikut jumlah walaupun dengan perbezaan sedikit pada timbangan beratnya. Ketika itu, pertukaran tidak mengikut cara biasa iaitu menggunakan timbangan berat emas dengan emas, namun kali ini digunakan al-Rifq dan makruf justeru ia tidak riba

علي وجه الرفق والمعروف لا المكايسة
Ertinya : Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan. (Manh al-Jalil, 2/528 )

Kesimpulannya, harus dan tidak riba membeli RM 10 yang bernombor unik dengan RM 1000 atau mana nilai selain RM 10. Ia juga tidak termasuk dalam kategori forex trading yang diharamkan.

Juga lebih baik dijual menggunakan matawang asing bagi mengelakkan sebarang risiko riba, kerana menukar dua matawang berbeza negaranya adalah harus lebih berbeza nilainya.

Sekiranya kemudian ia ingin digunakan oleh penyimpan atas sebab-sebab memerluan tunai, pemilik boleh menjualnya sebagai komoditi semula dan tidak menggunakan sebagai matawang kerana ia merugikan selain boleh mencetuskan syubah kerana ia sepatutnya dianggap sepenuhnya sebagai komoditi khas dan bukan lagi matawang.

Manakala menjual matawang lama dan dianggap unik yang sudah tidak lagi dalam 'circulation' atau tidak lagi dianggap punyai nilai matawang, ia juga harus dijual beli dengan sebarang nilai kerana ia telah dianggap komoditi sepenuhnya. bernilWallahu alam Sekian Sumber kredit : Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Jan 2016

INFO JIKA KENDERAAN ANDA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PLUS

INFO PENTING :
Jika memandu di lebuhraya, kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan, tahukah anda kita boleh claim dengan pihak PLUS? Ini adalah kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:
1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.
5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.
7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar. Sumber Kredit : FB CTF MALAYSIA

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

KEBAIKKAN BULU JAGUNG UNTUK TUJUAN PERUBATAN ( CHINESE MEDICINE )

Bulu Jagung (Chinese Medicine)

Boleh merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati, masalah buah pinggang, jaundice, hepatitis, batu dlm hempedu, radang hempedu, muntah berdarah, radang payu dara, sinus, menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dlm darah.

Caranya ialah:

Ambil 15 g atau satu genggam bulu jagung, masukkan dalam mug dan tuang air panas. Biarkan airnya menjadi kuning kemudian diminum dua kali sehari. Bulu jagung ini boleh dikeringkan dan di simpan utk dibuat teh. Sumber FB : A Small House with A Large Garden


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

17 Jan 2016

5 KEBAIKKAN MANDI DAN MAIN HUJAN

Biasanya orang-orang tua akan melarang sama sekali anaknya keluar rumah untuk bermain hujan dibimbangi akan mengalami demam. Namun disebalik bermain dan mandi hujan ada kebaikkannya. Menurut kajian bermain hujan atau mandi ketika hujan mempunyai kesan positif manfaat baik bagi tubuh seseorang.

1. Rambut jadi bersinar
Manfaat mandi hujan boleh membuat rambut bersinar bermula dari keyakinan orang-orang barat zaman dulu. Kepercayaan masyarakat barat dulu ternyata dibuktikan oleh sains. Dikutip dari Rainwater Connection, air yang turun dari langit ini mempunyai kadar kenetralan PH yang hampir sempurna, bebas garam, dan bebas mineral yang buruk bagi rambut.

2. Air hujan mengandungi H2O2 (Hidrogen Peroksida)
Air hujan mengandungi H2O2 (Hidrogen Peroksida). H2O2 sendiri boleh dijadikan holistic healing atau kerap disebut sebagai terapi rawatan. Padahal di dalam air hujan ada kandungan H2O2 ini (bersifat bukan organik).

3. Air Hujan mengandungi unsur Nitrogen
Selain kaya akan H2O2, air hujan juga mengandungi unsur nitrogen. Apabila anda bermain hujan maka tubuh akan memperoleh unsur nitrogen yang menggalakkan sintesis protein dan penciptaan sebatian dan asid amino yang memberi kesan kepada pertumbuhan, hormon, fungsi otak dan sistem kekebalan tubuh.

4. Menghilangkan bau hanyir atau hamis
Kerap mencium bau hanyir selepas makan ikan atau daging? Jangan bimbang, kerana cara menghilangkan bau tersebut adalah mencuci tangan dengan air hujan. Bahkan, air hujan lebih sempurna daripada sabun dalam menghilangkan bau hanyir. Tak percaya? anda boleh lakukan sendiri.

5. Menghilangkan racun pada tubuh
Akhir sekali tips yang paling bermanfaat air hujan boleh menghilangkan racun pada tubuh. Tips untuk menghilangkan racun dengan air hujan iaitu larutkan garam pada air hujan, kemudian rendam telapak kaki selama 15 minit. Lakukan secara rutin setiap kali turun hujan. Dengan begitu, tubuh akan bebas dari racun.

AAP- Larangan sama sekali jika sudah lama tidak hujan jangan sesekali bermain dan mandi pada hujan yang pertama kerana hujan yang pertama kali mempunyai racun dan kotorannya. Mandi selepas hujan yang pertama. Selepas mandi hujan atau bermain hujan anda perlu mandi dengan cara biasa agar anda tidak mengalami demam kerana mungkin ada alahan pada tubuh. Sumber asal : Jadiberita.com. Olahan semula akuanakpahang.blogspot.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Jan 2016

PENDAFTARAN BARU SYARAT PERMOHONAN SEMAKAN PERUMAHAN PR1MA PAHANG

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan rumah PRIMA Pahang terutama di Jerantut atau bagi daerah lainnya anda boleh klik link Permohonan PRIMA :  http://eperumahan.pahang.gov.my/frame/spapv2.php

Perumahan PRIMA Jerantut bukan hanya di simpang Paya Gunong bahkan ada lagi 7 tapak yang akan dibangunkan. Hanya lokasi sebenar belum dapat dipastikan buat sementara ini. Didalam borang permohonan PRIMA dicatat lokasi2 yang tersedia adalah seperti berikut :

1 Pulau Tawar
- PRIMA Kg Temin
- PRIMA Simpang Tebing Tinggi
- PRIMA Ibol Jaya
2 Kuala Tembeling
3 Bandar Jerantut
- PRIMA Paya Gunong
- PRIMA Kg Sg Salan
- PRIMA Kg Melayu
4 Damak/Batu Balai

HARGA RUMAH PRIMA ADALAH RM150K BAGI RUMAH JENIS KEMBAR 1 TINGKAT DIMASA AKAN DATANG PRIMA AKAN MENAWARKAN RUMAH JENIS TERES DENGAN KOS HARGA DALAM LINGKUNGAN 80K SAHAJA.

Namun tidak menjadi halangan sekiranya anda pernah membuat permohonan terdahulu.
SYARAT DAN PENDAFTARAN BARU - PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA NEGERI PAHANG(PR1MA) :

SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan;
3. Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah dan
4. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.

ARAHAN PENTING
1. Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan sebelum memohon.
2. Sila rujuk Kod Daerah dan Kod Kawasan serta Kod Kediaman di Lampiran Rujukan Kod.
3. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
4. Klik SIMPAN selepas mengisi borang.
5. Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.
6. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan seperti di senarai semak dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah. Klik DI SINI untuk melihat rujukan alamat. Sumber Kredit : JKKG

Klik perkara berikut bawah untuk permohonan dan semakan : 

** BORANG PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA NEGERI PAHANG (PR1MA)
** PENDAFTARAN BARU PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA NEGERI PAHANG(PR1MA)
** SEMAKAN PENDAFTARAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
**  CARA MEMOHON RUMAH PR1MA PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Jan 2016

PADAH MEMAJAK BAUKSIT SATU SEN PUN TAK DAPAT

Seumpama ungkapan pepatah melayu " Kalau mendengar guruh dilangit air tempayan dicurah jangan" membawa maksudnya lebih kurang : 
  1. Membuang hak milik yang sedia ada untuk memberi ruang kepada yang baru walaupun perkara itu belum tentu dapat.
  2. Terburu-buru dalam sesuatu tindakan yang belum pasti pulangannya.
Mungkin ini nasiblah yang diterima oleh mereka....

KUANTAN - “Siang malam makcik menangis, mengenangkan bayaran yang sehingga kini masih tak dilunaskan pengusaha bauksit,” demikian rintihan seorang peneroka Felda Bukit Goh, Halimah Kadir, 70.

Dia yang memutuskan untuk memajakkan ladang kelapa sawit seluas 4 hektar miliknya setahun lalu mengakui amat sedih dan terkilan dengan tindakan pengusaha bauksit yang gagal membayar pajakan kepadanya.

Difahamkan, bayaran itu sepatutnya diterima peneroka terbabit secara bulanan atau berperingkat apabila kerja-kerja pengorekan bauksit dijalankan di tanah miliknya itu.

Halimah berkata, mengikut perjanjian, bayaran perlu dijelaskan Secara berperingkat sehingga kerja perlombongan bauksit selesai.

“Kalau ikut perjanjian, makcik ada terima bayaran hasil pajakan tanah itu tapi makcik tak dapat bayaran seperti dijanjikan.

“Setiap bulan makcik tunggu, tapi sampai sekarang satu sen pun makcik tak terima.

“Bila makcik telefon pengusaha minta wang, mereka kata bulan depan akan buat bayaran, selepas itu terus diamkan diri,” katanya.

Warga emas itu berkata, dia tidak menyangka akan diperlakukan seperti itu selepas perjanjian pajakan tanah kelapa sawit miliknya itu ditandatangani pada Oktober 2014.

Menurutnya, menerusi perjanjian tersebut, kerja pengorekan dilakukan lebih setahun dan pengusaha memberikan wang deposit sebanyak RM50,000 kepadanya sebagai permulaan.

“Kalau makcik tau begini jadi, makcik tak akan benarkan tanah sawit makcik digunakan untuk lombong bauksit.

“Tapi bila mereka datang berulang kali dan beri tawaran lumayan, makcik terima sebab nak ubah nasib anak-anak.

“Setahun lebih makcik tunggu, bauksit dah dikorek pengusaha, tetapi bahan itu tak diangkut, malah dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa dengan sikap pengusaha yang lepas tangan dan membiarkan dia sekeluarga dihimpit kemiskinan malah dia terpaksa meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada anak.

Katanya, dia kini disara anaknya dan turut berniaga untuk menampung kehidupannya.

Halimah berkata, sebelum ladang kelapa sawitnya dipajak untuk perlombongan bauksit, dia memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Katanya, bagaimanapun kini dia mengharapkan wang pajakan tanah itu memandangkan pokok kelapa sawit di ladangnya sudah ditebang. Sumber Sinar Harian

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

11 Jan 2016

PENEROKA TOLAK TAWARAN RM 1 JUTA, PERTAHAN LADANG SAWIT.

KUANTAN, 10 Jan (Bernama) -- Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.

Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.

"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.

"Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya kepada Bernama.

Salwani berkata pada awal 2015, beliau didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.

Beliau berkata selepas tawaran itu ditolak, lelaki itu kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta.

"Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

"Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya.

Salwani yang telah 18 tahun menjadi peneroka berkata beliau tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.

Menurutnya, individu yang sanggup memberi wang RM1 juta tersebut tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian beliau didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun beliau tetap menolak tawaran itu.

"Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," kata Salwani.

Jelasnya, tanah ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.

Sementara itu bapanya, Tajuddin Harun, 68, yang memiliki warung makan berkata pengusaha bauksit juga tidak mematuhi janji mereka untuk memberi pampasan pembersihan akibat pencemaran bauksit sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap peniaga makan terbabit dan RM500 kepada setiap pemilik rumah.

Beliau berkata beliau hanya menerima pampasan RM1,000 bagi satu bulan sahaja dan tidak lagi menerimanya selepas itu.

Beliau juga terpaksa melindungi warungnya dengan plastik bagi mengelak pencemaran bauksit yang diangkut dengan lori.

"Perniagaan saya juga terjejas kerana tidak ramai lagi pelanggan yang datang akibat pencemaran debu merah," katanya. - Sumber : BERNAMA

AAP - Benar kehidupan amat memerlukan wang, namun wang bukanlah segala-galanya dapat membeli semua kenikmatan, ketenangan dan kesempurnaan didunia ini. Tahniah daripada kami diatas kesungguhan beliau.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

10 Jan 2016

NETIZEN DIBERI AMARAN JANGAN SALAHGUNA MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan media sosial dan kemudahan rangkaian komunikasi untuk mengganggu-gugat kepentingan awam dan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pelaku.

“Penyebaran dari perkongsian berita-berita tidak bertanggungjawab yang bertujuan mengaibkan dan mencalar kredibiliti pemimpin negara serta turut bersifat menghasut, menghina dan memfitnah dikesan menjadi-jadi sehingga menimbulkan persepsi bahawa aspek penguatkuasaan undang-undang di Malaysia amat lemah dan gagal dilaksanakan dengan berkesan.

“PDRM akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang terpakai terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan rangkaian dalam apa jua cara yang boleh memudaratkan atau mengganggu gugat kepentingan masyarakat,” katanya.

Khalid menasihatkan orang ramai dan juga pengguna media sosial supaya berhenti daripada membuat atau berkongsi maklumat tidak tepat yang bertentangan dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.

Katanya, kebebasan hak bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran.

Jelasnya, hak itu tertakluk kepada sekatan-sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi melindungi ketenteraman awam dan kesejahteraan umum. Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com

AAP : Moralnya cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. MAKSUD PERIBAHASA  : Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.

Apa maksud Netizen? Netizen membawa maksud rujukan DBP 1. Pengguna Internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik seperti bertukar-tukar pendapat, membekalkan maklumat dan mengundi. 2. Pengguna Internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan Internet. Sinonim warga siber.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

PAHANG HARAM VAPE

Jerantut 07Hb Januari 2016 :  Jawatankuasa Fatwa Pahang memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape bagi orang Islam di negeri ini adalah haram.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ia selaras dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu, Isnin lalu (05.Jan.2016).

"Kita putuskan untuk haramkan aktiviti vape. "Itu adalah kedudukan di negeri Pahang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MUIP di sini, hari ini. - Sumber Sinar Harian

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

9 Jan 2016

INFO DAUN SIRIH


Sirih atau nama saintifiknya Piper Betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan rumpun Melayu. Sirih merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh menjalar atau bersandar pada batang pohon yang lain atau dibuatkan junjung supaya pokok tersebut boleh menjalar. Sebagai budaya masyarakat melayu biasanya daun sirih banyak sekali kegunaannya sebagai bahan perubatan dan sebagainya.

Sirih juga digunakan oleh masyarakat melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit. Secara asanya sirih dijadikan makanan oleh masyarakat melayu dan india ianya dikunyah bersama gambir, pinang, dan kapur. Namun ada pendapat mengatakan memakan daun sirih bersama bahan-bahannya boleh dikaitkan dengan penyakit kanser mulut. Terutama kapur diantara bahan yang dicampur didalam adunan sirih tersebut.

Daun sirih yang dikenal pasti ada 3 jenis, iaitu sirih merah, sirih hitam dan sirih hijau. Namun yang paling banyak dikenali dan digunakan di masyarakat adalah daun sirih merah dan hijau, yang boleh dibezakan hanya dengan melihat warna daunnya. Daun sirih pada umumnya banyak ditemui ditanam di perkampungan tradisional melayu, dimana mereka masih banyak menggunakan sebagai ubat dari bahan semulajadi termasuk keperluan memakan sirih. Namun setelah khasiat sirih diketahui secara ilmiah, kini daun sirih sudah banyak dijadikan sebagai bahan untuk sabun kesihatan, ubat kebersihan kewanitaan, minyak dan lain-lainnya.

Sifatnya yang antiseptik boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau badan akibat bakteria atau kuman. Disamping itu kesan positif dari penggunaan daun sirih iaitu mampu menahan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan luka di salah satu bahagian tubuh, dan mengatasi masalah pada sistem pencernaan.

Ubat dari daun sirih boleh untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung (diramas-ramas) dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung. Caranya dengan mengambil 2 helai daun sirih segar yang telah dibersihkan ke dalam kedua-dua lubang hidung sehingga darah yang keluar tidak ada lagi. Kandungan bahan aktif pada tiap lembaran daun sirih sering dimanfaatkan masyarakat sebagai racun perosak semula jadi untuk mengawal hama pembersihan tanaman dan sebagainya. Info dipetik daripada pelbagai sumber.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

8 Jan 2016

PELOMBONGAN BAUKSIT DI KUANTAN WAJAR DI HENTIKAN TERUS !


PUTRAJAYA 7 Jan. - Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang wajar dihentikan terus sekiranya masalah pencemaran sungai di kawasan berkenaan tidak dapat diselesaikan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pemeriksaan terhadap sungai di kawasan terbabit mendapati airnya tidak selamat untuk diminum dan hasil ikan juga tidak selamat dimakan.

“Bekalan air terawat adalah selamat untuk diminum tetapi jangan minum air sungai, air itu tetap tercemar walaupun dimasak.

“Ini kerana pencemaran disebabkan mineral dan bukannya bakteria,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2016 di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Jan 2016

INFO APAKAH SEBENARNYA BAUKSIT?

Info apakah sebenarnya maksud Bauksit? : Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.

Sejarah
Sejarah bauksit pertama kali ditemukan oleh ahli geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida.

Bauksit di Tanah Melayu hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Selepas Perang Dunia II, industri aluminium atau perlombongan bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955. Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura. Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.(Sumber Wikipedia)

Kegunaan Bauksit
Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.

Mengapa Bauksit Berwarna Merah?
Melalui catatan Facebook Profesor Dr. Hamzah Mohamad, Pakar Geologi yang kini berkhidmat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Pulau Pinang,
“Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah bauksit juga mengandungi mineral sampingan seperti kuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral-mineral besi, terutama hematit dan goetit“.

Menurut Prof Dr Hamzah “Jangan terkejut bahawa ketiga-tiga mineral yang kaya Aluminium ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya berwarna PUTIH , seakan-akan kaolin. Mineral yang menghasilkan warna merah kepada tanah bauksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].
“Apa-apa mineral pun sekiranya tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa kepada penghasilan warna merah”, ujar beliau.

Beliau menambah, “Saya puratakan kandungan bauksit yg dilombong secara besar-besaran terdapat di lima negara iaitu Greece, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah bauksit yang dilombong”.

Beliau turut menegaskan bahawa, “kita di Malaysia heboh dan bercakap sahaja tentang bauksit, tetapi peratus mineral berbesi ini pun kita tak tahu”.

Beliau turut mempelawa kepada mereka-mereka yang berminat melawat makmal beliau Earth Material Characterization Laboratory (EMCL) di USM yang boleh menentukan peratusan mineral bauksit dalam masa DUA JAM sahaja melalui peralatan Sinar-X dan Scanning Electron Microscopy kami (XRF, XRD, SEM) dan tidak perlu menunggu sehingga dua tiga minggu seperti didakwa.
  
SUMBER KREDIT  – Facebook : Profesor Dr Hamzah Mohamad, Pakar Geologi USM, Google, Wikipedia dan www.majalahsains.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

6 Jan 2016

SUNGAI SIRIH KUANTAN PAHANG ?

Sebatang sungai di daerah Kuantan telah mendapat jolokkan nama baru iaitu Sungai Sirih @ Sungai Sireh, Kuantan, Pahang. Tidak dapat dipastikan apakah nama sebelumnya sungai ini. Tertanya juga apa kehidupan yang mampu hidup dan terus hidup untuk meneruskan kesinambungan kehidupan didalam sungai ini? Sama-samlah kita berdoa agar sungai ini kembali kepada keadaan asalnya biarpun namanya kelak telah tertulis sebagai Sungai Sirih :( - Sumber Facebook.
 



"Cintailah Sungai Kita, Sungai Kita Warisan Kita"

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Jan 2016

INFOGRAFIK SYILING EDARAN MALAYSIA 1967 - 2016

Klik imej untuk lebih jelas.
Sedikit perkongsian senarai penuh infografik syiling edaran BNM Malaysia 1967 - 2016 Tahun keluaran, senarai key date, semi key date dan keluaran biasa syiling Malaysia. Semoga info ini dapat dijadikan rujukan dan pengetahuan bersama bagi pengumpul dan peminat numimastik Malaysia. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih pada facebook group :  GROUP BINCANG, KONGSI & TRANSAKSI NUMISMATIK bersama barisan admin dan mereka yang lain yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan dan menyiapkan infografik yang kemas dan cantik menawan ini. Tahniah dan terima kasih.

Kepada anda semua jika berminat dan ingin membuat rujukan. Silalah menggunakan pakai infografik yang telah disediakan diatas ini sebagai rujukan bersama.

Kredit kepada : GROUP BINCANG, KONGSI & TRANSAKSI NUMISMATIK

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

HENTIKAN SEGERA PENCEMARAN BAUKSIT DI PAHANG !

Sedih dan simpati itu sahaja mampu diucapkan kepada kehidupan alam... ingat manusia juga tidak terkecuali jika situasi seumpama ini berterusan...

JANGAN TUNGGU MANUSIA PULA MATI AKIBAT KERACUNAN BAUKSIT!!!... Malam ini Buletin Utama TV3 menyiarkan laporan kematian ribuan ikan di Sungai Tongek, Gebeng, Kuantan, Pahang, dipercayai akibat keracunan bauksit dari lombong dan pusat penyimpanan bauksit di hulu sungai berkenaan.

Mungkinkah suatu hari nanti kita akan melihat manusia pula mati bergelimpangan akibat meminum air dari sumber sungai yang dicemari bauksit?

Adakah hanya ketika itu baru Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri mahu menghentikan operasi lombong bauksit yang tidak terkawal di Kuantan? Justeru, marilah kita seluruh rakyat bersama-sama menjayakan perjuangan PEKA Pahang dan NGO yang lain untuk menghentikan pencemaran bauksit ini sebelum terlambat. MOH!!!....AYUH!!!... JOM!!!... KITA HENTIKAN SEGERA PENCEMARAN BAUKSIT!!! - Sumber Facebook Peka Pahang

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<